Monday, February 28, 2011

Gadhafi turun takhta,pak cik meniaga masih tersenyum.


baru balik dari shopping makanan.bertaram-taram jugak la bershopping.kawan baik kata duit habis beli makanan tak apa.so lets (wallet jatuh terduduk).

eh ni bukan nak cerita pasal makan.cuma tadi,termenung sekejap.leka melihat seorang pak cik,baya Ayah mungkin dengan anaknya,mungkin darjah 6 (pandai-pandai).rasa macam sayu.tengok pak cik menggoreng char kuey teow.berbelas ekor udang dia bubuh.waktu tu tak ada orang pun datang singgah.kita pun memang dah pasang niat nak beli nasik.since tak makan nasik lagi hari ni.kalau tengok muka pak cik tu,mesti uoollss pun akan tertanya-tanya,berapa orang la anak pak cik ni nak tanggung.duduk area sini,faham-faham la cost living nya.

tak tau lah kenapa emo tengok pak cik tu.haiyo.dah berubah fasa agaknya.tahniah.

pernah sekali dua waktu cuti hari tu,sempat la jugak tolong mak sedara jual goreng pisang.selang 5 minit,mesti ada orang singgah beli.murah rezeki kan?memang selalunya licin la tray pisang goreng tu.air tebu pun masyuk licin.yang tolong kejap-kejap ni pun menjilat jari tengok "eh habis dah pisang?".

itulah,kalau Allah nak bagi rezeki tu,pap,nah jatuh gedebuk (hiperbola kejap).tambah-tambah kalau rezeki tu untuk sara anak-anak yang baru nak membesar kan?insyaAllah,memang akan sentiasa cukup.walaupun kita tengok dalam balang duit mereka,banyak note RM1 je.

mereka tetap mampu beli rumah,kereta,stationery anak-anak pun boleh tahan compared dengan anak Mak yang duduk Uni ni.kotak pensil cap hemo-hemo je.haha.

cuba tengok duit kat tangan kita.muhasabah balik.kadang-kadang sampai short bajet bulan-bulan.over spending.duit macam air orang kata.takut nak masuk alam kerja.takut kalau rezeki yang kita cari tu tak cukup berkat.halal tapi tak semestinya berkat kan?duit habis bayar saman,bayar denda,repair kereta tiap bulan.macam mana nak bajet macam tu?macam mana nak berkongsi rezeki dengan yang memerlukan?

tapi seronok dengar cerita Mak.walaupun kadang-kadang duit dia kira-kira macam tak cukup,tapi bajet untuk Tok & arwah Opah akan dia letak tepi dulu.yang tu mesti kena langsai dulu.no matter what.walaupun mula-mula Mak rasa duit macam tak cukup,at last still Mak manage untuk masuk saving walaupun hanya RM50 je bulan tu.

macam apa yang ayah dalam buku Ustaz Pahrol buat dalam didik anaknya.supaya memberi pada orang tua.hasilnya anak itu hidup selesa kini.

berkat kan rezeki?

bak kata Jurisprudence,to reach a good legal system,you must observe and make analysis throughout the system.only then you may make and enact a good law.

observe,analyse,experience.

(ambik part ni je,jangan follow sangat kepala Jurist ni)

nak rezeki yang berkat,observe la cara hidup Mak Ayah kita.tengok macam mana diorang boleh tanggung 4 5 malah sampai 11 anak kadang-kadang dengan gaji RM1000++ je sebulan.nak sekolah,nak makan,nak pakai.hebat tak hebat kuasa Tuhan yang mengatur rezeki.

semoga pak cik jual char kuey teow tadi pun peroleh rezeki yang berkat untuk anak-anak,insyaAllah,ameen.

kalut-kalut Gadhafi nak kena sanctions,moga pak cik terus istiqamah (tibe2)
:)

Sunday, February 27, 2011

a minute notes.

terlalu banyak barang di sekeliling,
yang mengingatkan kita pada si kawan baik,
amat menduka citakan.
bila dikenang bukan pada waktunya.

tapi terfikir.
selama ini,
yang selalunya,
sejak dari belum lahir sampai mati,
segalanya,semuanya,
milik Tuhan yang satu.
dan kita boleh kadang-kadang tak bersyukur.
tak ingat Tuhan.
itu lebih menduka citakan,kan?

