Friday, September 17, 2010

Pelaburan Buy 1,free 1.

Kalau ada orang tanya kamu menyesal tak dengan hidup kamu?Kenapa pula?

Yalah,sebab kamu tak pandai,kamu tak belajar kat oversea macam kawan yang lain,kamu tak score final exam,tak dapat dean list,kamu tak jadi kebanggaan mak ayah.Nak jawab apa entah?

"Tak tahu,tak tahu.Tak terfikir pun".Jawab adik tadika 5 tahun.

Mujur saya tak pernah ditanya soalan gigit jari nak jawab begitu.

Suatu ketika dulu,waktu umur baru nak menginjak dewasa,saya pernah merasakan itu.Hidup tak indah,berenang dengan air mata,hampir lemas ditelan ombak putus asa.Rasanya seperti jatuh terduduk,tulang tak mampu nak menginjak bangun.Habis kudrat rasanya.Lemah.Saat itu hampir saja rasa mahu dibiar tenggelam.Tapi mujur tiada yang mahu bertanya saya soalan sebegitu.Mungkin saja saya menjawab Ya waktu itu.

Saya bersyukur,Tuhan melahirkan saya dengan hati kuat.Semua punya hati kuat.Cuma pilihannya,sama ada kita tahu mengaktifkannya atau tidak.Saya telah menekan button "Activate" suatu masa dulu pada si kotak hati.Saya telah menginstall program di kepala agar sentiasa gembira walau apa terjadi.Saya telah set up programnya supaya saya tak akan bersedih lagi di depan Mak & Ayah.Saya telah melancarkan pengisian sabar dulu.Saya terima offer "kesedihan" Allah dengan harapan Allah akan beri ganjaran Istana Syurga kelak.

Walaupun waktu itu saya merasa sangat tidak layak untuk itu.Sangat kecil.Sangat hina.Berdebu.

Saya hanya punya modal harapan waktu itu.Hanya itu saya yang saya punya hingga kini.

Kerana itu,walau ada yang mencemuh,walau ada yang mengherdik atau mengutuk,saya pujuk si kotak hati.Doakanlah moga Allah ampunkan dosa kita dan dia.Moga Allah beri saya kesabaran untuk berlapang dada.Moga saya berterima kasih pada mereka yang bermulut 'manis' kerana mengajar saya bersabar & moga Allah terima kesabaran saya itu.

Kotak hati,pengisian sabarmu masih utuh kan?Atau perlu untuk saya program kan semula?

Cemuh kamu taburkan,nyiru saya tadahkan.Terima kasih bagi sabar free :)
(Bahagianya kalau saya hari-hari macam ni,husnuzon sebijik please?)

Wednesday, September 15, 2010

nota ringkas 5 raya.

Tiga pagi.

Bila nombor bertemu huruf dan bila huruf mahu memahami bahasa nombor.

Cacamerba.

Bila kita di padang yang berlainan.Asing.

Haha.

Cinta schoolmates & dearest buddy ever,Izzati.

Teruja pegang DSLR for the first time.
(bahagia beraya sampai Parit nun)

Izzati,ku tunggu gambarmu :)

Monday, September 13, 2010

Cantik ke?

Eid Mubarak kawan-kawan!Syok ke raya tahun ni?Mak kata rasa semangat raya tahun ni.Kenapa saya tak rasa apa-apa?Alien kah?Anis sentiasa alien.Di kesempatan ini,jom kita sama-sama doakan "Taqabbalallahu minna wa minkum & kullu 'am wa antum bil khair".Ameen.Semoga Allah terima segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu & semoga kawan-kawan saya semua ni berada di dalam kebaikan sentiasa.Orang kata Syawal ni mengajak kita kembali kepada fitrah.Betul kan?Setelah mentrabiyah diri sepanjang di sekolah Ramadhan,sekarang kita semua harus kembali kepada fitrah yang asal,menjadi hamba.Yang soleh & solehah tau? ;)

Syawal ke-4,saya ikut Mak & Ayah menjalankan urusan syarikat mereka (macam besar sangat la business kan.haha) Kalau nak diikutkan,memang assignment menunggu-nunggu giliran saya nak beraya dengan mereka.Tapi,difikirkan pula,saya tak cukup baik lagi sebagai seorang anak.Lagipun,berapa hari sangatlah yang saya punya untuk berbakti pada mereka(- time duduk hostel,- waktu duduk universiti, - waktu jadi isteri orang),maka kita postpone raya ya assignment?Ok.Saya tahu kamu baik.Hehe.Di bawah terik matahari dan dibasahi keringat,saya terdetik "kalaulah muka makin hitam nanti,siapa nak menikah dengan kita?".Cepugedik punya soalan.

Perempuan,tetap saja dia perempuan.Perempuan,tetap saja dia sibuk memikirkan penampilan diri.Mahu cantik,mahu putih,mahu gebu.Tapi maafkan saya bakal zauj kelak,andai kata waktu pertukaran status nanti,muka saya masih lagi berwarna gelap.Tidak putih & tidak gebu.Maafkan saya,kerana saya mengharapkan bukan putih gebu yang menjadi ciri utama kamu memilih saya.Maafkan saya kiranya saya menolak kamu kerana kamu menjadikan cantik fizikal sebagai ukuran.Saya tidak fikir saya mampu mengekalkan putih gebu itu untuk selamanya.(lagipun saya bukan dalam kategori putih gebu pun.haha).Saya jadi teringat perbualan dua orang sisters,tentang ikhwan yang bakal menikah.Antara dua yang bergelar akhawat,dia memilih yang lebih cantik sedikit rupa parasnya.Bukan mahu mencipta persepsi,tapi saya tertanya,betulkah lelaki tetap saja lelaki?Betulkah lelaki suka pada yang cantik saja?Bagaimana jika yang seorang itu hitam kulitnya tetapi hatinya lebih istiqamah berbanding yang cantik,walau kedua-dua mereka di bawah fikrah yang sama?Siapa yang bakal dijadikan suri hidupnya?

Saya tak tahu jawapannya.Obvious.Saya bukan lelaki.

Ada saja lelaki yang memilih yang gelap,ada saja sebenarnya lelaki yang tak melihat langsung rupa paras zaujahnya sebelum tabir pernikahan disingkap.Mungkin benar kata sesetengah mereka,cantik antara ciri yang digariskan Rasulullah walaupun bukan yang utama.Mungkin benar kata mereka,fitrah manusia suka pada kecantikan.Tapi,jika berhadapan dengan situasi ikhwan itu tadi,bagaimana kita agaknya?




saya mahu senyum setiap hari.

Cantik itu subjektif.Saya rasa cantik,kamu rasa tidak.

Entah.Biarkan ketetapan jodoh menjawab mungkin?

Ya,tetap saja pilihan Allah itu yang terbaik.

Biar tak cantik,asal sedap mata memandang.Biar tak cantik,asal sejuk hati mencinta.Biar tak cantik,asal suci akhlak dijaga.Biar tak cantik,asal aib ku dipelihara.Biar tak cantik,asal ibu dan ayah dikasihi segenap hati.Biar tak cantik,asal bahagia mendakap bahu,berpimpin tangan menuju syurga,insyaAllah.

Itu jawapan saya,seorang perempuan.Mampukah saya mempraktikkannya atau sekadar manis di bibir menjadi teori?

ps: sibuk-sibuk menjaga rupa,biar akhlak kita selari dijaga juga.Jom kejar syurga!