Sunday, October 26, 2008

::aku terima nikahnya::

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya gembira hari ini :)

Syukur, segala pujian untuk Allah yang mengurniakan nikmat untuk saya. Tak henti-henti nikmatNya datang bertandang tapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Semalam, saya ke bilik fatin liyana dan Berjaya menemukan sebuah buku yang saya pun belum khatamkan lg ;) tapi separuh perjalanan saya menelusuri ilmu yang ada di dalam buku itu membuatkan saya bersetuju 100% dengan prinsip penulis; “Erti hidup pada memberi”. Buku yang saya baca adalah “Aku terima Nikahnya” karya Hasrizal Abdul Jamil yang lebih dikenali dgn saifulislam.com. selama ini saya hny membaca karya beliau di web iluvislam.com dan kali ini, berkesempatan pula membaca buku karya tulisannya. Dengan hanya melihat pd tajuk buku tersebut,jgn kamu salah sangka dengan pengisiannya. Tak dinafikan, ada menyentuh tentang alam perkahwinan, tetapi saya lebih tertarik dengan cara penulis mendefinasikan pengalamn hidupnya dari kecil hingga ke saat beliau menulis buku tersebut. Jom kawan2, baca buku ini untuk mendapat sedikit sebanyak ilmu yg saya kira sgt bermanfaat untuk bekalan kita bersama.

Nasihat beliau pada anak2 muda, sebelum membuat apa2 keputusan, amalkan SENSE OF BEGIN WITH THE END IN MIND. “Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.” Cuba kita aplikasi nasihat penulis ini dalam kehidupan kita sbg pelajar, hamba Allah dan anak memandangkan belum bernikah lg ni. Boleh kan kwn2? ;) 1 chapter dlm buku beliau yg sgt teruja sy membacanya, sgt teruja & sgt menyentuh hati; cinta tanpa syarat.

“anak-anak,jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda”.

Apa yang saya faham dari tullisannya, kita sebagai anak takkan mungkin dapat membalas jasa kedua ibu bapa kita, hatta dengan segunung emas sekalipun, belum tentu terbalas segala jasa mereka, membawa kita mengenal dunia yang fana ini. Allah turut mengajarkan kita berdoa untuk kedua ibu bapa:

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil” [Al-Israa’:24].

Teringat saya pd adik saya, umurnya masih kecil lg ketika itu, biasalah, anak kecil, kalau diminta tlg kudratnya, pasti mengharapkan balasan, dlm erti kata lain, upah. Saya yang dah besar ni pun, kdg2 mengada nak upah, tp bezanya, saya tak serius nak upah, saja mengusik mak ;) tapi, pernah tak seorang ibu suruh kita bayar balik kerahan tenaga beliau mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengendong kita ke sana ke mari, untuk setiap saat yang beliau habiskan di mlm hari memastikan kita tidur tidak digigit nyamuk, dan ibu saya yang menahan lapar dengan hanya meneguk air kosong demi memastikan perut kami terisi dahulu, sebab kami dahulu bukan orang senang ;), dan ayah yang tak jemu-jemu membonceng saya dan encik afifi naik motor Honda 70 keliling kampung agar kami tak kebosanan. takkan mungkin saya lupa keperitan mak dan ayah membesarkan kami berempat, ya Allah, jgn kau jadikan kami anak-anak yang lupa pd ibu dan ayahnya. Walau susah mana sekalipun, mereka tetap berusaha memastikan kami hidup sama seperti anak-anak lain, membesar seperti orang lain dan Alhamdulillah, kini kami berazam untuk membahagiakan mereka, insyaAllah. Mak, rindu nak blk rumah..

Dan hari ini, Alhamdulillah dpt mengikuti usrah bersama k.izzati dan k.farah dgn tajuk sifat solat Rasulullah. Hari ini, saya dihidangkan dgn video cara-cara solat yang diajar Rasulullah. K.izzati menghadiahi saya senaskah buku Hisnul Muslim, susunan Said bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani. sgt terharu pd kasih seorang kakak. Pesan k.izzati;

