Kadang-kadang,kita rasa kita dah cukup kenal dia,
Sudah tahu kegemarannya,tabiatnya,
Kawan lama katakan.
Kadang-kadang,
kita rasa kita boleh jangka apa tindakan dia bila kita buat sesuatu,
Marah,berleter atau berkata baik,
Kita rasa kita tahu respon dia,
Dan kita sangat gembira kalau responnya seperti yang kita jangka,
Betul kan kita kawan lama?
Tapi bila semuanya tak jadi begitu lagi,
Bila apa yang kita jangka tak lagi berkesudahan seperti itu,
Kita rasa sedih,
Kita rasa lain.
Bila dia yang kita rasa sentiasa tenang,
Tiba-tiba bertukar wajah.
Kenapa?
Kadang-kadang,
Mungkin kita yang emosi banyak,
Mungkin kita yang terlalu sensitif,
Mungkin kita tak dapat menerima perubahan dia,
Hingga kan kadang-kadang,
Kita akan berkata,
Masihkah kita ditakdirkan untuk jadi kawan lama sampai bila-bila?
Kita jadi takut.
Kadang-kadang,
Kita rasa mahu menghilangkan diri,
Mahu lari sejauh yang mungkin,
Kita mahu lihat,
Masihkah kita dihargai dan dicari?
Atau kita akan dibiar hidup dalam angan-angan sendiri.
3 comments:
once a friend forever always a friend =)
kadang2 mungkin sikap kita sendiri yang menjadikan kawan kita berubah seperti itu.cuba cari kelemahan sendiri sebelum melihat kelemahan orang lain.
oyeah Anonymous,sebab itu lah kita selalu cakap pada kawan,kita ni mungkin emosi lebih.hehe..tapi kita sentiasa mahu cuba jadi kawan terbaik,insyaAllah.jadi pewangi orang kata :)
Post a Comment