Sunday, October 9, 2011

positif

isk masjid bulat

hakikatnya ramai yang tercari-cari.

hakikatnya ramai yang baru tersedar setelah diketuk.

hakikatnya ramai yang berharap untuk berada di posisi itu.

hakikatnya saya juga suatu ketika dulu seperti itu.


setiap kali sitting,muna akan panjatkan syukur atas nikmat iman dan islam.dan nikmat untuk terus berada di jalan ini.atas nikmat yang dia masih kekalkan hingga ke saat ini.kerana hakikatnya Dia boleh saja untuk menariknya bila-bila masa.kerana hakikatnya Dia boleh saja melenyapkan kita terus dari galaksi ini.

tapi Dia memilih kita agar terus & tetap berada di jalan ini.

untuk disuburkan hati dengan cinta & maghfirahNya.untuk diperdengarkan alunan ayat-ayat cintaNya dan ingatan untuk segera & selalu ingat padaNya.untuk duduk berdepan-depan dengan mereka yang sama-sama mengejar tangga redhaNya.

N.I.K.M.A.T.

dan telah saya katakan pada seorang teman,seminggu tak berjumpa mereka bagaikan 'mati'.kerana apalah gunanya hidup jika hati telah 'mati'.kalau jarak mereka itu sejengkal cuma,pasti saya akan cuba menggigihkan diri untuk ke sisi mereka,lena dalam menatap wajah suci mereka.

R.I.N.D.U.
setiap saat inshaAllah.


hidup pasti ada upside down.hidup pasti ada senyum dan menangis.tapi hidup juga pasti akan dicukupkan Dia.sesuai dengan keperluan dan proses tarbiyah kita.

That it is He Who gives wealth and satisfaction (An-Najm:48)

kerja semakin menuntut pengorbanan.semoga cinta saya tidak terkorban.hanya beberapa langkah saja lagi.

SEMANGAT!