Friday, May 15, 2009

Dora lahir hari ini!

mosh-mosh! :D

ini birthday girl,Naib Yang di-Pertua Kelab Budak Chantek.sangat kawaii!



ini ahli Kelab yang mengucapkan Selamat Hari Lahir Dora/Syairah yang ke 2 tahun.


anda comel kan?2 tahun memadailah ye :D semoga panjang umur,murah rezeki,mula mahu doakan moga anda cepat nikah,tapi memandangkan anda sudah menukar misi dan visi,kami doakan yang lain eh :D memandangkan anda sudah berfesyen ala-ala Dora sekarang,jadi sem depan,akan melekat lah lagi nama "Dora The Explorer" anda itu :p aku antara yang bertuah sebab satu-satunya ahli Kelab yang berjaya mendengar secara live Syairah menyanyikan lagu tema Dora The Explorer.bila direquest orang lain,Dora mengelak.rindu bangat sama kamu,thanks sudi bergayut sama kami semalam.selamat menjalankan tugas sebagai researcher di sana ya Dora!tiada motif entry kali ini,cuma mahu menghebohkan pada semua,15 May birthday Dora! :D

lihat,abang aku yang bijak.menerangkan penyakit Dila semalam.walaupun bagi link saja,bagi aku,beliau tetap bijak!bukan bodek-bodek :D

afifi4040: btl la skt saraf
afifi4040: http://www.answers.com/main/ntquery?s=arnold+chiari&gwp=13

Ya Allah,moga Kau berikan sahabatku kekuatan untuk bernafas dan terus berjuang di atas muka bumiMu ini.ameen.


Thursday, May 14, 2009

cepat sembuh ya!

mosh-mosh!

Alhamdulillah,hari ini tercapai niat untuk menziarah Fatimah Adilah di Hospital Ipoh.thanks Hawa&KOmie jemput kite sekali.Dila kelihatan tak bermaya tapi tetap gagah membangunkan diri.nama penyakit neuro nya pun susah untuk aku ingat,yang aku tahu pangkalnya Arnold.mungkin Encik Afifi lebih mahir :D teringat aku pada babak-babak cerita 1 litre of tears.apapun,Alhamdulillah,operation Dila berjaya.parents Dila kelihatan tenang,tapi siapa tahu jauh di lubuk hati mereka kan.hanya ungkapan,"Mak Cik kuat ye" saja yang mampu aku ungkapkan.

dalam kesempatan mereka yang sudah bertapa ke sini,alang-alang,aku membawa mereka bersiar sekitar KK dan "Selamat datang ke negeri penuh krisis" aku alukan.first time juga aku menjengah ke Galeri Sultan Azlan.nama je budak KK,tak pernah sampai pun Galeri tu :D



budak KT & budak Tmn Tasik Sri Gombak





aku suka candid yang ini,thanks Komie :D


suka matahari itu sebenarnya

cara pemanduan aku juga 'sangat' berkesan hari ini.kalah Schumacer kata mereka.aku memang suka memberi tekanan pada pedal minyak dan merasa kereta meluncur bagai di atas salji.sepanjang dalam kereta,aku membebel tanpa henti untuk hilangkan nervous di hati.Ya,aku tahu bahaya,jadi jangan membebel :D aku tahu lagi speed limitnya.hari ini juga baru aku tahu weakness aku dalam memandu;

1.silau malam
2.rabun yang agak menakutkan hingga teraba-raba mencari divider jalan.

walau hari hujan lebat malam ini,aku mencuba sehabis daya agar kami segera sampai di rumah dengan selamat.Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas segala bantuan.esok mereka akan pulang.semoga perjalanan kalian esok selamat dan semoga Dila cepat sembuh ya!ameen.

p/s:nak jalan kat Perak?jom la!lepas ni cuti-cuti Terengganu pula,insyaAllah :D

Monday, May 11, 2009

stunning or expected decision?


berita:Nizar kekal sebagai MB Perak yang sah.


begitu keputusan High Court.terima atau tidak,itu hakikatnya.badan kehakiman kekal sebagai institusi yang bebas dari pengaruh eksekutif.menegakkan apa yang dinamakan Justice.Stephen Kalong Ningkan's decision kembali menjadi rujukan.Perlembagaan telah menetapkan,gugurnya seorang MB hanya kepada undi tidak percaya,dan High Court tanpa ragu-ragu meletakkan Nizar kembali ke posisinya.troublesome issue yang telah dicreatekan itu,sama ada secara kebetulan atau dirancang,diputuskan tidak menggugat kedudukan MB kerana Dewan tidak mengusulkan vote of no confidence di dalam Sidang.

