Wednesday, August 6, 2008

kisah adik dan kuihnya~

"abang nak beli kuih??"
(dipetik dari iluvislam.com)

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!


~pencarian tiada hujungnya (^-^)

Monday, August 4, 2008

Sambungan dari penulisan sebelumnya~



Kita dilahirkan di bumi Allah ini adalah semata-mata utk b’ibadah kpdNya. Justeru, salah satu bentuk ibadah yg digariskan adalah dgn menuntut ilmu. Sebagai seorg muslim, menuntut ilmu itu tidak terhad sehinngga ke peringkt university atau master atau phd sahaja. Ia adalah suatu proses yg b’terusan spnjg hayat.

Carilah masa walaupun singkat utk m’hadiri majlis2 ilmu sebagaimana disebut dlm firman Allah dlm surah Al-Mujadilah (58;11)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.”

Dan apabila kita telah mempunyai ilmu,wajib pula utk kita menyampaikan ilmu tersebut kpd yg lain. Ini kadangkala m’jadi suatu mslh kpd ana, terkadang terasa takut utk b’pesan2 kpd kebenaran kpd shbt2 ana yg lain. Takut sekiranya ada yg t’guris hati, dan takut juga sekiranya ia tidak dpt diterima dgn baik. Pernah ana t’baca blog seorg ukht, di mana temannya telah m’kritik dakwah yg disampaiknnnya. Semoga Allah menguatkn semangat ukht tersebut. Ameen~ walau bagaimanapun, usaha dakwah ini tetap perlu ana pupuk dlm diri ana, tetap perlu ana semai+ baja agar ia m’buahkn benih kemanisan kebenaran suatu hari nnt. Ingin ana kongsikan satu lagi dalil Allah yg menyeru kita utk b’pesan2 pd amar makruf dan nahi mungkar. Surah Ali ‘Imran (3;110)

kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik”.

Begitulah sedikit sebanyak ilmu yg ana perolehi dalam sesi usrah ana yg pertama. insyaAllah aka nana kongsikan lg dlm sesi yg berikutnya J ana juga ingin berkongsi kisah yg ana perolehi dr web iluvislam.com, kisah tentang bagaimana seorang lelaki muslim melamar bakal isterinya melalui sepucuk surat. Surat yg sgguh ringkas tp m’dalam maksud yg tersirat di sebalik setiap ayatnya. Surat yg didatangkan dgn penuh adab dan sopan. Surat lamaran yg terindah pernah an abaca setakat ini J

Hayatilah bait-bait ayat surat lamaran seorang insan biasa ini;

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* *********

Begitulah kisahnya, kandungan dlm surat lamaran yg indah pernah ana baca. Pasangan tersebut hanya berkenalan dlm tempoh 2 bulan dan mengambil kata sepakat utk bernikah. Persiapan pernikahan pula hny m’ambil masa dlm tempoh sebulan. Apa yg dapat dipelajari dr sifat lelaki ini adalah dia menyerahkan segala ketentuan takdirnya pd Yang Esa. Dia tidak b’janji akan selamanya memberi kesenangan dan kebahagiaan pd bakal isterinya kerna dia tidak tahu apa yg Allah aturkan utknya di hari esok. Dia tidak b’janji utk m’berikan kesenangan tetapi akan b’usaha sedaya upayanya. Dia juga sedar akan hakikat kita sbgai seorang manusia biasa yg tidak punya apa-apa. Hakikat yg perlu kita sedar bahwa segala apa yg kita miliki hari ini adlah pinjaman semata dr Yg Memiliki diri kita.

Hujung minggu yg baru ini,ana telah diberi kesempatan utk m'jalani tugas sebagai fasilitator untuk program ldk di universiti. Alhamdulillah program b'jalan dgn lancar dan adik2 ldk ana begitu sporting dlm memberi kerjasama. thanks a lot guys! :) anda semua telah m'ceriakan hujung mggu kakak anda yg matured ini.hee~ sempat ana m'ambil foto kenangan bersama adik2 yg best ini.


..[ldk10 modul 1 diploma semester 1]..

Semoga di lain masa, ana diberi kesempatan lagi utk b’kongsi sesuatu dgn anda semua.perbetulkanlah ana sekiranya ada penulisan ana ini yg salah. Salam ukhwah fillah J

~pencarian tiada hujungnya..