Thursday, May 6, 2010

Rock all day.

Itu tajuk lagu Outlandish,ya saya tahu.

Semalam seperti hari-hari yang lain adalah hari bahagia saya.Hari-hari adalah nikmat buat saya.Mari menjadikan cerita short & simple.Kami meronda-ronda di sekitar Bandaraya semalam,mengambil angin selepas exam orang kata.Tak perlu jauh-jauh,dekat pun berbaloi asalkan motifnya tercapai,Alhamdulillah,itu yang saya belajar kali ini.

Sempat kami menziarahi Mak Tok & Tok Ayah Hafsah di Keramat,first time saya sampai Keramat.Dan first time saya dihidangkan dengan laksam yang superb-yummy-delicious.Perut saya sangat penuh hinggakan saya tidur lena semalaman :D

Mak Tok sangat ramah melayani tetamu yang membawa rahmat & keberkatan insyaAllah.Tok Ayah juga.Tok Ayah sangat kuat semangatnya berjamaah di masjid,no wonder family Hafsah berjaya akhlak & akademiknya,tunjang mereka kuat :)

Terharu juga diberi perhatian semasa berada di KTM.KTM dah punya koc wanita tahu?Wanita tak perlu lagi berhimpit,bersesak atau menahan ketakutan berlaku perkara tak diingini semasa di dalam KTM.Oh KTM,saya suka KTM 1-2-3-4-5 dan banyak-banyak kali lagi.

Saya dapat message di FB kelmarin.Kak Efie sudah mahu jemput saya makan nasi minyak beliau.Oh,rindu Kak Efie dan bantal peluk beliau.Kawan-kawan,jom join! :D

Oh,parents saya bakal mengambil saya pulang hari ini.Excited sebab mereka dah lama tak datang SA.Doakan saya cemerlang intern 24/5-21/6 ini.See you in court :D