Friday, February 4, 2011

ahjumma tak sempat jumpa.

sekarang saya rasa takut.takut bolehla diklasifasikan di tingkat 4.

menikah itu bukan cerita budak-budak.bukan macam main lat-tali-lat.bukan macam kita main kawin-kawin waktu umur 6 tahun dulu.semalam waktu membelek-belek kalendar,mengingat usia yang semakin tua,saya bertanya bonda;

'mak tak penat ke menanggung anak-anak semua?'

'tanggungjawab,kena tunaikan'

'boleh kata lebih dari separuh usia mak kan tanggung kitorang'

'kita ni dilahirkan semua dengan tanggungjawab'


ya,kiralah,menikah kalau usia mak lingkungan 27 tahun.sekarang mak sudah 56 tahun.sudah hampir 30 tahun mak bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan & tumbesaran kita semua berjalan lancar.yeah,sebab tu jangan main-main.baby pun ada tanggungjawab.untuk makan,minum,membesar.supaya kelak dia boleh menebarkan ayat-ayat agung Tuhan.

main point saya bukan yang ini.sebenarnya saya sedang takut.menikah satu hal.jadi ibu pun satu hal.kakak sedang bertarung nyawa di hospital.kandungan luar rahim.jadi tiada pilihan,terpaksa 'mencuci' kandungan.sudah 3 kali kakak dibedah.semua kerana tanggungjawabnya sebagai wanita & ibu & isteri.sebab itu Nabi kata perempuan mudah masuk syurga & mudah juga masuk neraka.menahan sakit darah tinggi di saat mengandung bukan suatu perkara ringan.sakit.dari semalam sudah kelihatan riak sakit di wajahnya tapi dia menahan tanpa mengadu sedikit pun.

sepanjang perkahwinan kakak & abang,saya tahu dia wanita cekal.jarang sekali melihat dia menangis.tatkala kita menelefon dia ketika dia di hospital pun,dia masih sempat buat lawak.

& kini saya takut.mampukah kita jadi sekuat ibu-ibu di hadapan kita?tegar memegang tanggungjawab ibu,bertarung nyawa,keluar masuk hospital.ah,membayangkan bersalin normal pun tak sanggup.

jagalah badan kita baik-baik.badan pun amanah.makannya perlu dijaga,kesihatannya juga.okay tak boleh hentam kromo sumbat segala dalam mulut lepas ni arasso.badan ini bukan hak kita.kita punya amanah menjaganya supaya kelak ia melahirkan sesuatu buat umat.perut,tolong sihat.




mungkin sudah takdir Adam kekal panggilannya as Adik.
ahjumma tunggu niece/nephew lain.
hati jom redha.

doakan K.Ina.