Friday, January 20, 2012

yogurt.

segala puji hanya bagi Dia,yang mencukupkan segala keperluan & Maha Mendengar permohonan hambaNya.

kadang-kadang,pernah tak kita meminta daripada Dia tapi dalam masa yang sama-sama berasa ragu-ragu,adakah permintaan itu akan dikabulkan Dia?egois sungguh bila merasa kita lah yang menatijahkan sesuatu keputusan itu.kita lah yang menyebabkan hasil keputusan peperiksaan yang cemerlang.semuanya kerana usaha diri sendiri.egois!

Allah,itulah saya di suatu waktu dulu (tunduk malu)

ditakdirkan Dia,sekumpulan anak muda setelah melakukan operasi ziarah-menziarah pensyarah kesayangan mereka di Kuala Lumpur waktu siangnya.setelah itu,memandangkan waktu siang masih berbaki,mereka meneruskan perjalanan cuti-cuti habis exam ke sebuah pasaraya terkemuka.majoritinya bercadang untuk menghabiskan masa di sana dengan menonton wayang.mencari-cari kalau-kalau ada filem tiptop yang baru release.

alamak.seseorang sudah seperti cacing kepanasan yang disalai di atas tar jalan yang memang sedang 'hangit' disiram terik matahari.apa mahu buat,apa mahu buat.dia sudah bertekad,semampu yang mungkin,dia tak mahu lagi menjejakkan kaki ke tempat bernama 'panggung wayang'.kerana baginya,duit dan harta yang kita pegang semuanya adalah amanah daripada Allah.masakan kita mampu membelanjakan harta untuk sesuatu yang minima atau mungkin tiada langsung manfaatnya untuk kita mengingati Dia.Allah,dia tahu dia hanyalah si celapuk lama yang masih lagi bertatih mahu menuju Tuhannya.Allah,dia hanya mahu agar semua mereka dan dirinya diberi kefahaman yang baik untuk menjadi muslim yang benar-benar muslim.

agama bukan hanya saduran di kalimah syahadah.

mendalam.

apa yang mampu dilakukannya waktu itu,seperti selalu dan kebiasaannya.berharap dalam hati dengan setinggi-tinggi harapan dan kali ini ditambah dengan percaya bahawa Dia benar-benar akan mengirimkan 'keajaiban' itu.mereka sudah beratur,sudah memilih filem yang menarik hati.

tuppp.

sesungguhnya tiada suatu pun istilah kebetulan di dalam hidup ini melainkan semuanya adalah dalam aturan & perancangan Dia.

"tiket mahal la,RM 20 lebih.jom kita pergi makan lah.laparnyeeeee"

Allah,Engkau jua lah yang memegang hati mereka.Engkau jua lah yang berkuasa mengatur segala caturan hidup kami.kami ini tidak lain hanya mengadukan kepadaMu betapa lemahnya iman kami untuk sama-sama mengingatkan sesama sendiri tentang erti hidup ini hanyalah semata-mata untuk menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya.

Allah itu sangat dekat dengan kita.memintalah sebanyak-banyaknya pada Dia.dan percayalah sebulat-bulatnya bahawa Dia akan sentiasa membantu kita membawa agamaNya.positif dan letakkan aim kita secara khusus,kata Muna.

inshaAllah.bertatih dan menapak satu-satu itu lebih baik daripada berjalan terus laju lalu tersungkum tak mahu bangkit semula.

yogurt --> masam manis rencah kehidupan.

selamat bercuti! :)






Wednesday, January 18, 2012

bahagian saya,bahagian Dia.

"tips akak,akak mewajibkan usrah & daurah diri sendiri.yang lain-lain tu bonus kalau boleh buat.bukan untuk siapa-siapa,untuk Allah,inshaAllah" [quoted]
saya tak tahu apa perancangan Dia untuk saya dalam masa 5 atau 10 tahun ke hadapan.

adakah masih tetap berdiri,lesu atau lebih mengharukan,sudah kembali ke sisi Dia.tak tahu.dan saya tak akan pernah tahu di waktu 10 tahun lalu bahawa Dia akan 'menarik' langkah saya untuk masuk ke simpang jalan ini.jalan yang menemukan saya dengan wajah-wajah suci yang tak lekang dengan senyum dan salam.saya yang suatu ketika dulu,benar-benar di 'lorong gelap'.

pada ketika di awal usia tarbiyah,saya sering mendengarkan kisah mama usrah yang bertukar-tukar usrahnya daripada naqibah ini ke naqibah yang seterusnya.menarik.lalu saya memasang hajat.untuk jadi sepertinya.resam si anak ketam,mengikut rentak jalan si ibu ketam.eh.

(rupa-rupanya agak sakit waktu kita mula-mula sedar,kita sudah bertukar mama.emosi.)

hingga ke suatu saat,Tuhan benar telah membuka jalan itu untuk saya.sedikit demi sedikit.masih ingat lagi,suatu petang di sebuah surau,saya ajukan pertanyaan pada mama usrah pertama saya,

"kita ni baru nak menapak,adik-adik yang muda-muda,dah jauh berjalan"

dia hanya senyum.

setiap kita ada jalannya.setiap kita ada susunan hidupnya masing-masing.susunan yang akan membentuk kita hingga jadilah kita sepertimana kita hari ini.mungkin kita lambat,mungkin kita tertinggal gerabak keretapi.mungkin disebabkan 'kejadian-kejadian' itu,ada sesuatu yang Dia mahu kita ambil pelajarannya.kerana tahap penyerapan ruh kita tak mungkin sama dengan mereka yang lain.

semangat.kekuatan.keikhlasan.

lebih mudah menulis & berkata daripada beramal dengannya [sentap]

saya masih lagi si celapuk lama yang penuh dosa dan noda.masih lagi bertatih mengajar diri untuk benar-benar memaknai hidup dalam erti kata yang benar.masih lagi mengugut diri untuk berbuat sebanyak yang mampu.masih lagi memaksa-maksa diri untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada.masih lagi perlu menepuk-nepuk dada untuk sabar dan kuat.masih lagi berkira-kira dan bermain tarik tali untuk cari ikhlas.masih banyak lagi ruang untuk dikoreksi diri.



Allah,saya hanyalah seorang hamba yang mahu kembali padaMu dalam keadaan yang paling Engkau redhai.saya hanyalah seorang manusia yang mungkin tak dipandang makhlukMu tapi saya memohon padaMu agar tak Kau palingkan kasih sayangMu atas sebab kedurhakaan saya yang disengajakan atau tidak.paling takut,bila saat saya sudah merasa cukup dengan apa yang telah saya lakukan.sedangkan,Engkau Maha Tahu segalanya tentangku.

Allah,
rahmatMu lebih ku harapkan daripada amalan-amalanku.

bahagian saya berusaha ke arah Dia.bahagian Dia,menemukan cinta saya inshaAllah :)

Monday, January 16, 2012

talk about 'em,talk about yourself.

saya selalu cakap pada diri;

Tuhan benar-benar adil pada makhluknya.saya tak punya kakak atau adik perempuan untuk saya bercerita mengenai hidup,tentang fesyen,tentang stress belajar lambat faham.tapi Dia beri saya lebih daripada apa yang mampu saya bayangkan untuk jadi peneman menuju jalan lurus.

akhawat.

:)


jazakillah khayr untuk hadiah birthday yang 'luar biasa' ini :)