Saturday, August 8, 2009

Barakah.

Satu ungkapan,cukup membuat diri tersentak;

"Kalau kita tak mampu nak jaga maruah diri,maruah mak ayah,jangan harapla mampu nak jaga maruah suami."

Maruah,skopnya terlalu luas.Hatta segala pergerakan kita juga melambangkan maruah.Mungkin mudah bagi kamu,bagi mereka,bagi dia,tapi sukar bagi aku.Kerana aku merasakan terlalu banyak lumpur yang tercalit pada diri.Walau disiram air tujuh lautan,aku rasakan belum cukup lagi.Walau digali perigi hingga hujung dunia,belum mampu menjadi peluntur noda ini.Setiap kali aku minta izin dari Mak untuk ke mana-mana,Mak juga akan berpesan,"Jaga maruah diri,maruah Mak Ayah,maruah agama".Setiap kali itulah aku rasakan deru air mata sudah tak tertahan lagi.

Bersamanya,aku merasa tenang,kerana acapkali ada ilmu baru yang datang.Tetapi,bersamanya juga membuat diri berasa terlalu banyak noda dalam hati dan waktu itu juga aku kan meronta,layakkah aku untuk mandapat yang soleh?Diriku milikmu,Ya Rabb.Tapi,sejauh mana saja cinta yang ku curahkan padaMu berbanding cintaMu padaku?

Langkah menujuMu selama ini aku lalui dengan longlai.Sedangkan ada Ustaz yang baru berusia 22 tahun sudah mampu berkongsi ilmu hadith dan segala yang berkaitan sunnah,mampu menjawab persoalan dengan ringkas dan mantap.Aku?Di takuk lama lagi?Kerdilnya aku Ya Rabb.Banyak lagi buku yang perlu aku cari,banyak lagi kuliah dan daurah yang harus dan mesti aku pergi.Demi sebuah barakah,carilah ilmu sementara nikmat masamu masih terluang.Hidup kita bukan untuk dunia semata,kerana dunia tak menjamin bahagia yang abadi.Bersedia atau tidak,bukan persoalan.Persoalan yang harus aku ketuk di pintu hati aku adalah,Mahu atau Tidak?Kerana barakah aku mencari.



Banyak kisah yang telah aku dengar.Isteri dan muslimah acuan Quran dan sunnah sudah mampu mencairkan jiwa.Acapkali aku dengar,acapkali jua aku berazam.Namun usahanya aku belum pasti,sejauh manakah.Yang pasti,"Aku mahu barakah itu!" So,let's work for it!

Wednesday, August 5, 2009

1 jam 59 minit.

Aku pulang akibat class yang tertunda lagi.Risau,kerana class lain hampir khatam terutama untuk subjek Criminal Law.Sedangkan kami berlegar-legar lagi di topik Actus reus mens rea."Apa nak jadi,apa nak jadi"(ini lagu Dato' SM Salim).

Usai solat zohor,sofa rumah menjadi alas diri yang tandus.Di saat mata mula bertumpu pada helaian novel Kasidah Cinta,handphone menjerit.Dan untuk dua jam berikutnya,telinga mencatat suhu hangat dari biasa gara-gara panggilan telefon tersebut.Terima kasih Husna,setelah sekian lama,akhirnya aku bukan lagi seperti pungguk menunggu bulan,tak lagi buntu ke mana harus ku tabur rindu pada kamu,tak perlu risau menghambur rasa pada bulan bila siang menjelang,kerana gurun yang gersang ini kembali segar seperti lahirnya oasis yang menjadi tempat bermastautin pedagang Arab.

Tapi aku sayu,bila malam menjelang,ada rindu lain yang tiba.Ke mana harus ditepis tiada tempatnya.Seperti melontar suara di pergaungan yang tidak bersambut.Diri harus kuat.Resolusi dicari,Kak Nurul dan Hafsah ku lampiaskan rasa.Ukhwah kami tak perlu disangkal lagi.Kepada mereka karakter aku tak berhijab.Kerana kadangkala,sifat childish boleh jadi pengubat :)

Oh,apakah motif entry ini,tidak aku tahu.Selamat ke tutorial Equity esok!

Monday, August 3, 2009

Pesta Buku Best!

"Apa yang perlu aku lakukan jika cinta sudah bersemi dalam hatiku tapi yang aku cintai ialah bidadari?"-Kasidah-kasidah cinta.

Kalau ke Pesta Buku,mesti berhabis.Siapa kata berhabis untuk itu merugikan?Membazirkah?Rupanya Pesta Buku Selangor belum berakhir.Aku sangkakan ia melabuhkan tirai semalam.Kesempatan ini jadi jangan dilepaskan.Aku memang tak pandai memilih,tapi mengikut apa yang diajar Kak Farah,carilah buku yang punya dalil yang kukuh.Memang aku lihat buku-buku agama di rak Kak Farah,boleh kata semua begitu.Kamu pun teman-teman,jadi begitu ya? :)

Empat buah buku telah menaut aku kali ini.Syabab Musafir Kasih(Fatimah Syarha),Kasidah-kasidah Cinta(Muhammad Muhyidin),Muhammad Bercerita Tentang Dirinya(Muhammad Syadiq Al-Minsyawi) dan Pesona Cinta(Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni).Tapi,buku yang pertama itu bakal jadi kepunyaan insan lain bersempena ulang tahun kelahirannya penghujung Julai lalu.Moga buku-buku ini bakal menambahkan ilmu aku yang tak seberapa,insyaAllah.(khatam saja buku-buku ini,moga dapat dimanfaatkan oleh Mak juga,kerana Mak juga sudah jadi pencinta buku).Mahu pinjam khabarkan saja ya.Kongsi ilmu jom!


http://blog.cepatbaca.com.my/

Berita baik yang aku terima lewat petang semalam.K.Ina semakin sihat dan Si Kecil walau telah berpindah ke Hospital Ipoh dan menjarakkan dirinya lagi dengan ibunya,juga tampak aktif.Alhamdulillah,sujud lagi kala itu.

p/s:Kasihan Hawa.Dua kali teraniaya gara-gara class cancel.Kak Farah,semoga cepat sihat.