Saturday, February 26, 2011

kejarlah dunia,jika hatimu tragis.

dunia ini terlalu sekejap untuk ditangisi.
jadi tragis jika hanya disinggah untuk mengenang.
jadi gelap kalau tak melihat isinya,pengisiannya dan mengisinya.
jadi lelah kalau tiada hujung dalam mengejarnya.

tapi akhirat akan lebih kelam.
kalau dunia diletak bukan di tempat layaknya.
kalau dunia terlalu banyak dibaziri.
dibaziri dunia untuk dunia.
dibaziri dunia untuk mengharap pada dunia.

kerana dunia bukanlah destinasinya.

bergetar jiwa pemuda.
saat mengalunkan kalimah,
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
terhenti hingga tak mampu meneruskan ikrarnya.
beda benar rasanya saat dia benar-benar merasakan,
bahawa yang di hadapannya adalah Tuhannya.
hingga berkata si guru padanya,
"Ajarilah aku sebagaimana kamu menghayatinya."

takut.
takut benar jika dia syirik.
bila dia mengharap bukan pada Tuhan.
bila dia bukan menyerah sepenuh dirinya pada Tuhan.
bila dia dengan lebih tragisnya,
tidak menyedari hakikat,
bahawa dia hilang kebergantungannya dengan Tuhan.
saat dia memuja hamba Tuhan.
mengharap bahagia bukan datangnya dari Tuhan.
bila dia lupa Tuhannya walau sesaat.
tragis amat.

kerana bukan Tuhan yang memerlukan dia.
kerana sudah mafhum di firman,
"wahai manusia!kamulah yang memerlukan Allah;
dan Allah Dia lah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji" (35:15)

berhentilah bermain dengan dunia.
berhentilah bermain dengan isinya.
kerana dunia bukan padang permainan.
kerana dunia tidak lain hanyalah seperti hamparan tikar ibadah.
yang selayaknya diisi dengan isi-isi mahmudah.
bukan dengan permainan jiwa.
bukan dengan angan kosong.

kejarlah dunia,
bermainlah dengan isinya,
jika hatimu masih tragis.

Sunday, February 20, 2011

sorry,you are in the wrong way.

saat dia dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan,saat itu dia mengakui fitrahnya berteman tangis.saat dia dilahirkan sebagai satu-satunya teman jiwa bonda,saat itu dia mengakui jiwanya harus kental memohon sabar bersama bonda.saat bonda menyambutnya dalam lipatan lumpur,saat itu dia merasa,tak akan mungkin dia tinggalkan bonda.

hinggalah suatu saat,pabila dia bertemu sesuatu.sesuatu yang selama ini asing untuknya.
hingga tertanya:

adakah ini rahmat atau musibah?

lalu kisah seorang bapa & anaknya diungkap.seorang bapa yang bercerita pada anaknya tentang hakikat bahawa dirinya dahulu adalah seorang hamba.lalu dia menebus dirinya dari perhambaan berbekalkan wang yang dikumpulnya.saat dibebaskan,lalu dia berkata kepada tuannya;

"aku tidak tahu kebebasanku ini adalah rahmat atau musibah,lalu aku bersangka baik kepada Tuhanku & aku berserah diri."

lalu dia hidup sebagai lelaki yang bebas,menikah dan memperoleh zuriatnya.saat itu telah ditanam di dalam jiwa anaknya,agar mereka bersama menuju jihad ke jalan Rabb yang agung.saat mereka membeli kuda untuk jihad di jalannya,mereka bahkan dicemuh.punya kuda yang sihat & cergas,sedangkan rumah mereka polos.lalu ditakdirkan,kuda itu hilang setelah beberapa ketika.kandangnya pecah.lalu apa kata si bapa?

"aku tidak tahu ini adalah rahmat atau musibah.aku bersangka baik kepada Tuhanku & aku berserah diri"

ditakdirkan setelah beberapa ketika,kudanya yang gagah kembali.bukan sendirian.bahkan bersama-sama kawanan kuda liar yang lain.terpegunlah mereka yang selama ini mencemuh.lalu apa kata si bapa?

