Monday, May 14, 2012

baik sangka.

bismillah.

sedang menikmati nasi bekalan ibu tersayang bersama ayam golek kfc yang dibeli inche afifi.alhamdulillah.pukul 1.40 pagi kenyang membulat dan sebentar lagi bakal beradu.sungguh sihat yayyy =.=

weekend yang banyak mengajar saya.sekali lagi tarbiyah dari Dia.what should I say for everything that He gives through thick and thin?kerana setiap kesusahan itu pastinya ada kemudahan kan?mentioned twice in al-Insyirah.

pulang ke rumah membawa hati luka.luka yang cuba disimpan kemas supaya tak ternampak oleh siapapun.hambatan dunia yang kadangkala benar-benar menguji sabar hingga terasa sifat cool terhakis dalam.jarang berasa stress disebabkan study tidak bermakna selamanya akan tegar.bila terkena sekali,I know it will take times to bear with it.take time until I decided not to sit for the PTD exam.God bless.

maka sepanjang hari membuka laptop menghadap kerja sekolah hingga mengabaikan mak di luar.sayu.hingga di suatu saat saya tersedar.what have I done?inikah hasil tarbiyah?kecewa yang sedikit telah melukakan hati hingga begitu?kononnya untuk redeem 'luka' lalu dengan bersungguh menghadap hambatan dunia hingga terlupa apa yang saya kejar sebenarnya.redha Dia atau markah yang tak seberapa?nilaian jadi kabur.kaca mata bertukar warna.usrah adik-adik terasa kering.zalimnya saya.pedih.

sampai di suatu saat,akhirnya saya meluahkan isi hati pada mak.betapa saya berasa lemah untuk mengejar kedua-dua matlamat dalam masa yang sama.begitu pesan mak;

jangan give up.kamu dah di klimaks nya.mak pun tak nak give up.

ringkas.tapi masuk.

dan ia membuatkan saya tersedar.perkataan give up itu.teringat--> jangan berhenti selagi Allah tidak memberhentikan (mematikan) kita.kerana pilihan tetap saja di tangan kita.melangkah dan terus melangkah atau....tak perlu memilih pilihan yang kemudian.full stop.

sepanjang perjalanan dalam ktm,di sebalik empuknya tilam dan bantal coach,Dia menyedarkan saya tentang banyak perkara.putus asa itu bukan sifat kita.sabar itu bukan setakat sabar.tapi perlu dikuatkan.

"wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu" (3:200)

Dia menyedarkan saya,hambatan dunia itu tidak sepatutnya menjauhkan saya dari Dia.terpukul.

"maka celakalah orang yang solat.iaitu orang yang melalaikan solatnya" (107:4-5)

sebak.luka itu tidak sepatutnya menjauhkan kita.luka itu tidak sepatutnya 'dirawat' dengan telusukan-telusukan membungkam yang semakin menggigit iman.membiarkan luka hingga lupa,kita hanya manusia untuk berusaha.

the rest of it,let it remains in the memory-box.thank you Allah.

memohon untuk dimudahkan menghadapi ujian tiada salahnya.tapi lebih masyuk sekiranya kita memohon kekuatan untuk menghadapinya.kerana Dia Maha Tahu upaya kita.hanya yang kita perlukan,kekuatan dari Dia.

the seed inside us,its time to water the dry one.bila Dia mengetuk khabar iman kita,itu saatnya kita harus membangkitkannya berkali ganda.ayuhhh!

kurang dua bulan.dan saya boleh inshaAllah! :)