“buku tu dpanggil hisnul muslim, dlmnya ada himpunan doa n zikir y nabi baca, dari hadith sahih semuanya, dlm tu juga ada zikir pagi ptg page104, anis bc la lpas subuh n asar,ye? Bcaan2 dlm solat spt y nabi baca pn ada, semuanya sahih insyaAllah. Rasulullah adalah manusia y plg dcintai oleh Allah, maka ibadah y nabi buat jg adlh y plg dcintai Allah. Amalkan 1 sunnah maka akan thapus 1 bid’ah”.Terima kasih k.izzati,jazakallah hu khairan; “semoga Allah memberi pahala kebaikan utkmu” :)


..[buku untuk dibaca minggu ini,tak sedar dah nk final ;p ]..


p/s:thanx gak untuk yana bg kite pinjam buku awak ;) anyone yg berminat, bleh beli buku tu, RM 20.90 saje. And sesiapa berminat nk tgk video sifat solat nabi, dialu2kn ;)

Friday, October 24, 2008

saya sayang encik afifi sangat!

malam ni,Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu kawad saya yang x seberapa bersama kak farah,hawa,ummi,cik suria dan amal yang suka mengusik.ouchh~ terhibur seketika setelah dilanda kemurungan study.sungguh saya tidak rajin belajar.uhuw~ kesian korang kan,kite x pandai sangat nk ajar kawad,saya x pegi kursus komander :p

before kawan2 berlabuh pulang,tibe2 hawa tanya,anis x apply rayuan jpa aritu?saya pun menjawab,

"kite tak tahula hawa,kak farah bagitau aritu pun,time tu dah dateline.kitorang tak sempat buat rayuan."

wah..ni berita yg membuat saya menjadi the victim of psychiatric illness.haha..hawa bagitau majority yang buat rayuan,dpt jpa.ahh..saya sungguh frust.betapa carelessnya saya,saya dianiaya oleh diri sendiri.uhuhu..tibe2 saya menangis tanpa sedar smbil disaksikan cookie,hawa&ummi[baru kini terasa malu.waa~]

saya sedey sbb saya sgt berharap dapat jpa even saya tak la secemerlang mana pun.saya tahu saya lemah,repetition words again :p waktu tu terlintas gak,saya kena redha,ni ketentuan Allah untuk saya,ujian saya ini.saya kena kuat!tapi disebabkan hobi saya yg memang suka menangis,handphone dicapai,message ditaip;

anyah,free x?kol ika jap.

sesaat kemudian,tanpa teragak2,abang saya kol.saya tahu beliau sgt sayang pada saya.that's why sepantas kilat responnye :p saya pun tanpa teragak2 terus menangis dgn terisak2 sebab saya tahu encik afifi akan pujuk nnt ;p tapi,before that,kena dgr kuliah free beliau lah.haha..saya tahu,antara sebab2 yang menyumbang kepada carelessnye saya itu adalah disebabkan tidak independentnye saya,borang SUK perak pun anyah yang setelkan.hoho~ di antara ayat encik afifi yang saya ingat

encik afifi:tu la,ni umur dah 20,tak blehla nak harapkan orang lain nak ingatkan semua,bukan budak kecik lagi ni totally depends kat mak ngan anyah,tau?takpe,sem ni usaha la lagi,kalau kita dah aim kan sesuatu,kenala usaha sungguh2,blaja rajin2.jangan risau,anyah ngan mak boleh tolong sapot.jangan nangis dah,benda dah lepas eh.

huhu..thanx anyah.great bro.tapi geram2.beliau sempat ketawa dgr saya nangis.ceh!~thanx juga pada angah sudi dgr crite adikni ;)

in conclusion,saya mahu tido,already 0215 now.saya sgt sayang anda lah encik afifi,sgt pandai memujuk hati adik anda ni ;) gud luck for your test besok!


..[encik afifi pojaan hatiku ;) ]..

Sunday, October 19, 2008

bebelan seorang anis ;)

Bisik itu kembali menjelma..mengapa anis,begitu sukar kau merealisasikan niat itu?

Terkandas,seolah telah menjadi duri dalam daging bah kan telah menginap mungkin dalam tulang-temulangmu.lemah dikau,anis.saya tahu,jika usaha saya itu dibekalkan dengan sedikit lagi istiqamah & pengharapan yang sepenuhnya pada Pemilikku,dengan izinNya,pasti terlaksana niat saya itu.tapi mengapa anis,mengapa?kau yang mengundang fitnah,jangan menunding jari pada yang lain.hanya satu jawapan yang berlegar dalam akal ‘jiwa kacau’ saya,saya berhutang sesuatu dengannya.

