Tuesday, May 10, 2011

hai rumah nombor 164.

masa tinggal lagi 45 minit.kau baru nak mula jawab soalan part C?dengan part A pun masih compang-camping sana sini lagi.okay tekan gear 6 naik atas langit cepat vroooooommm.

boleh tak nak berhenti jawab sekarang =.=

todia.final kali ini memang merentap semuanya.bukan saja hati,usus pun terganggu proses kelancaran hidupnya.orang bercinta kata tidur tak lena mandi tak basah makan tak sempat buang balik.erk?

abaikan.

bila menghadap exam yang punya jangka hayat sampai tiga minggu memang boleh menarik suku kewarasan.sampai di satu tahap semalam,terasa sangat-sangat dah tak mampu nak mengakses berapa banyak yang dah diserap otak.waktu itu dalam perjalanan ke duratul miyah wah siapa belajar arab sila senyap.haha.sambil-sambil jalan sambil-sambil fikir.orang kata einstein yang bijak tahap petala lapan tu pun baru guna berapa percent je daripada otak dia.kita yang tak berapa nak bijak tahap petala negatif 10 ni agak-agak berapa gram otak je la yang dah guna (toreh kepala ceduk otak pergi timbang-maveles!).haisy,sangat tak berkeyakinan pada diri ya.rejam lemak sekarang!

tak apa tak apa.pulang dari duratul miyah,bersama mama tuntun,terjumpa puan nazurah yang memegang megi perisa kari.

"habis study dah hang,ketaq pala no weh tengah malam makan megi"

perbualan pun berlangsung hingga 5 saat.kemudian,ternampak sesuatu di bilik kawan.

"ko tengok ni,hamster ni tadi aku jumpa kat atas.kucing dah gigit dia.nasib baik dapat selamatkan"

whoah.superwoman betul puan nazurah ni.kemudian terus mengamati badan hamster tersebut.cuba teka apa jadi?

hamster tu senyum kata "hai,nama saya naruto.saya kalah dalam pertempuran"(haha tak lawak =.=)

ok serious.badan hamster tu dah corak-carik weh sampai nampak jantung (eh hamster ada jantung kan?fail fail fail =.= haha tak lawak sangat)

badan dia memang luka teruk.kulit dia memang nampak clean & clear la.merah duhhhh.tapi muka maintain cool.hamster boleh buat mimik muka ke?

oh tak mengapalah.yang penting hamster tu,walaupun kitorang tonggang botol minyak gamat atas luka dia,tak ada pun dia menggeletar tahan sakit ke.macam tu je.statik.bertahan & bertabah.haiwan tu.mantap.

kita ni,manusia ni,banyak akal & lemak sangat,sampai exam 3 minggu pun tak tahan.teruk teruk.parah parah.semalam tak la terfikir sangat pasal ni.cuma tadi waktu berfikir-fikir di dalam 'limosin panjang rapid KL',barulah terfikir hikmahnya Allah mentakdirkan kami untuk belajar daripada kejadian ICU hamster tersebut.

err.agak-agak relevan ke?huahua sedapnya kau syok sendiri.

makanya,tuan punya badan,silalah belajar semangat hamster yang dah cedera tersangat-sangat parah tu,muka maintain cool,tak goyah sikit pun even kena tonggang dengan ubat.

walaupun baru mendapat berita,hamster itu kini telah kembali menemui Penciptanya petang tadi.huwaaaaaaaaa.

tapi dia tetap berjuang kan?menyelamatkan diri daripada kawanan kucing taiko otai kat hostel ni bersama anak-anaknya.Maha Suci Tuhan yang mencipta ;)

okaylah,selamat bercuti 4 bulan semua.jaga diri,jaga amal,jaga semua.jom panjat tangga syurga.