Saturday, September 5, 2009

"Dosa Adam suka hati Adam la"

"Dalam temeduga nanti diorang suruh ngaji ke?"

"Nanti kalau temuduga denganAllah macam mana?"

"Dosa Adam suka hati Adam la,Adam boleh tanggung.
Kenapa orang nak susah-susah hati pasal Adam?"

"Orang susah hati sebab orang sayangkan kau Adam."

Muak mungkin sudah mendengarnya.Tapi tidak bagi saya.Ayat menusuk,antara logik akal dan kepercayaan.Benar,kepercayaanlah yang mendorong kita mengejar sesuatu.Bilamana Adam fokus pada cita-cita dewasanya,apa yang dilihat hanyalah temuduga yang dibarisi panel-panel manusia memandang segulung ijazah.Kabur matanya dengan huruf-huruf Allah.Lupakah kita matlamat sebenar-benarnya?Teguran buat diri sendiri bila hati hanya mengejar nama dunia tapi alpa bahawa ilmu duniawi hanyalah sebagai wasilah mendaki mardhatillah.Kerana itu mudah terduduk,tersentap jiwa bila sekali ditarik nikmat,kerana lupa.



.kita kawan.

Juga,jangan diabaikan mereka di sekeliling yang mungkin pada kamu memandangmu tanpa cinta walhal jiwa mereka bertarung merebut endahmu.Mereka yang mungkin bagimu mendampingimu waktu kau ketawa walhal mereka menangisimu waktu kau terlupa.Benar,kita insan hina penuh noda.Kerana itu berdirinya seorang teman dan segenggam nasihat kerana dia menyayangimu.Kata yang mahu kau dengar mana mungkin selamanya manis ditelan.Kerana pahit,kopi digemari warga tua,kerana mereka tahu kemanisan luar biasa tersembunyi di sebalik pahitnya kopi.Kerana hidup menduga,maka dihadirkan Maha Kuasa ujian demi ujian menguji manisnya iman kita.Tak mahukah kamu janji syurgaNya?Tak mahu matimu nanti disambut Izrail dengan rupanya yang indah,yang membuatmu memilih untuk mati dari hidup?Atau kamu dan saya lebih rela menerima jemputan maut dengan bengis wajah Izrail?Nauzubillah.

Kami sayangmu kawan.

Wednesday, September 2, 2009

Mak,saya pulang!

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Syukur,tiket raya sudah dibeli.17 September,730 malam.Class Arab hari Jumaat moga diforward ke depan.Atas khidmat nasihat Encik Afifi yang berkaliber,beliau meminta saya beli tiket sebelum 18 Sept,"Takut sibuk" katanya.(panggilan telefon beliau harusla disertakan bersama carik gaduh tak tentu pasal yang kadangkala saya hanya mampu bertahan dengan sabar sahaja,apapun saya sayang beliau).Tak sabar mahu pulang,tak sabar mahu mengendong Adam,tak sabar mahu lihat respon Alesha,si kakak yang jealous.

Sharihana,trimas untuk skype 1 jam,trimas untuk souvenir yang anda belikan untuk kite(dah tak surprise :p).Kawan-kawan,doakan saya test esok,2 test yang bakal menikam otak saya.Hujung minggu ini bakal diraikan dengan kehadiran 2 tetamu jiwa(Apaw&Dila) insyaAllah sambil menggaru-garu kepala dengan assignment Equity.

Tuesday, September 1, 2009

Kirimkan dia juga buatku.

Terus-terusanlah diri mencemburui mereka.Cemburu,jodohmu tiba dahulu.Moga segala perancangan berjalan lancar.Moga pernikahan ini bakal melahirkan generasi-generasi penegak kalimah La Ilaha Illallah.Bertemu sudah peminjam rusukmu.Selamat menikah Wan Nor Sitah 3 Syawal nanti.Mabruk,mabruk,mabruk,barakallah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bila turn cheq nak mai?
Moga Allah kirimkan aku dia pengubat duka,
Bi'ah solehah moga jadi wasilah,
Peminjam bahu setia,
Pendengar enggan kebosanan,
Yang bisiknya,"Cintaku kerana Allah,milik Dia",
Pemimpin jalan ke syurga,
Protaz gagah langkahnya,
Seorang anak cinta ibu ayahnya,
Cermin refleksi akhlak selayaknya,
Penerima diri penuh kekurangan,
Pelengkap diri dengan balutan cinta,
Pemilik cinta biasa-biasa melahirkan cinta luar biasa,
Hujung dunia aku gagahi,
Moga Allah hantarkan kau suatu hari nanti.

Langkah diri masih panjang,
Sebelum alam ditempuh dan disapa,
Sebelum panggilan disahut,
Hakikat kita masih punya banyak tanggungjawab tak tertunai,
Simpan impian,doa tiada henti,
Masyarakat kita masih menagih ilmu,
Tadahlah kitab,itu priority kini.


Monday, August 31, 2009

Santapan Ramadhan.