Sunday, August 2, 2009

Dia,yang belum bernama.

Post ini panjang,benar panjang.Jadi,bersedialah.

Tengahari itu,ketika itu,aku sedang melakukan rutin di dalam bilik dan Mak sedang bersiap untuk ke kenduri jiran tetangga.Saat itu,panggilan dari Abang berdering.Aku dengar suara kerisauan Mak dan yang terlintas di akal sihatku adalah Kakakku.Telahan benar.K.Ina dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi,bagaimana kondisinya?Bagaimana Si kecil pula?Yang kedengaran adalah esak tangis Abang.Berbekalkan sedikit ilmu yang ada,aku sujud menghadapNya,memohon dengan segala kekuatan,moga Kakak dan anak di dalam kandungannya selamat.

Kami bergegas ke Taiping kerana Hospital KK kekurangan tenaga pakar,mungkin.Sampai-sampai sudah hampir jam 3 petang.Mereka yang di kampung sudah tiba dahulu.ICU,itulah tempat Kakak aku ditempatkan.Berita yang diterima mengkhabarkan yang bayi sudah selamat dikeluarkan dan K.Ina masih belum sedarkan diri akibat ubat bius yang diberikan doktor.24 jam tempoh masa yang diberikan untuk Kakak aku rehat serehat-rehatnya.Abang masih seperti tadi,belum menjamah sesuap makanan dan masih bersisa air mata.Dan Alesha tidak henti-henti menyebut nama ibunya.

Hati tak henti-henti memohon doa,dan di saat ini,fitrah sebagai hamba mengetuk pintu hati kami.Benar,kepadaNya sahaja tempat kita berharap.Kerana Dia sumber ketenangan dan kekuatan.Bersyukur dengan nikmat tauhid ini.Selang beberapa jam,ibu dan ayah K.Ina tiba dari Tanjung Karang.Ibunya kelihatan cekal dan aku tahu K.Ina mewarisi sifat cekalnya dari Ibunya.Kerana acap kali aku melihat,tiap berita yang kami terima sebelum ini,K.Ina antara insan yang tenang.Jarang sekali aku melihat air matanya tumpah,walau dia bergelar wanita.

Usai solat Asar,kami dibenarkan melawat K.Ina di dalam ICU,hanya dua pelawat dalam satu-satu masa.Aku mengambil giliran dan aku tak mampu bertahan lama berdiri di birai katilnya.Hati sebak melihat tompokan darah di perutnya,bekas dari pembedahan untuk mengeluarkan Si kecil.Nafas K.Ina ketika itu ku lihat sesak.Ya Rabb,aku runtun melihatnya begitu.Ayat suciMu jadi peneman.

"...kerana itu,bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran; Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit,dan yang lain berjalan di bumi mencari sebahagian karunia Allah; dan yang lain berperang di jalan Allah,maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran dan laksanakanlah salat,tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik."(74:20)

Abang masih setia di sisinya.Cintanya masih mekar seperti selalu.Sebagai suami,pasti dia yang paling berat menanggung gelojak hati.UjianMu tak terduga Ya Rabb.Baru kelmarin aku lihat tangan dan kaki K.Ina bengkak-bengkak.Kata Cu,mungkin disebabkan K.Ina yang mandi malam,menyebabkan keadaan begitu.Dinamakannya "Bengkak air".

Aku keluar dari ICU,tak mampu aku menahan hati.Benar,sayunya terasa hingga ke ulu hati.Dijentik ujian setitik jarum pun aku menangis,inikan pula ujian ini.Aku,Mak dan Ayah kemudiannya diajak Abang untuk melawat Si kecil di bangunan berasingan,juga diletakkan di wad kecemasan bayi.Hanya Abang yang dibenarkan masuk ke dalam.Bagaimanakah Si kecil,baru menjengah dunia sudah terpisah dari Ibunya.Usia Si kecil baru tujuh bulan setengah di dalam kandungan.Kira-kira 10 minit Abang di dalam,dia keluar membawa 1 lagi berita.Menurut Doktor,harapan Si kecil untuk survive 50-50,dan sekiranya dia kuat bertarung nyawa,kemungkinan dia sihat dan kemungkinan juga dia bakal punya masalah.Abang menangis lagi.Hasrat Si Kakak untuk punya baby boy tercapai,tapi mungkinkah hasratnya itu terus mengiringi kehidupan Si kecil?Aku tak tahu apa mungkin reaksi K.Ina sekiranya dia menerima berita ini.Dalam sehari,berbagai yang telah dilaluinya.

Di saat ini,tatkala aku melangkah kembali ke kampus,berita terakhir yang aku terima,K.Ina sudah mula minta air,belum sedar sepenuhnya,hanya mampu bergerak sedikit.Tak dapat aku bayangkan kesakitan yang ditanggungnya.Dia tahu sekiranya dia mengandung lagi,dia bakal berhadapan risiko,tapi dia tetap gigih menyabung nyawa.Untuk itu,sekiranya ada anak-anak yang tak sayangkan ibunya,mari kita cepuk mereka beramai.

Aku pohonkan teman-teman,moga kalian bersamaku mendoakan Kakakku dan Si kecil,moga mereka diberikan kekuatan,moga Allah memberikan segala yang terbaik buat mereka.Ameen Ya Rabb.