"aku tidak tahu ini adalah rahmat atau musibah.aku bersangka baik kepada Tuhanku.dan aku berserah diri"
-----------------------------------------------------------------------------------------------

saat itu dia tergumam.saat dia mahu menangisi sesuatu yang bukan pun miliknya,saat dia mula termenung di tikar usang,dia merenung dalam.

di manakah kekuatan doa yang selama ini aku panjatkan bahawa sesungguhnya aku berserah diri kepada Tuhanku?

Tuhan sedang mengujimu,mendidikmu.supaya kau beramal dengan apa yang kau ucapkan.

maka teguhlah jiwa.

moga akan kembali 'si kuda'.bukan sendirian.bahkan berteman ilmu.

ps:buku dalam dakapan ukhuwah karangan Salim A.Fillah sangat best sampai nak nangis baca (emo)

Wednesday, February 16, 2011

coco crunch.

you are my best friend.
they said best friend can read our hearts,
even we didn't say any single word to them.
so read mine.
they said whenever people walk out from our life,
a best friend would still remain with you.
in the clouds and clear day.
like a song that you loved before,
"menangislah di bahuku".

there's many words I wanna say to you.
many stories to share in these few days.
the tragic things I must say.
I'm sorry heart.
today and tomorrow and tomorrow,
let it be just only us.
without our best friend.

bai Pooh,hari ni kita tukar best friend.

Tuesday, February 15, 2011

when He loves you more,no doubt anymore.


kita selalu sangat mendengar petikan surat cinta Tuhan yang ini;


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji" (29:2)


selalu bukan?selalu sangat.sangat.


macam juga exam.bolehkah kita nak dilabel cemerlang kalau soalannya boleh dijawab adik tadika?paling hebat 10A SPM pun mungkin orang tak berapa nak kagum sangat di zaman kita ni.


macam tu jugalah orang-orang beriman.zaman ini yang ilmu mudah disebar di sana sini.mediumnya melambak.haruslah ujiannya lebih sukar & ampuh.kita mungkin banyak ilmu.praktiknya?


mudah sangat nak mengaku beriman di lidah.mudah sangat nak mengucap kalimah syahadah yang agung itu di bibir.praktiknya?siapa berani kata semudah ABC 123?


sebab itu Allah uji kita.asak kita dari depan belakang kiri dan kanan.supaya praktiknya diaplikasi.digunakan.diasah dengan tajam.


barulah benar klasifikasi IMAN.barulah benar praktiknya IMAN.



warnakan hati dengan IMAN.

bila ditarik 'sedikit' nikmat yang Tuhan beri,kita kadang-kadang terlalu cepat melatah.ya itulah Anis melatah.kadangkala hilang akal waras dek kerana nafsu & amarah.tenggelam ilmu,tenggelam iman.bila Allah 'tarik' sedikit harta yang sememangnya bukan hak milik kita pun,kita 'menenggelamkan' iman.bahkan mengheret nafsu & amarah untuk mendamping,mengganti IMAN yang kononnya kita akui sebagai nadi & jiwa kita.


kita melatah.'tenggelam' IMAN.kita terlupa.


"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(Yaitu) kamu beriman kepada Allah & rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu,itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (61:10-11)


Allah 'tarik & rentap' sedikit harta kita.kita mengeluh.sedangkan harta itu mungkin saja sebesar zarah berbanding dengan lain-lain nikmat yang Allah tak pernah berkira dengan kita walaupun kita masih tenggelam dengan dosa & maksiat padaNya.walaupun kita terlupa matlamat hidup ini hanyalah untuk mengejar redha Tuhan.sungguh,Allah itu tak pernah putus asa dengan kita.tak pernah menutup pintu taubat hambaNya.(boleh rujuk artikel Ustaz Asri tentang besarnya rahmat Allah ini.)


