Wednesday, April 7, 2010

Sinyu.

Kata-kataku,
bukan sebilah pedang mahu ku junam ke hati sucimu,
bukan seekor lebah yang bisa saja menyengat tulus jiwamu,
bukan kimpalan besi untuk mengukir luka,
bukan acuan emas menghenyak tenang dirimu,
bukan niatku.

Kata orang,"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya".Dan kerana itu,lidah terkadang tergeliat untuk sesetengah perkara yang tak patut diungkap.Maafkanlah saya kawan.Sungguh,dia seorang kawan yang seakan perlu melalui getir-getir kesabaran demi sebuah persahabatan.Saya kira dia terkadang matang daripada usianya.Saya tidak tahu dari sumber mana dia mendapat kekuatan untuk sentiasa bersabar dalam setiap keadaan.Saya juga tidak tahu mengapa dia masih bertahan.

Mahukah kamu saya kalungkan anugerah kawan terindah dalam hidup saya untuk semua yang telah kamu lakukan?Saya tak mampu mengira kembali cakaran-cakaran hati yang telah saya lakar 'indah' untuk kamu.Dan kamu masih tegak di situ,menahan dengan kebal dan gagahnya hentaman bom atom tak bermata saya.Baik,mungkin kerana kamu yang selalu mendengar keluh-kesah saya,maka kamu lah yang perlu banyak bersabar menangani krisis ekonomi emosi saya.Ada turun naiknya,ada gawat dan ada untungnya.Maafkan saya kerana mencoretnya di sini.Tapi,saya benar-benar emosi memikirkan kamu.

Perlukah saya minta dimarahi untuk kali ini walau saya tahu kamu akan pantas saja mengelaknya.Oh,saya benar-benar merasa seperti pesalah menunggu hukuman dari Yang Arif.Much obliged.

[entry tak berhaluan,bukan sayap kiri atau kanan]