Thursday, September 18, 2008

from Palestine to Malaysia

From Palestine to Malaysia: An Imam’s advice to his students!
Syeikh Mohamed Mahmoud Seyam-Former Khatib of Mosque al-Aqsa
16th September 2008 at Dewan Kuliah Utama Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Photobucket

Alhamdulillah..segala perancangan ana,hafsah & cookie berjalan lancar. Kami telah selamat sampai ke bumi shah alam setelah semalaman mengikuti pengalaman berharga yang kami kira takkan kami lupakan. Syukran Ya Rabb atas nikmatMu :)
Petang itu, after MLS lecture with prof Ibrahim, ana,cookie, hafsah & k.farah bergegas turun ke bus stop, mengejar masa yang telah menunjukkan jam 5.40 ptg. Kami telah terlebih dahulu menunaikan hak Allah ke atas kami(solat Asar) tika waktu kuliah. Maafkn kami Pak Berahim, keluar seketika waktu kuliah prof. bimbang sekiranya kami terlepas bas yang semakin ketandusan di bulan barakah ini. Hampir 10 minit kami menunggu, x Nampak bayang bas pun. Akhirnya, ana lihat kelibat kuning..ya! bas Triton. Alhamdulillah..jadila. walaupun sempit dan padat,tetap boleh menumpangkan jasad ana. K.farah, cookie & hafsah tak dapat naik sama disebabkn keadaan yg sudah terlalu padat. Ana pun sekadar muat-muat b’diri di gigi pintu bas dan melekap di cerminnya bak seekor cicak yg melekap kata cookie. Lumrah la, b’himpit dlm bas free. Sampai saja di seksyen 2, trus ana beli juadah b’buka utk kami b’empat, bimbang tidak sempat tiba sebelum waktu maghrib.

Alhamdulillah sekali lagi, masih kelihatan kelibat U80 yg menanti penumpangnya. Urusan kami dipermudahkanNya dan masih ada kerusi yg kosong buat kami. Perjalanan diteruskan, jam 7 ptg kami sudah memasuki daerah kuala lumpur. Setibanya di stesen university, ana, cookie & hafsah trun. K.farah tidak turut serta kerana beliau ingin ke UIA kerna ada janji yg perlu ditunaikan katanya. Kagum pada dirimu naqibatku.. ana mengepalai rombongan. Kring~ [handphone berdering, sound efek yg lebih ni :p ]

“k.farah?nape ni?” getus hatiku. Panggilan dijawab.
“anis..anis nk jalan ke mana tu?nk menapak masuk UM tu?”
“aa?anis salah jalan eh k.farah?adeh..kena lintas jalan kan?”
“a’ah.tggu cab kt stesen universiti tu”
“ok2..time ksh k.farah,anis lupe plak k.farah dh ajar td.hehe..” salam diberi.

Nasibla ada k.farah membantu.kalo x,ana dh meletihkan teman2 ana ni jalan jauh. Ibarat rusa masuk Bandar kami ni :p setibanya di UM, kami trun di kolej ke 11. Rupanya, API terletak agak jauh dr kolej ke11[if naik kereta x rasa jauhla]. Kami salah trun rupanya. Menapakla jwbnya. 3,4,5 tapak..kami t’lihat kelibat sebuah kereta kancil. Pemandunya m’berhentikan mobilnya, seorg lelaki, b’tny kami hendak ke mana. Mungkin dia nampak beg2 kami yg buncitni. Kebetulan saudara itu juga menuju ke tmpt yg sma seperti kami lalu m’pelawa kami menumpangnya. Kami segan, tp memandangkan waktu mghrib yang akan masuk seminit dua saja lg dan kami yg tak tahu jalan ke API, kami terima pelawaannya. Rezki ;)

Photobucket
..[ifthar jama'ei,time ni cookie wat air tumpah.bocor rasia anda ;p ]..

Photobucket

Photobucket
..[with hafsah&rum8 saya yg 'biskut']..