Aku menjadi saksi tumpah air matanya,
Di rumah Allah itu dia bergenang,
Hatinya bergetar hebat takutkan azab Tuhan,
Hingga aku yang leka terpanggil sama merasa hebatnya Tuhan,
Asbabnya syirik,penyakit hati,
"Kita sangat takut kalau-kalau di hadapan Allah nanti,Allah tolak semua amalan kita",
Hisnul Muslim dibuka,doa dihafal,
Mengimani Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang,
Tiada yang lebih menyayangi diri ini sehebat kasih sayangNya,tiada.
Renungkan sejauh mana balasan cinta kita,bagaimana?

Syirik,itu antara isu yang dikupas Ustaz dalam Daurah kali ini.Bukan tajuk besar tapi impaknya terasa hingga kini(harapnya terus-terusan jadi tazkirah diri).Kita sedia maklum,adanya syirik besar yakni melalui perbuatan menyekutukan Allah yang berlaku di dalam hati.Ia melibatkan kepercayaan kata Ustaz.Manakala syirik kecil pula yakni amalan yang membahagikan bahagian kepada Allah dan makhluk,dipendekkan cerita,riya' tergolong dalam golongan ini.

Mengapa takut?Mengapa menangis?Kerana penyakit hati ini sukar sekali dikesan.Tidak melalui x-ray,tidak melalui scanning,tidak melalui mikroskop atau segala.Ia hadir tanpa kita sedar.Terkadang situasi membuatkan kita alpa.Bila ilmu ditimba kelihatan banyak,bila pujian datang menderu,bila istilah "Enti ni masyaAllah solehah ya" dilempar,hati mendabik sendiri.Jiwa mula rasa berbaloi atas segala usaha.Namun sedarkah,dari mana datangnya semua ini?Sedarkah siapa Pemilik diri?Siapa Penguasa segala?Milik siapa ilmu ini?Kalau tanpa nikmat umur yang dipinjamNya ini,mampu kau mengecapi ini?Ya Rabb,hina aku,hina amalanku,untuk apa hidupku andai penyakit ini tak dapat aku bendung.Rasanya mengubat penyakit zahir boleh jadi lebih mudah langkahnya berbanding penyakit dalaman yang lukanya tak berdarah.

Aku mengerti gelora jiwanya yang membuatnya menangis.Dia memang diuji dari pelbagai arah.Namun,kelihatannya seperti ujian ini yang paling ditakutinya.Aku jadi insaf,takut,bergetar hebat jantung.Ada sesetengah kelebihan yang Allah anugerahkan itu tidak lain hanyalah berupa ujian untuk kita.Bijak,cantik,harta,nama,keturunan,adakah kita mengembalikan segala puji hanya pada yang Berhak?Atau di dalam hati berbisik,"Comelnya,bijaknya,bangganya aku"?Tahukah kita,sedetik saja terlintas di dalam hati mampu mengundang bencana?Takutlah kerana dosa syirik bukan mainan.Azab Allah takkan mampu ditepis.Istighfar Anis,istighfar.Jadinya,sebelum membuka bicara untuk memuji seseorang,ingatlah,redhakah teman kita andai kita memujinya?Redhakah dia andai kita yang membuka pintu hatinya menjurus ke arah riya'?Kerana fitrah kita lemah,mengelak dari merawat langkah yang bijak.Simpan saja pujimu,simpan saja kagummu.Elakkan diri dari mengagumi hingga membuka pintu hati yang suci menjadi berpenyakit.(Peringatan untuk diri yang selalu saja mengagumi dan memuji-muji kelebihan insan lain).Ini ada satu hadith:

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menanggap rendah nikmat Allah yang telah diberikanNya kepadamu".(Muttafaq Alaihi)-Nah,Allah dah mengatur,meletakkan setiap kita dengan jalan yang sebaik-baiknya,apa lagi yang kita ragui dengan kasih sayangNya?

Cantiknya,rupawannya wajahmu,biarlah menjadi mahar hanya buat suamimu.Kata Uztaz yang aku ingat lagi hingga kini,"Kenapa nak bagi orang tengok muka cantik-cantik?Orang ke yang bayar mahar/mas kahwin kita?".Dihalalkan kita untuk suami,menyerahlah hanya pada yang berhak.Bijaknya,cerdiknya akalmu,pinjaman dari siapakah?Andai Dia merenggut nyawamu,mampu kau mendabik lagi?Tingginya,harumnya namamu,sekali musibah mendatang,pada siapa kau berlindung dan kembali?Insaflah diri,rasanya sudah tak tertanggung dosa 21 tahun hayat ini.Maafkan aku jasad andai aku gagal membentuk hati.Tak mahu aku menzalimi kamu lagi.



DQ Al-Widdan,jzkk Ummu Aisyah atas perkongsian dan jubah yang cantik itu,Alhamdulillah.

p/s:Kawan-kawan,sentiasa berpesan-pesan pada diri yang mudah lupa ini :(