Sunday, October 30, 2011

murabbi yang saya sayangi *hugs*

saya patut banyak-banyak bersyukur kepada Dia.kerana menghadirkan murabbi yang sangat cool dan comel untuk kami semua.murabbi yang suka berceloteh hingga kadang-kadang point nya sudah terbang ke negara zimbabwe.tetap saja kami suka mendengar celotehnya.

dan saya sememangnya patut bersyukur sangat-sangat pada Dia.kerana melalui tarbiyah murabbi yang Dia hantarkan ke sisi saya,menyebabkan saya sedar,saya hari ini inshaAllah makin faham dengan motif usrah,motif dakwah dan motif tarbiyah.

bukan untuk kita.tapi untuk Dia.sebenar-benarnya.


setelah sekian lama saya tercari-cari sumber kekuatan,setelah berkali-kali memohon pada Dia untuk hadirkan 'seseorang' itu,maka kini segala puji untuk Dia atas jalan yang dibuka Dia seluas-luasnya ini.maka,apabila adik M bertanya,bagaimana nak jadi baik,bagaimana nak dapat tenang,hanya satu pengalaman yang saya punya:

"jangan berhenti doa"

inshaAllah,saya tidak lagi culas untuk ke usrah,tidak lagi mengeliat nak ke program dan syukur pada Dia yang sentiasa meniupkan hamasah dalam hati.syukur pada Dia kerana menghantar bidadari kecil itu untuk saya.murabbi yang sangat saya sayangi.bidadari kecil yang membuat saya lari dari ofis nak ke yuyu.oh jangan bimbang.kerja saya masih siap sebelum due inshaAllah (^^)

daripada dia,saya belajar berukhwah.daripada dia,saya belajar untuk tidak berkira.daripada dia,saya belajar untuk berbuat kerana Dia.daripada dia,saya belajar dan sedar,Allah sentiasa memerhatikan gerak laku kita.secara terang mahupun tersembunyi.fizikalnya atau di dalam hati.daripada dia,saya belajar untuk 'membeli' hati.daripada dia,saya belajar mencintai dengan sesungguhnya.walaupun masih banyak compang-campingnya amal & akhlak saya,tetapi saya yakin,saya masih berada di dalam jalan usaha,inshaAllah.dan daripada dia,saya banyak makan dan makan.bukan hanya makan spiritual tapi juga makan fizikal.eh?


buktinya--> potluck mosh-mosh hoyeah kami ^^

kamu tahu,hati saya sekarang selalu berbunga-bunga.walaupun dalam keadaan saya berdiri seorang diri.maknanya apa itu?bahagia kan?bercinta dengan mereka yang cinta pada jalanNya.syukur amat pada Dia (walaupun syukur saya masih tetap tak dapat menebus segala nikmat Dia)

murabbi yang amat saya sayangi.

murabbi.seorang insan yang menyumbang ke arah setiap langkah-langkah seterusnya bagi sang mutarabbi.murabbi,yang selalunya menjadi ikon idola kecil setelah Rasul & sahabat bagi sang mutarabbi.murabbi,yang selalu dicari untuk merecharge tenaga dalaman yang semakin haus.murabbi,yang selalu dirindui dalam sujud & doa.

saya sememangnya perlu bersyukur amat-amat pada Dia.untuk murabbi yang amat saya sayangi.oh murabbi saya sangat fofular hingga menjadi sebutan adik-adik yang teruja.kadang-kadang,boleh tak terasa nak berebut kasih sayang?(haha.kasihan murabbi saya punya anak yuyu seperti ini-kadang-kadang,saya terasa saya 'nakal' sedikit berbanding anak-anak yuyu yang lain =.=)

semoga namanya jadi sebutan makhluk-makhluk di langit juga,inshaAllah :)
visi di jalan cinta pejuang awal-awal bermodal kesadaran.sadar bahawa kita manusia akan menuntun kita memanfaatkan berjuta karunia Allah Taala untuk mengabdi padaNya.sadar bahawa kita seorang Muslim memandu kita untuk menjadi rahmat bagi alam semesta.sadar bahawa kita seorang mujahid,memantapkan langkah kita di jalan cinta para pejuang.sadarlah!
salim a.fillah (2008), di jalan cinta para pejuang

p/s: baru lepas sitting dengan murabbi petang tadi dan seperti biasa,tak sampai 5 minit berpisah,saya mula rindu pada dia.semoga Dia lancarkan urusan dNt beliau,murabbi yang saya sayangi.

p/s/s: baru lepas baca blog yana. mungkin sebab itu terasa syahdu dalam hati.saya suka yana & belognya ^^