"Nizar is speeding but to Ipoh two hours’ drive north immediately after a brief press conference. He is expected to seek an audience with the Perak Sultan to get consent to dissolve the Assembly and call for fresh state elections.In his ruling Monday, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said that a new menteri besar could not be appointed as the office had not been vacated.
Justice Aziz said a menteri besar can only be dismissed by a vote of no confidence, and upheld the Stephen Kalong Ningkan ruling. He said the Perak State Legislative did not hold a vote of no confidence."


sedikit fakta Stephen Kalong Ningkan:undi tidak percaya diusulkan melalui satu surat yang dihantar kepada Governor ditandatangani oleh separuh ahli Dewan.Mahkamah menetapkan Stephen Kalong Ningkan masih lagi Ketua Menteri yang sah atas faktor;

1.undi tidak percaya hanya boleh diusulkan di dalam Dewan(bukan melalui surat),seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Sarawak.

2.tiada majoriti yang jelas melalui undi tidak percaya(hanya separuh ahli Dewan yang menandatangani surat).

diharapkan,tiada lagi isu berbangkit selepas ini.kalau ada fresh election,Alhamdulillah.walaupun aku belum lagi layak untuk mengundi,at least rakyat yang lain takkan teragak-agak menunaikan tanggungjawab mereka.berfikir,bagus atau tidak anti-hoping law?amanahkah wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat mewakili mereka,melompat ke parti lain atau memilih untuk menjadi ahli bebas?antara morality dan freedom of association.

Sunday, May 10, 2009

kasih takkan pernah tersisih









dia tetap keluar 3 jari peace,kan.










sampingan:Fai,ini si dia berbaju merah kite :D


hari ini,dia manja semacam,entah mengapa.


dalam kamu mendoakan kesejahteraan ibu kamu,jangan lupa doakan juga moga kita takkan jauh dari hati ibu kita.takkan dan jangan sesekali.hari ibu,cuma simboliknya.tetapi,bagi aku,hari-hari adalah hari ibu.hari-hari kita akan teringat pada mereka;walau Hana jauh di Welly,Fai bertapa di Palmy,Husna berjuang di Egypt,Angah sibuk di Ausie,mereka tetap kasihkan ibu mereka,kan kalian?sudah wish belum pada ibu kalian? :D


hari ibu ni jugalah aku buat hal.gara-gara tak dengar pesan Mak mengangkat cadar di jemuran,lembap cadar itu.aduh,kenapa hari ini telinga kurang fungsinya?melatih dan menguji aku,aku kira.anak solehah kah kamu? :D


Abang pagi-pagi sudah wish.diikuti Encik Afifi.tapi,biasalah lelaki.kurang sentimentalnya.aku pun dah ikut terpengaruh.sempat aku dengar forum tentang Hari Ibu semalam.antara panelnya,Dato' Haji Kamaruddin Haji Zakaria.beliau memang kaya dengan emosi tatkala membicarakan perihal ibu dan ayah.kamu ingat atau pernah terdengar bagaimana mulianya seorang anak yang mengasihi ibunya di zaman Nabi Sulaiman?beliau ditemui Nabi Sulaiman tinggal di dalam kubah yang cantik di lautan.itulah dia,anak yang telah menyisirkan rambut ibunya,menggantikan pakaian,menjaga makan dan minum,hingga ibunya berdoa moga Allah menempatkan anaknya ke 1 tempat yang mulia,yang istimewa,bukan seperti tempat-tempat biasa,dek kerana sejuk hati si ibu menerima layanan yang sungguh istimewa dari anaknya walau si ibu telah diambil nikmat penglihatannya.subhanallah,Allah Maha Mendengar,Maha Bijaksana,Maha Kaya,Maha Adil.dikabulkan Allah doa ibunya.doa ibu bapa itukan antara doa yang mustajab? :D untuk rujukan,bolehlah membuka lembaran AQ (17:23,46:15).


selamat Hari Ibu Puan Ainun Hayat bt Zulkafli,juga buat Puan Mahiyah,juga buat semua ibu-ibu yang telah,akan dan bakal melahirkan!Bonda,akhirnya,terungkai jua rahsia~ M.Nasir.Amal suka mendendangkan lagu ini kat aku.motifnya?fikir sendirilah! :D