Wednesday, April 1, 2009

adjournment sine die

seriously,aku blur first time bile dengar perkataan "Adjournment Sine Die".bunyi memang meremangkan seluruh tubuh aku (hyperbola).semalam aku hadir ke satu rancangan diskusi TV9, Hujah yang diadakan di Dewan Seri Budiman ni je.dekat dengan kolej,jadi janganlah melepaskan peluang :D tajuknya berkisar tentang apa lagi kalau bukan krisis di negeri tanah tumpah lahir aku.sebab dah selalu sangat orang bertanya,siapa sebenarnya MB Perak yang sah,kenapa nak memberi alasan untuk tak datang kan?bagi pendapat aku,tetap lagi Dato' Dr Zambri,walau ramai yang mempertikaikan kesahihannya,still itu satu daripada discretion Sultan,kan?Dato' Zambri pun telah membawa kes berhubung kuasa Speaker yang telah mensuspendkan beliau dan 6 orang rakannya dari Dewan Undangan Negeri.selagi keputusan hakim tak dikeluarkan,kita akan terus menunggulah sama ada beliau itu masih lagi Ahli Dewan atau tidak.

sangat bersyukur sebab aku diberi peluang untuk berada dalam landasan ini dan aku sangat suka belajar dari isu-isu yang timbul ini.disebabkan segala assignment dan tugasan-tugasan aku untuk semester ini telah dibereskan dan hanya menunggu semester ini untuk berakhir 3 Mei ini insyaAllah,maka aku pun mengisytiharkan "adjournment sine die" untuk diri sendiri :D

terima kasih TV9 sebab buat diskusi dekat dengan kolej aku.Alhamdulillah.semalam jugalah baru aku faham kenapa keputusan Speaker DUN Perak itu menjadi isu.kamu semua pun pasti tahu,kan?aku cuma nak share,adjournment sine die itu maksudnya penangguhan persidangan DUN atau Parlimen,cuma bezanya dengan adjournment biasa adalah kerana ia diisytihar sewaktu sidang Dewan telah menyelesaikan tugasan mereka dan tiada lagi isu berbangkit.mungkin ada sesetengah pendapat yang akan membangkitkan hujah,apa bezanya adjournment sine die dan prorogation.kedua-duanya diisytihar apabila Dewan telah menamatkan tugasan.perlu diingat,kedua-dua perkataan ini memberi impak yang besar di mana prorogation dilakukan bila Dewan menamatkan sesi dan untuk memanggil Dewan kembali bersidang memerlukan consent dari Sultan vice versa pula dengan adjournment.Speaker punya kuasa memanggil Dewan bersidang bila melibatkan adjournment tanpa perlu consent dari Sultan.nah!aku mula membebel.baik,baik,sila berhenti.harap-harap ada sedikit input yang berjaya aku sampaikan :D untuk details,bolehlah mencari artikel tulisan Tommy Thomas.di situ,kamu akan lebih faham tentang segala istilah-istilah persidangan Dewan ini.

esok,plannya nak ke Rumah Soleha di Bandar Tun Razak,menziarah adik-adik di sana.Alhamdulillah Komie dan Hawa bersetuju akhirnya untuk turut serta setelah dipujuk rayu aku.haha~ jadi,semua sekali 6 oranglah yang akan berhimpit dalam kereta Kak Farah esok hari.semoga Allah menyempurnakan niat kami,insyaAllah.



mari ke sekolah!



ikan Syairah:Rei,Kenzu,Masau,Erie,mereka comel!

p/s:Fai,jom ikut lagi! :D

3 comments:

Fairuz Sallehuddin said...

haha.nak ikuttt.

safiyyah said...

oit..mne post psl skolah kte nih? =P

:: abdussolehin :: said...

waduh..post yg penuh istilah2 law yg membuatkan saya terkebil-kebil.haha..bagus2.bakal lawyer ;)