Thursday, June 2, 2011

ku teruskan (wah!)

gambar cilok dari tumblr hana baik punya weee!


eh ni bukan lagu siti sarah tu,bukan,bukan.

this is soooo sudden!

yeah,kalau dah Dia dah cakap 'jalan dey',maka jalanlah segala perancanganNya.Maha Hebat fuh!alhamdulillah,kerja sudah datang bergolek-golek macam buah kelapa jatuh dari pokok 10 meter wah.alhamdulillah,rasanya kerja macam menarik.sebab kata si encik,

"sila bawa pakaian yang boleh bawa masuk Parlimen."

Haa?

Abaikan.

Mak kata "habislah kamu,kerja untuk election nantilah tuuu."

Buat selamba cekodok sajalah & join sajalah kursus nanti dengan kool.insyaAllah sila tajdid niat yay.arigato-ne kepada Cik Sri Min sebab menghantar perkhabaran tentang kerja kosong tersebut.kurang-kurang,berisi juga poket sekupang dua wawa.moga-moga halal & Dia redha.takat lebur neves juga sudah menurun kerana mendapat berita gembira si adek Qatrin & Hafsah ikut serta wow ada geng rumah mudah-mudahan :)

& gembira jugak sebab nanti boleh jumpa Cik Arissa selalu hingga bulan 7 nanti.semoga dia selamat kembali dari umrah & semoga hati saya makin kuat untuk ditarbiyyah yay!

tapi bukan semuanya gembira belaka.kata orang "ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari".eh apakes?

yela,banyak planning sepanjang bulan ini terpaksa dikansel semuanya.gara-gara itu kursus:

1) wedding kakak Intan
2) catering Puan Ainun
3) khemah Encik Sape'i
4) kerja-kerja babysitter & tukang bebel Adam & Alesha
5) babysitter anak Tompok yang baru 3 hari
6) tukang gaul nasik kucing
7) wah banyak pulak kau nak tulis bajet maha busy sangat la wuuu!

sejuta ampun tak cukup tangan kaki ku tadahkan kerana sangatla tidak berkesempatan untuk memenuhi kesemua tanggungjawab di atas.adakah Tuhan akan marah pada saya?waaa.kalau boleh memang lah mahu sangat stay saja di rumah.kerana saya amatlah gerun mendengar kisah sahabat yang ingin berperang tapi ditegah Rasulullah kerana dia masih punya ibu tua untuk dijaga.kerana itu setiap waktu cuti saja,kalau yang lain sibuk memenuhkan resume mereka dengan variasi working experinece di firma-firma mahupun di pasaraya,saya hanya berteleku di rumah menghadap kain & sabun acewah.walaupun kadang-kadang bisikan syaitonirrajim tu datang menjengah:

"weh,kilat dah muka kau ni macam bunt*t kuali"

"weh,kasaq dah tangan kau duk pegang besi karat"

sambil diselang-seli gelak tawa syaitonirrajim itu memperlekehkan.cewah.HAHAHA

(over pulak)

tapi tak mengapalah hey.balas balik bisikan durjana tu dengan kata-kata:

"dey,kau tau tak Tuhan sedang mengajar kau tentang sabar,redha & syukur la ni?etleast kau masih ada upaya untuk berpanas terik bagai,boleh lagi makan & bernafas walaupun kau dah hitam,tangan kasar nanti bukti kat mak mentua kau tak makan tido je keje (eh yang ni mengarut)."

dan yang paling penting;

"redha Allah tu kan pada redha ibu bapa yay"

maka selagi Puan Ainun & Encik Sape'i bahagia,maka saya akan mencoba.oyeah!marilah kita beramai-ramai mendaftar ke kelab anak soleh.walaupun title itu tak lah sebegitu layak & kena untuk saya (waaa),usahanya harus ditingkatkan kan?jommmm!

dan kali ini,terpaksa juga saya meninggalkan mereka untuk sepurnama lamanya lantaran terpaksa mengumpul duit untuk mengganti laptop yang sudah tamat riwayatnya (al-fatihah-tibe).takkan nak mintak support Mak Ayah lagi kau dah atas 18 tahun cewah.

minta maaf Mak,Ayah :(

& sila doakan perjalanan kerja kami selamat semuanya ya.insyaAllah 17 Julai tamatlah kontraknya.