Monday, August 2, 2010

Sayang jangan tinggalkan.

Assalamualaikum kawan-kawan!Kita jumpa lagi Alhamdulillah :)

Saya terbaca status adik sahabat sekolah menengah saya di FB.Secara tiba-tiba terbaca.Lalu,saya terus rasa rindu pada Mak saya.Kamu tahu apa status adik itu?

"2 bulan sudah berlalu"

2 bulan apa?Bukan 2 bulan masuk universiti,bukan 2 bulan dia putus cinta,tapi 2 bulan Ibunya meninggalkan mereka sekeluarga.Sedihkan?Sila sedih.Saya tahu Ibu sahabat saya itu menghidap hepatitis B sejak kami sekolah dulu.Dia pun pernah bercerita bahawa sudah lama Ibu nya menghidap penyakit itu.Cumanya pada waktu itu,Ibu nya masih kuat bekerja menyara kehidupan mereka & membantu Ayah mereka.Saya terkejut pada awal saya mendapat tahu berita kehilangan Ibu mereka.Allah lebih sayangkan Ibu mereka kan?Kita sebagai anak,harus & perlu pasti jadi anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapa kita kelak.Siapa pun ibu dan ayah kita,bagaimana pun mereka,mereka tetap harus jadi mulia di mata anak-anak.Walaupun ada yang merintih ibu atau ayahnya garang,bengis dan macam-macam istilah lagi digunakan,tanpa mereka,siapalah kita.Tanpa mereka,mampukah kamu bertapak hingga kini.



[Tiada dakapan yang lebih memanaskan selain dakapan Ibu]

Kamu pernah melihat ibu kamu menangis?Saya pernah.Kamu pernah melihat Ayah kamu menangis?Saya pernah.Kamu pernah mendengar Ibu kamu merungut kerana membeli keperluan kamu?Saya tidak pernah.Kamu pernah mendengar Ayah kamu membentak kamu disebabkan kamu gagal mencapai gred cemerlang?Saya tidak pernah.Kamu pernah ditinggalkan berseorangan di saat semua di sekeliling kamu meninggalkan kamu,memandang jelik pada sebatang tubuh?Saya tidak pernah.Kamu pernah mendapat ubat yang lebih berharga selain daripada mereka & Allah?Saya tidak pernah.

Lalu,apa kata mereka?

"Rasa lah nikmat hidup tapi jangan lupa batasannya".

"Jangan buat orang,banyaklah bersabar".

"Belajar rajin-rajin lagi ye",sambil mereka senyum.

"Mak kan ada",sambil si Ibu mengusap bahu.

"Puasa lah untuk menjaga diri",tak pernah henti mereka menjaga.


Banyak lagi kata mereka.Tak mampu saya mecatit semuanya.Ibu & Ayah kamu juga pasti tak jemu memberi semangat pada kamu kan?Benar,di waktu semua memencilkan kita,tiada yang menerima kita melainkan Allah & keluarga kita.Saya sayang Allah sebab Allah kata;

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu & tidak pula membencimu".

Sejahat mana pun kita,Allah itu sentiasa membuka pintu taubatnya seluas-luasnya.Siapa yang lebih memaafkan selain Allah & Rasulnya?

Siapa yang lebih sayang pada kita seperti mana kasihnya Ibu tatkala melihat zuriatnya terluka?Siapa yang mahu mengikat perut hingga badannya kering tanpa daging demi memastikan anaknya membina dengan sihat?Siapa yang mahu bangun sujud di waktu malam menadah memohon kasih sayang Tuhan agar memelihara zuriatnya yang satu ini,agar menutup lubang-lubang dosanya dari dicampak ke lembah api yang panas?Siapa yang sanggup menelan duri tusuk kata anak yang ditatang sedari kecil agar si kecil itu tidak digelar Tuhan si tanggang derhaka?Siapa yang memeluk kita di saat kita benar-benar terjelepuk di tanah hitam?Siapa yang sudi mengesat lumpur di tubuh,yang tiada siapa mahu menyentuhnya?Siapa yang mahu menyeka mata yang dikatakan tiada ruang untuk ditatap lagi?Siapa yang mahu tegak berdiri melindung puterinya di saat semua mata mencemuh?Siapa yang mahu bermati-matian membela walau pahitnya Tuhan saja yang tahu untuk ditelan?Siapa yang sudi menghulur tangan harapan di saat semua menafikan hak untuk kita meneruskan jalan?Tiada,tiada melainkan Ibu & Ayah.

Mak & Ayah,walaupun kalian tak mungkin membaca coretan anak kecil kalian ini,saya menangis tatkala manaip bait-bait kata ini mengenangkan sucinya kasih kalian hingga tersentuh jauh di lubuk hati kecil ini.Saya rindukan kalian,saya tiada harta yang lebih berharga selain daripada kalian.

"Ya Allah,peliharalah kedua ibu bapaku,jagalah mereka dengan cinta dan kasih sayangMu yang Agung,peliharalah mereka dari azab seksa kubur & api neraka"

Anak-anak di luar sana,jadilah benteng yang tegak berdiri melindungi ibu bapa kita pula.Kita saham mereka.Jaga lah diri kita supaya kelak,kita menjadi saham mereka yang termahal sekali selain ilmu & amal jariah yang mereka tinggalkan.Kita masih punya waktu.Kalau kamu mahu punya zuriat yang menyenangkan,mulalah dengan membentuk diri kamu untuk menjadi zuriat yang paling menyenangkan.Ya,kita masih punya waktu.

Mari jadi anak soleh!

5 comments:

Anonymous said...

this is the reason why i always end up here...
thank u for making such a wonderful entry..
my tears are dropping while reading this.
thank you again...

"Ya Allah haramkanlah ibu bapa ku dari api neraka..
masukkanlah mereka dikalangan orang2 beriman"...

jom jadi anak soleh~
amin =)

anis shafikah said...

anonymous,orang selalu kata,"bila sudah kehilangan,baru terasa berharganya ia",tapi mari kita buktikan bahawa sebelum kehilangan mereka,kita sudah merasa betapa berharganya mereka.

yup,jom jadi anak soleh! :)

HUSNA said...

alallala...rindu mak la pulak!

:: abdussolehin :: said...

"Kalau kamu mahu punya zuriat yang menyenangkan,mulalah dengan membentuk diri kamu untuk menjadi zuriat yang paling menyenangkan."

Like a punch on my face.oh~
thanks for this reminder.really miss them.huhu~

safiyyah said...

nak nangis :'(