Saturday, February 14, 2009

terima kasih anda walaupun saya sedih :(

aku tahu setiap kali aku meminta,kau pasti akan mengusahakannya walau apa yang aku minta itu membuatkan kau bersedih.

tapi aku bersyukur punya teman sepertimu,kerana engkau sentiasa yakin dalam percaturan hidupmu.

"terima kasih anda kerana sangat memahami aku!"

Thursday, February 12, 2009

simptom yang normal sebenarnya



kalau seorang perempuan itu kerap berleter,

queen control kah dia?

tapi aku jadi teringat kisah Saidina Umar r.a,yang terkenal dengan ketegasannya.beliau sendiri pernah dileteri isterinya.jawab Umar kepada sahabatnya;

"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya."

aku jadi bimbang sebab aku dah mula menunjukkan simptom-simptom berleter.tapi,tak mengapa kan? :)


wallahua'lam...

Wednesday, February 11, 2009

letih itu norma hidup,ya kan?

hari itu hinggalah hari ini,aku rasa letih.tapi,letih aku itu tak la seberapa kalau nak compare dengan kak farah yang siang nya ke kuliah dan di sebelah malamnya,mengajar tuisyen.istilah rehat hanya mungkin hadir untuk beberapa minit.

tapi,di sebalik keletihan itu,aku sangat gembira!menyambut kehadiran fairuz minggu lepas,bertandang ke rumah syairah untuk 2 malam dan memasak semula setelah sekian lama(cikai-cikai boleh la),menyiapkan assignment Tun Salleh Abas,kes-kes yang still in progress up till now,dan sat for the unexpected test semalam.oh..sangat terharu hinggakan terkeluar perkataan "sir,i love you!"~ekspresi yang unexpected jugak.haha~

dalam sibuk menghitung-hitung hari,bila aku nak tido awal ni,aku jadi teringat dialog syairah di satu malam.info:syairah adalah antara bright student,bak kata madam Nora J,yang aku simpulkan,masa rehatnya adalah tidur je.beliau sangat buzy dengan kelas dan meeting-meeting sampai 1 malam tu,beliau terkulai lemah.lalu,beliau berkata;

"kalau ikutkan hati,saya dah malas dah,tak larat dah,berulang-alik nak pegi meeting(dgn berjalan kaki dari kenanga ke blok engineering,jauh tau!),tapi saya duk ingat badan saya ni bukan milik saya,badan saya ni dianugerahkan untuk bekerja.so,saya kena bekerja"(untuk Allah dan agamanya,insyaAllah).

*meeting:PMH(Persatuan Mahasiswa Hadhari)

baru aku rasa,aku tak layak lagi nak ungkapkan perkataan letih tu,kan? :(

tapi,dalam gembira aku,ada gundah yang menyorok.gundah dengan sesuatu yang bakal meninggalkan aku,lagi.biarlah,biarlah dia berlalu...taiyo na mida bakal menyerang!

hari ini,11 feb kan?selamat hari lahir fairuz!tak dapat nak pos kek,tapi gambar kek boleh kan? :)




p/s:agak-agak,sampai bila MB Peraks akan menjadi satu ye?the dismissal of Muhammad Nizar boleh tak kita analogikan seperti kes Stephen Kalong Ningkan,sir Nazim? :)