Saturday, November 20, 2010

siap sudah kamu?

eh eh anis update lagi?rajin pulun gigihnya dia!memang.

hey kamu rasa dah cukup umur tak nak menjadi ehem mak orang err slow sikit suara plis.terimbau (tu dia) kata-kata cik kawan maybe you know her mahu ada baby tak mahu ehem suami.yeah,jadi ibu best tapi jadi isteri oh-oh tarik diri surrender (kau ingat jadi ibu senang ke).cerita ini gara-gara cerita flash back Mak waktu si anis bergelar budak.mak kata,dulu ayah pernah parking kereta di seberang jalan besar berhadapan stesen minyak dan meninggalkan si anis di dalam kereta.dengan selamba dan gagahnya,si anis keluar kereta dan mahu melintas jalan sambil memanggil "Ayah".(okay kau tak comel pun mengada macam tu.)bila mendengar cerita begitu,si anis yang sudah muda remaja menarik nafas panjang.nasib kau tak jadi lempeng kat tengah jalan sibuk tu kan.

itu anak-anak zaman 10-20 tahun lepas.dah nakal begitu.anak-anak zaman globalisasi ni,memang bijak dari kita yang dah tua.tengok saja si kenit kami,kakak.bila mak cik si anis tegur anak sulungnya yang ralit menonton tibi,si kenit lantang bersuara,"orang sayang anak" sebagai protes supaya mak cik jangan marah-marah anak.tengok,umur 4 tahun boleh kata macam tu?yang umur 22 tahun pun ternganga mendengar upps tutup mulut.

satu hari 'bersantai' bersama 2 makhluk Tuhan paling comel itu pun sudah buat kepala gelabah.ku sangkakan hati selembut sutera,rupanya boleh mencair jadi lava gunung merapi meletup pom.bila si kakak minta susu,nak mandi sejam,nak main game padahal dalam laptop zero game,si adik memanjat kerusi,tekan-tekan keyboard,mengamuk nak tidur,haa baru kau tahu bukan senang jadi ehem mak orang.

ibu-ibu,bagaimana sih kalian menjaga kami semua dengan tekun dan kasih sayang?berat duh ini semua.kakek takut tidak mampu duh melakukan ini semua (amik kau citizenship baru).

ya,sungguh perjalanan ini memang perlu jadi panjang kerana sesungguhnya nyata kau belum benar-benar siap.banyak lagi perlu dibentuk dan banyak lagi perlu dibendung (ehem waktu tidur).orang baik-baik kata,kalau mahu anak soleh solehah,kamu yang kena jadi soleh solehah dulu.ya anak nakal itu lumrah.mereka kan baru mahu mengenal dunia.mahu coba itu ini,mahu rasa sini sana.bukan mudah ya puan-puan pendidikan anak-anak kecil ini.bukan seperti masak-memasak boleh campak-campak dalam kuali.ayuhla kita ke kedai buku cari buku parenting skill.

dan jangan lupa belajar sunnah Nabi juga tentang akhlak Baginda dan anak-anak :)

jom,5 tahun lagi kita tengok hasilnya.bhahsyahhh~

Friday, November 19, 2010

nota 9.

senyum gembira ketawa.
sudah lama rindu berperasaan.
bahagia si pelangi,
berterbangan si rama-rama.
perut suka lupa lapar.

sedih kecewa hampa.
masih perasaan.
mungkin kerana jarang diundang.
ia jadi sepi.

hey tapi awan mendung kan redup.
kelabu pun girang waktu tenang.
asap tiba-tiba jadi kabus pagi.

bila sedih,sang minda kuasa utama.
untuk tukar si beast menjadi si beauty.

motif tak seberapa.tapi sedang berbahagia.terima kasih ;)

Monday, November 15, 2010

hikayat kertas bukan buku hutang 555

pen bertemu kertas suatu ketika dahulu.mereka berkawan baik.pen petah dan kertas lena menerima.semuanya nampak sempurna,simbiosis mereka.pen tidak mempunyai dakwat yang cantik dan semahal Parker.ia hanya local pen tiada jenama,boleh didapati di warung kopi mungkin.kertas adalah keluaran syarikat yang agak well-established.kertas punya kertas sekualiti jenama A4 di pasaran.kertasnya tebal dan mantop.ini bukan kisah Kassim Selamat maka isu darjat dan kasta tidak timbul antara mereka.kawan baik tak kenal duit,itu prinsip.kawan baik kenal percaya ya bijak.

pen selalu mencatat kisah sedihnya yang tidak berjenama.kertas menerima segala kisah pen.kertas tidak menapisnya walau satu huruf.lembaga penapisan bukan penguasanya.kertas percaya persahabatan pen.kertas menerima segala kisah pen yang mungkin tak akan diterima hatta oleh buku hutang 555 itu.yelah buku hutang tengok RM je.okay kau discriminate.kertas juga berpegang prinsip,kawan baik kenal percaya.kertas jadi kawan setia.pen jadi tekad.kertas akan selamanya di sisi pen.eh terbalik.pen akan selamanya di sisi kertas.kerana simbiosis memerlukan mereka begitu.

masa berlalu.kini telah wujud printer di antara mereka.printer nyata sedarjat dengan kertas.pen jadi meminggir.kisah sedih pen menambahkan lagi sebab memencilnya dia.pen kata kertas hanya layak untuk gembira dan bahagia.mana mungkin kertas yang selesa di kilang mahal bergaul dengan pen di warung kopi.pen mungkin akan cari kawan baru,si kertas surat khabar lama warung kopi.supaya pen tak rasa terbeban lagi.pen hanya mahu hidup tanpa rasa bersalah.tahukah kertas rasa pen ini.

tidak kata kertas.walau pen kehabisan dakwat sekalipun,kertas masih di sini.kertas tak akan terbang jauh dari pen.kertas masih punya percaya yang tinggi amat.kerana percaya tak akan memungkinkan kertas terbang jauh dari pen.kisah sedih pen untuk dicoretkan pada kertas.mana mungkin kertas membiarkan pen memendamnya tanpa ditulis.mana mungkin kertas tegar melihat pen menanggung semuanya termasuk berat badan pen dan dakwat.'pen sudah cukup berat' kata kertas.kertas sudah lama dengan kosong.penuhilah dengan kisah pen.kisah pen akan kertas abadikan sebagai kisah kertas jua.sedih atau gembira,biar kertas mengarkibkannya.bukan di muzium arkib tapi di hati kertas.pen dan kertas.dunia pun tahu kita tak akan jauh.kertas percaya pen jadi kita tetap kawan kan?

mahukah pen percaya hikayat ini.

saya ada janji.
jadi sila jangan sakiti.

apa kau merapu tengah malam ni anis sebelum kau over cepat tido.
see you insyaAllah.
selamat hari raya!