Sunday, November 15, 2009

Cartoon pun bagi ilham :D

Saya sudah mahu pulang,sudah mahu menjenguk ibu ayah di rumah.Sudah bersedia melepaskan segala kerisauan exam.Sudah full perut dengan Nandos sepinggan semalam.Sudah bersedia untuk membanting tulang di musim kenduri.Sudah mula berangan-angan bercuti bersama mereka.Dan sudah mula terasa kita akan semakin jauh,jauh,jauh hingga suatu masa nanti.

Saya sudah mula sukakan Itachi di saat dia sudah mati.Kenapa selalu kebenaran terbongkar bila ia sudah tidak dapat dihargai lagi.Pernah seorang sahabat bertanya,apa yang patut dilakukannya bila mana si kawan seringkali mengguris hatinya dan dia seakan terpaksa mengucapkan terima kasih untuk itu.Hidup tak seindah suria,suria pun bukanlah si makhluk yang kekal.Suria pun perlu berehat,keindahan juga perlu berundur seketika agar si duka datang,mengajar erti hidup itu apa.Erti tabah dan sabar itu apa,ikhlas itu bagaimana.Kalau selamanya yang indah-indah datang,bila mahu merasa keperitan itu apa?Bila mahu merasa sakit dan pedih?Saya yakin,manusia yang kuat itu lahir dari sakit yang amat.Belajar untuk bangkit tampak mudah,tapi untuk merealisasikan kamu perlu gigih.Seperti Sasuke yang membina kekuatan hasil kebencian dan dendam yang teramat pada abang yang telah membunuh seangkatan keluarganya.Abang yang disayanginya,yang selalu menguis kepalanya waktu dia teruja belajar jutsu.Dan di pengakhiran hayat abangnya di tangannya sendiri,barulah kebenarannya datang.Segala keperitan,panggilan pengkhianat,dan paling memedihkan dibenci dan mati di tangan adik sendiri dilaluinya kerana mahu melindungi adiknya.Terlalu sayangkan si kecil Sasuke.Itachi,kita terlalu buta untuk melihat semua itu.Dan di waktu itu,walaupun saya hanya membaca manga online,gara-gara episod tak keluar lagi,mata sudah basah,hati sudah sebak.Emo!Hidup dalam kebencian sendiri memang sangat tidak bagus.



[Berbahagialah Itachi gugur di tangan insan paling dilindunginya,serious sedih!]

Kawan,
kadang-kadang,kita cepat menghukum.Benar,mungkin dia banyak tersilap langkah dan menyakitimu.Tapi,yakinlah,pasti ada secebis sayang di hatinya buat kamu,yang mungkin tak kita nampak.Mari kita menghargai secebis itu.Hargai walau sekecil zarah.Allah pun menghitung amal kita walau sebesar zarah kan?Mengapa tidak kita.Senang saya bercakap dan kamu yang mahu memikulnya.Bertahan ya,saya tahu kamu kuat,lebih lagi dari saya,kan.Berterima kasih pada dia,sekurang-kurangnya dia mengajar kamu bersabar.Mari kita berfikiran baik dahulu dalam segala hal.

=Masih berduka dengan kematian Uchiha Itachi (katon pun nak emo)

=Masih malas-malas untuk packing,tolong saya jom.

=Wow,saya antara yang terawal bakal jumpa Siti Fairuz selepas ketibaannya di Malaysia semalam,insyaAllah.

=Sudah mula merasa rindu untuk mengusik Kak Nurul lagi.Selamat Pengantin Baru Akak :)

=Berlagak kuat dan terus berlagak kuat.