Thursday, December 16, 2010

my new-ehem-guess-who.

saya semakin jatuh cinta.
semakin dalam semakin mengisi.
semakin berbunga tanpa musim.
mekar kembang di sana sini.
semakin harum semakin ranum.
semakin tumbuh melata dunia.
pudar warna tak terlihat.
kuntum di tangan tak mahu dilepas.

saya semakin jatuh cinta.
semakin tinggi setinggi langit.
semakin membiru semakin kelu.
kalau pun hujan terbit pelangi.
kalau pun terik subur sang rimba.
kalau pun kelam lena berteman.
ucap apakah mampu menafsir.

ini benar cinta kemaruk.

ini benar tidak selindung.

ini benar jangan kau ragu.

ini benar tulen cop mohor kasih sayang.

(okay over sebab dah hyper gembira err mungkin rindu juga)

buka pintu luas-luas.
buka mata besar-besar. Oo (ini mata ka hidung?)
buka mulut nganga-nganga (hey senonoh plis)
selamat ke mari Syairah.



nah hug daripada Pooh :D
esok kita pesta kerja yeay!
& esok ayuh cakap bantal-to-bantal oh teruja!

ps:sebab Syairah tak baca blog (sebab ehem dia matang dengan dunianya),maka membuat sedikit confession tidaklah menjatuhkan macho ditayang.HAHA

Tuesday, December 14, 2010

kira (tekan calculator)!

saya terbaca satu artikel mengenai dakwah seorang akhawat.syahdu,sungguh!satu ayat yang menyentap jiwa saya ketika ini; rehat adalah memenatkan.

rehat=penat?

tapi realitinya,kita lebih suka tidur dari study,tengok TV dari baca buku,lepak-lepak di rumah dari memenuhi jemputan manusia sekitar,mengeliat dari birrul walidain.mengapa kita sangat sukar melihat masa itu sebagai suatu kualiti untuk menghambakan diri selayaknya di sisi Allah?kenapa sukar payah jenuh?

saya bukan pejuang dakwah yang hebat.bukan juga seorang mad'u yang sentiasa menggembirakan hati murabbiah saya.corak-carik di sana sini.hingga suatu ketika saya merasa hampa dengan kekuatan diri sendiri.hampa kerana tidak mampu meneguhkannya.hampa kerana tidak mampu menarik jiwa-jiwa suci untuk sama-sama menggalas cinta dakwah.

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk [yang tidak turut berperang] yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (An-nisa: 95)

waktu cuti ini mungkin saya tidak banyak menghabiskannya untuk menyertai daurah,mengikuti program ilmiah etc.sebagai gantinya,saya cuba memanfaatkan masa lapang sebaiknya dengan mencari masa-masa kualiti bersama bunda & ayahanda.kerana kata orang jawa;masa lapang itu membunuh.masa lapang akan membuat kita hidup dalam angan-angan dan masa lapang juga akan menyempitkan jalan-jalan mencari masa kualiti di sisi Allah.

jangan terlalu banyak mencari uzur.kerana belum sampai masa untuk kita rehat.

kerana itu,tak kisahlah walau kuku terkopek,kulit tercarik,pinggang tergeliat kerana terjengket-jengket menggantung kain (overnya kau mention segala PANG),muka hitam berjemur (eh pindah Africa jom!).semoga keikhlasan itu muncul berdikit-dikit dengan semangat yang Allah sebutkan ini.semoga kesakitan yang sedikit ini akan menghapus dosa saya pada ibu ayah (secara sedar,sengaja atau tidak) insyaAllah.

& saya percaya setiap kita juga punya cara memenuhi masa lapang dengan sebaiknya.ayuh kita letak sepanduk; REHAT ADALAH MEMENATKAN.kerana itu,- - - rehat & + + + sibuk sibuk sibuk.biarlah rehat hanya pada waktunya.biarlah rehat diletakkan di senarai bawah sekali.biarlah rehat kita reserve waktu di syurga nanti.

kerana waktu di dunia adalah waktu untuk bekerja,bekerja & bekerja!jadi ayuh kira,kira,kira kerja apa kita nak buat.kira sampai hilang waktu rehat yang tak sepatutnya.

okay jom lipat kain,masak,mandi,kemas rumah,sapu sampah,cuci lantai (haa sebutlah semua sampai kau pengsan).

ps:kawan-kawan,nanti ajak saya pergi program okay ;)