‎"kerana itu Allah menurunkan kepada kamu kesedihan, demi kesedihan
agar kamu tidak bersedih lagi atas apa yang luput dari kamu
dan atas apa yang menimpamu" (3:153)

dan kita?masih berkira-kira dengan ujian Allah?masih ragu-ragu dengan hikmahNya?


kembalilah kepada Tuhan.jalannya amat luas.sesungguhnya Allah itu telah mempersiapkan kita dengan kelengkapan untuk berdepan ujianNya.


"Dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (40:60)


nah,bukan setakat neraka tempatnya.bahkan dengan kelas yang hina lagi dina.mahu sombong lagi.mahu mengaku mampu berdikari tanpa Tuhan?mampu menyelesaikan segala masalah dengan sendiri tanpa doa padaNya?


lalu apa?masih meragui kasih Tuhan?masih kabur-kabur dengan ujianNya?kembalilah.


"Maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." (40:55)


bersabarlah.berdoalah.bukan supaya Allah memberi apa yang kita hajatkan.berdoalah sebagai tanda pengabdian diri kita yang sesungguhnya.sebagai tanda 'sesungguhnya kami berserah diri padamu Tuhan'.


terlalu banyak rasanya khilaf pada jiwa hamba yang ini.terlalu banyak rasanya meletakkan dunia di atas sedangkan 'dunia yang abadi' dipinggir.siapakah yang lebih zalim melainkan diri kita sendiri yang telah dipertanggungjawabkan untuk segala amal & perbuatan?


rahmat & kasih sayang Allah itu sangat luas untuk dikira,sangat tinggi untuk dijangkau.Dia memberi kita ujian yang kesudahannya mengembalikan kita kepadaNya.mengingatkan kita untuk kembali kepadaNya.benarlah.hanya mereka yang layak digelar orang-orang beriman sahajalah yang layak merasai manisnya IMAN.


ujilah kami.agar kami teguh.
agar persahabatan kami benar-benar keranaMu.
ukhwah fillah katanya.


ruang iklan:
bukankah telah saya katakan bahawa sungguh besar hikmah Allah mentakdirkan saya sebagai satu-satunya bunga di taman di bawah jagaan ibunda tercinta.kerana tatkala saya mengirim rindu padanya,ibunda mula sebak.kalau punya 10 anak mengada begini,kering air mata bonda.

& saya rasa sangat cool & macho bila tak menangis lagi dengan kawan baik berkongsi duka lara di hati.sedangkan waktu itu (hari kejadian tragis) saya terasa tak berdaya dengan dugaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini.

Monday, February 14, 2011

she is still sewing her clothes.

"it doesn't matter how slow you move as long as you do not stop" [quoted]
move-move-move from jahiliyyah!



ustaz kata pertama-tama kena yakin diri betul-betul dah sedia.
ustaz kata,kena buktikan pada parents yang kita matang.
boleh berdikari,boleh buat kerja rumah,boleh jaga,jaga,jaga.
bila urusan hidup segalanya disandarkan pada Allah,
yakinlah janji Allah itu benar.
bahawa Dia tak akan membebani kita di luar batas mampu.
mana mungkin Dia membebani kita.

macam ustaz cakap;

pernah tak abang biar orang masak waktu sang isteri dalam pantang?
pernah tak abang tak beli baju baru waktu raya?
pernah tak abang biar orang cuci lampin anak?
pernah tak abang tak masak waktu isteri sakit?

dengan hanya berbekalkan RM25.20 sebagai mas kahwin tanpa sebarang hantaran,nah,begitu keyakinan seorang bapa mertua pada sang suami yang berada di tahun akhir.lalu ikatan janji di hadapan sang bapa bahawasanya 'aku terima nikahnya' dan akan dijaga sang isteri sepanjang umurnya.

tak tahu kenapa kenapa & kenapa terasa bergenang saat itu.
tu lah,banyak dosa sangat.

ini salah satu hubungan mulia.

janjinya harum,manis & ranum.

berbuah sampai syurga.

"aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,jika hilang agama dalam dirimu,maka hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)

er,standard lah orang berumur 23 tahun membebel pasal ni :p
bawah umur belajaq dulu noh.hihi



mampu & tahu,mana satu lebih kuat?