Photobucket

Dipendekkan cerita, usai solat tarawikh dan witir, kami dijemput ke dewan kuliah utama API. Sahabat2 di API ramah belaka. Setelah mengetahui kami dtg dr uitm, mereka memberi ciuman ukhwah yg masih ana rasakan kekuatannya hingga saat ini. Terharu ana, diberi layanan sebegitu rupa. Kesemua mereka memakai jilbab labuh dan air muka mereka terpancar kejernihannya, Alhamdulillah. Kalian bertuah m’jadi insan terpilih :)

Photobucket
..[moderator]..

Ketibaan tetamu undangan disambut dgn bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. terasa rindu ana pd kehangatan suasana sebegitu. Lama rasanya ana memendam rindu pada suasana itu,majlis yg penuh dgn ungkapan cinta pd Allah&RasulNya. Majlis dimulakan dgn ucapan pembuka oleh Saudara Hafizuddin, x silap ana, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM. Kemudian, tetamu undangan, yg mencuri tumpuan ramai, Syeikh Mohamed Mahmoud Seyam dan seorg penterjemah dijemput naik ke pentas. Sesi ceramah bermula.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Syeikh kelihatan bersemangat mnyampaikan amanatnya. Banyak juga ilmu yg ana peroleh malam itu. Banyak juga perkara yg Syeikh ingtkan pada kami, ttg tanggungjawab sbg seorg pelajar dan muslim. Syeikh mengingatkan kami supaya belajar bersungguh-sungguh, m’doakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia serta jgn terlalu mengejar politik hingga m’abaikan pelajaran. Kata Syeikh, pd bulan Ramadhan ini, dihimpunkan kesemuanya akhlak2 Islam dgn rasa p’saudaraan, kasih syg, ihsan, hormat pd ibu bapa, melipat gandakan usaha dlm pelajaran etc. syeikh juga sempat mengungkapkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yg b’maksud “Barangkali ada orang yg b’puasa itu tidak m’dpt apa-apa melainkan lapar dan dahaga”. Justeru itu, syeikh mengingatkan agar bulan Ramadhan ini dihargai dgn sebaik mungkin. Bukan sekadar solat lima waktu dan tarawikh, bertadarus al-Quran, malah nilai2 murni yg ada pada Ramadhan itu perlu dihayati&diamalkan. Syeikh turut menasihatkan agar pelajar2 m’sia b’syukur dgn nikmat yg telah Allah kurniakan yakni nikmat keamanan. Doakanlah dan pohon kpd Allah dgn nikmat ini semoga segala fitnah yg melanda umat Islam di seluruh dunia dpt diselesaikan.

Photobucket

Syeikh mula b’cerita mengenai Palestin & masjid yg kita cintai, masjid di mana berlakunya peristiwa Isra’ Rasulullah, masjid al-Aqsa. 2 perkara yg syeikh bangkitkan yg mana 2 perkara ini dianggap menyakitkan.
1. Kedudukn masjid al-Aqsa agak tinggi dari muka bumi. Kaum yahudi m’gunakan peluang ini, mereka tinggal di bhgian bawah masjid dan menggunakan alasan melakukan kerja2 arkeologi, kununnya utk m’cari tapak kuil Sulaiman. Hakikat sebenarnya, mereka ingin merapuhkan struktur binaan masjid al-Aqsa dgn harapan masjid kecintaan umat Islam yg m’jd kiblat pertama kita roboh menyembah bumi. Zalimnya kamu wahai Yahudi…
2. Bukan itu sahaja, penjajah yahudi malahan m’halang pemuda2 Islam untuk m’dirikan solat t’utama solat Tarawikh&Jumaat di dalam masjid. Namun mereka tetap dtg ke masjid biarpun hny b’kesempatan b’solat di luar kwsan msjid, di tmpat parking kereta. Motifnya, kaum yahudi m’inginkan yg tinggal di dalam masjid hnylah golongan tua.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apakah yg kalian hajatkn wahai yahudi? Dendam kesumatmu masih membara. Palestin masih tetap kau rampas kesuciannya, tetap kau nodai dgn tangan2 besimu. Ana terbayang wajah anak2 kecil di sana, yg tidak berdosa tetapi kau rampas kegembiraannya, kau rampas tawanya, kau renggut kebahagiaannya, tetap kau hukum yahudi. Tidakkah kau lihat sinar mata anak-anak kecil itu, ada bisik yg menyapa pd secebis kedamaian, ada hati yg rindu pd keriangan alam kanak-kanak, ada tangis yg memendam pd belaian ibu dan ayahnya. Apakan daya si anak kecil, tetap redha dgn jalan Ilahi. Tangan yg biasanya disentuh dgn belaian lembut ibu kini menggenggam batu utk dilontar pd musuh agama. Anak kecil bukan dilihat lg pd faktor usianya, namun smgt yg membara demi kedaulatan negara terus tersemat. Mengapa jalan itu yg kau ambil yahudi?di mana rasa kemanusiaanmu yahudi?