‘aku’,benarkah bahagia atau derita yang semakin mencarik,

Halaqah ku,samakah pandangan zahirmu dengan pandangan batinku,

Hatiku,tersenyum atau merontakah ia?,

Akal,rasional atau zuhud keutamaanmu,

Apa yang kau lihat,belum tentu sama dengan apa yang aku rasa,

Aku lemah dalam menafsir bisik hatiku sendiri,

Oh diri,maafkan aku,amanahmu seakan menggali lubang kekalahannya,

Aku hanya mampu berharap dan berdoa temanku,moga doamu,doaku,doa mereka dikabulkanNya,

Moga kita diberi kekuatan itu,moga kita diberi hidayah itu,

Kerna aku seringkali kandas dalam dilema tipu dayaku sendiri.

Dan saya tahu,100% bahagia adalah sesuatu yang belum pasti untuk saya.maafkan saya temanku jika seakan terlihat diri ini seperti hipokrit,mengertilah,apa yang kau lihat belum tentu sama dengan apa yang ku rasa~

Wednesday, October 15, 2008

finally,the gross breach the emotions ;)

tempat:dewan seminar menara saas
waktu:around 430-530(waktu lecture MLS ni.waa~)
peserta terlibat:anis+hafsah+kak farah+mira

semalam,akhirnya ada sesuatu yg membuat hati saya gembira.akhirnya the reasonable mood kembali menjengah.Alhamdulillah ;)

mira mengagihkan contract study group before the final exam which are bound to each member of the group."if there are braech of the agreement,the juries will decide the sanctions to the offender",kata mira.ehe~

saya & kak farah pun meneliti agreement tersebut yg saya lihat agak bagus untuk di follow dan akan membawa benefit untuk kita bersama.ceh~ lalu secara free consentnya tanpa di undue influence atau di misrepresentation oleh mira,saya menandatangani agreement itu{oh..ckup2la dgn contract,sungguh saya kecewa dgn test contract tempoh hari.kan saya dah jangkakn 'kecemerlangan' saya itu.uhu~] saya pun menulis;

ahli: 1-kak anis[da young gurl.wuhuu~]

kak farah menyambung:

2-rahmah comey

contract pun di'pass' kpd hafsah.

hafsah:sape ni?(sambil menunjuk ke arah nama rahmah comey)
anis:2 name arwah opah kak farah.
hafsah:yang mane?comey?(dgn muke serius)

waa..selepas itu,saya dan kak farah yg mendengar perkataan itu sambil melihat muka hafsah yang serius,tidak dpt menahan diri untuk me'expresskan' emosi gembira kami.hoho~ hafsah,tahukah anda,anda telah menceriakan hati kakak mu ini? :)


..[with hafsah,adikku :) ]..

Monday, October 13, 2008

tipu dayaku mencarik kewarasanku~

Indah rembulan di angkasa,
bercahaya menerang gelita,
pungguk merayu merawan hiba,
mengharap bulan jatuh ke ribaannya,
namun bulan mendabik dada,sering dipuji & dipuja,
pungguk terlalu menuruti rasa sedang bulan tak memandangnya.
Rembulan lupa asal usulnya,
hanya meminjam sinar cahaya,bila sang suria dah menjelma,hilanglah seri pucat warnanya,
tak siapa menghiraukannya,indah rembulan sementara,kesiangan terbuai lena,
pungguk hilang entah kan ke mana,tersedar diri terpedaya..

Entah kenapa,lirik lagu ini seakan memujuk hati saya yang digamit rasa duka kebelakangan ini.oh hati,mengapakah dikau?huu~adakah kau terlalu mengejar dunia duhai hati.ya..itu seakan jawapan yang tepat.diri,mengapakah lemah kau dalam mendidik hatimu hingga kau membawanya merasa duka yang mendalam.mengapa begitu sukar kau membahagiakannya dengan kebahagiaan yang manis,yang jauh dari rasa resah & gelisah.tersungkur lagi diri dalam kedustaan yang diciptakan sendiri.maafkan saya temanku,seringkali membuat kau terluka&kecewa.saya tahu saya LEMAH!huhu..puan ainun,hug me please..

