Saturday, August 7, 2010

"Nagato,stop your crying!"

Dulu,mak saya pernah bising; "Asyik kawan je".Minta maaf Mak.

Yeah,saya dulu bukan anak baik,saya sangat buas,nakal,degil & segala yang seerti dengannya.Nama saja anak perempuan tunggal,tapi boleh jadi degil saya waktu sekolah dulu lebih besar berganda superb daripada abang-abang saya.Sebab itu Rasulullah pernah pesan kan supaya jaga anak perempuan baik-baik.Pepatah orang tua juga ada menyebut,"Menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding anak perempuan seorang".Eh,wujud kan pepatah tu?Haha.Saya tak tahu kenapa dulu saya begitu.Kasihan Mak & Ayah saya kan?Agak-agak nanti,adakah hukum karma akan menimpa saya?Tak perlu la cerita kisah degil saya segala,nanti jatuh saham (apakah).

Waktu kecil dulu,saya suka cakap.Tak kisahla dengan kucing pun,hatta sekarang pun masih lagi berbuat demikian.Asalkan dapat cakap.Jadinya,bila abang sudah mula masuk asrama,saya jadi sunyi.Hilang kawan gaduh.Sekolah memang tempat saya ber hu-ha-hu-ha.(niat tak baik,orang ke sekolah belajar,nak dapat ilmu & redha Allah ok-ketuk kepala) Mungkin sebab saya banyak sangat berkongsi cerita dengan kawan membuatkan Mak saya cemburu.Sebab itu wujud statement di atas.Jujur,dulu saya tak pandai berkongsi rasa dengan Mak,saya anak pelik,tapi bukan alien.Bila dikenang-kenang,betapa saya telah membazirkan 18 tahun umur saya tanpa bermanja habis-habisan dengan Mak.Saya sangat rugi,sangat.Saya tiada kakak,adik perempuan pun tak ada.Kawan perempuan jua lah jadi teman cerita lara.Alhamdulillah saya didaftarkan di sekolah agama.Terjaga juga sedikit sebanyak.Dan di situ,saya bertemu teman-teman jiwa yang masih di jiwa hingga kini.Tapi dulu je saya banyak cakap.Sekarang tidak lagi,banyak sudah mengubah saya.

Motif post please?

Sebenarnya,saya bukan mahu membuka pekung di dada tentang buruknya perangai saya waktu dulu (sekarang pun bukan baik sangat :) ).Cuma,saya terasa sentimental petang ini.Sahabat saya yang seorang itu ditimpa demam lagi kelmarin.Sungguh besar kasih sayang & cinta Allah pada dia.Seringkali dia diuji dengan nikmat sihat.Makin dekat hatinya berzikir pada Rabb.Menjadi lumrah di sini,walaupun tidak dididik secara formal,namun atas kesedaran masing-masing,bila seorang jatuh sakit,yang lain akan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi sakit dirinya.Segala yang terdaya,insyaAllah akan dilakukan.Seorang sahabat datang mengurut,seorang datang membawa ubat,seorang datang membawa bekal makan,seorang mengirim doa cepat sihat,seorang menelefon supaya menjaga diri.Kenapa begitu?Kerana itu mungkin saja boleh menaikkan saham kita di bursa saham Mahsyar kelak,harapnya amal itu ikhlas & diterima,ameen.Kenapa lagi?Mukmin itu kan bersaudara,yang kiri sakit,yang kanan pun terasa.Ala,rugilah nanti?Siapa cakap?Kan Allah dah berkata;

"Dan mereka yang memberikan apa yang mereka berikan (sedekah) dengan hati penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya.Mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan,dan merekalah orang-orang yang dahulu memperolehnya" (23:60-61)

Sekali lagi,saya bukan budak baik(fakta) tapi saya tak mahu berhenti usaha jadi budak baik (fakta).Siapapun akan rasa rendah diri bila di sekeliling kita dipenuhi dengan manusia-manusia yang cerah wajahnya.(sejuk hati bakal ibu mertua).Tapi,saya tetap percaya,amal yang sebesar zarah pun tetap Allah kira.Jadi,kenapa tidak berusaha walaupun sedikit?Dulu abang saya suka menabung.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit katanya.Amal baik pun,sikit-sikit lama-lama lawan Everest pun boleh kan? :)

Saya baru selesai menatap Naruto (kan dah cakap saya bukan budak baik).Sekali lagi,saya tersentuh dengan kesetiaan Naruto pada Senseinya.Walaupun dia seorang menentang 6 Pain yang monster,dia tetap berjuang.Dia sentiasa percaya apa kata gurunya.Hidup dengan percaya,kita mampu mengubah dunia kesudahannya.Rasa dendam hanya akan melahirkan dendam lagi.Hanya yang percaya pada keamanan akan membawa perubahan.Itu moral episod terbaru.(Naruto,nak upah saya jadi story-teller tak?-mengarut,mengarut,cepuk nak?)



[Lahirnya Pain]

Baiklah kawan-kawan,Anis mahu berhenti membebel.Selamat mempersiapkan diri menuju Ramadhan.Sampaikan Ramadhan padaku Allah.Taqwa,taqwa,taqwa.Itu Ustaz Fauzan pesan.

2 comments:

Anonymous said...

selamat berpuasa =)

safiyyah said...

suka post ini =)

hana pun bila jauh macam ni baru dekat dengan mak. ruginya waktu dulu..