Terimbas ana sepotong ayat al-Quran, katakanlah (Muhammad), “wahai ahli kitab! Mengapa kamu menghalang-halangi orang-orang yang beriman dari jalan Allah, kamu mengkehendakinya (jalan Allah bengkok) padahal kamu menyaksikan?” dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan (3:99)

Syeikh turut m’ceritakan perihal umat Islam di Palestin yg kini terbahagi kpd dua puak, Fatah yang dianggap secular hingga sanggup menyerahkan senjata pd musuh, berdamai dgn musuh dan mengenepikan kepentingan Islam dan al-Aqsa. Inilah golongan yg tinggal di Tebing Barat. Puak kedua, Hamas. Golongan ini menetap di Semenanjung Gaza, melawan musuh habis-habisan, memilih utk berjihad dan sebahagian drpd menteri mereka ditngkap. Salah seorgnya adalah Ketua Majlis Pembuat Undang2 Palestin.
Ketika beliau m’ziarah Indonesia, syeikh m’ceritakan ada seorg pemuda Indonesia yg b’tny, mengapa negara2 Arab yang kaya tidak memberi bantuan kpd Palestin? Benar kata syeikh, mmg mereka kaya. Tetapi utk memberi bantuan, mereka mengemukakan 3 syarat:

1. Palestin m’iktiraf Israel.
2. Palestin m’hentikan perjuangan menentang Israel.
3. Palestin tunduk pd Amerika.

Lihatlah saudaraku, bagaimana umat Islam sendiri m’jatuhkan saudaranya. Hati ana sayu, apakah ini sifat umat akhir zaman? Tidak lg mementingkan kebajikan saudaranya. Atas dasar yg dikemukakan Negara Arab itu, Palestin dgn lantang menolak bantuan mereka. Palestin lebih rela berjuang, mengangkat senjata yg sedia ada walaupun kekurangan asalkan mereka dpt membela&m’perjuangkan kemerdekaan Palestin. Palestin hak Islam! Ana emosi~ syeikh turut merumuskan p’janjian damai yg dibina antara Fatah&Hamas selepas penubuhan kerajaan Hamas menemui kegagalan.
Marilah kita saudaraku, doakanlah kesejahteraan saudara2 kita di bumi Palestin. Doakan kemerdekaan dan kedaulatan serta kesucian al-Aqsa ditebus kembali. Bantulah hamba2Mu ya Allah, yg b’juang membela kesucian agamaMu. Majlis diakhiri dgn bacaan doa wehdah yg diketuai saudara Hafizuddin. Kami merangkul tgn 1 sama lain dan doa dibaca dgn penuh smgt.

“sabiluna,sabiluna jihad!amaluna,amaluna syahid!”

Photobucket

Moga Palestin dilindungi Allah.ameen~

Photobucket
..[syukran mira,k.ain&k.fatihah]..
Photobucket
..[nope!we're not ninja]..
Photobucket
..[poster menarik hati kami,obviously muke letih dan ana rendahnye.uhuw~]..

Kami bertolak pulang pd jam 10 pg keesokan harinya setelah menumpang bermalam di blk nurul amirah abd shukor, sahabat ana tika di smka. Thanx mira atas layanan, dan trimas pd k.fatihah yg mnyediakan juadah sahur[m’buat ana terharu dgn sahur yg meriah itu] dan k.ain yg ramah melayani kami. Semoga Allah m’balas jasa kalian :)

ana gembira sbb da khatamkan novel ketika cinta bertasbis vol 2.Alhamdulillah ;)

Photobucket

semoga sedikit sebanyak ada pengisian yang kita kongsi bersama.ameen~