Thursday, October 9, 2008

tOrt oh tOrt~

oh tort,mengapakah "kau" menyeksa batinku,
serius soalannye menyerabutkan kulit kepalaku.uhuw~
handwritingku bukan setakat cakar ayam,nk cakar cacing pun bolehla.huhu..
maam,forgive me.serius x sempat nak jawab precisely and neatly.

sorry to ali's mother,couldn't resolve your issue perfectly.waa~
cam dah jadi lawyer pula.nasihat kepada jambu and kawan2,pulangla ke pangkal jalan.jgn membuli sudah.ish3~

rase cam 'waa..geram2.stdy di larut malam pun seems x membantu sangat.huhu~'
tapi takpela kn,stdy untuk final yang semakin berlari-lari ke arahku.hoho~ boleh tak jangan mengejar saya oh cik final?huu~

papepun,gud luck anis for the coming test,contract&ctu.rase cm dapat agak je 'kecemerlangan saya' for these coming papers.ya Allah,permudahkan urusanku.ameen~

Tuesday, October 7, 2008

mood raya?tiada lagi...

raya..1 perkataan yang mungkin akan saya simpan dalam muzium peribadi saya untuk 4 tahun yang mendatang.bak kata lecturer,sepanjang pengajian kita di sini,istilah raya hanyalah suatu istilah,tiada lagi raya seperti di zaman muda remaja dulu.oh..saya sudah besar.



apapun,Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya bernafas di muka bumiMu ini dan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.anyah,trimas untuk baju raya yang di'sponsor' itu ;) persediaan untuk raya pun sederhana saje[ayat artis].as usual,every year,kerja saya cuci tingkap+tukar langsir+isi kuih dalam balang+sapu&mop lantai+menjamu kucing2 dengan hidangan raya,ehe~+tolong mak potong2 sayur&bawang.lemahnya dikau anis dalam ilmu dapur,uhu~ memandangkan anda seorang saje anak perempuan,bekerja keraslah dikau.hoho~tapi yang pasti,macam anyah je yang lebih kerja :p

di hari terakhir ramadhan,memandu pulang ke kampung di kuala kangsar dengan kelajuan yang tidak dapat dimaafkan dan telah menerima kritikan 'membina' dari mak.waa~sungguh kasihan diri saya.tu la,sape suruh bawak laju2.sebenarnya,saya telah di'provoke' aiman[self defence to reckless driving ;p]

sempat jugala kami membakar kira2 2o batang lebih lemang,tradisi keluarga,arwah opah memang pakar buat lemang.huhu~di malam raya,abang sekeluarga sampai di rumah dan kami berborak hingga larut malam.alesha paling lambat masuk tidur.ish3~






hari raya pun tiba,sesi bermaafan menjadi suatu kebiasaan untuk semua keluarga di pagi raya.tahun ni,hanya mak,ayah,saya dan aiman yang mengikut tema baju.yang lain,out semua :p menerima kunjungan pak ngah&wah sefamily beserta anak2 mereka yang cumil,alif hakim,aliah husna&amar hidayat.











hari raya kedua,berkunjung ke tronoh,menghadiri majlis kenduri kahwin opah kak nadia,raya ketiga menerima kunjungan angah,ary&kezen angah.sorry ngah,terlupe bagitaw mak angah tak makan sayur tapi nak cakap juga 'padan muke' :p raya keempat,kak nadia menziarah and the last day of my raya at home,menerima kunjungan anak2 makwe yang datang dari kl&sp.thanx for the 'duit raya'.begitulah berakhirnya raya saya di rumah.sungguh,mood raya seperti di zaman kanak-kanak dulu tidak terasa lagi.mungkin anda sudah matang anis ;)ada kaitan ke?hoho~

apapun,penghayatan syawal itu adalah seperti suatu lambang kemenangan setelah menempuh ramadhan yang penuh dengan keinsafan.trimas juga untuk mama for the kuih mahsuri 1 bekas yang sungguh nyummy itu.faveretku since my kindergarten age.kawan-kawan,final dah dekat.bersediakah kita?hopefully yes.worry with the MLS which i know that i haven't cover it well and the carry mark,oh..spechless about it.Ya Rabb,[permudahkanlah urusan hambaMu.ameen~