Monday, May 10, 2010

sudah hancurkah?



Tak tahu mengapa,saya jadi terpana sebentar melihat Global TV1 semalam.Mahu kata saya kipas susah mati dunia politik,bukan.Tetapi mungkin dek faktor topik yang dibincangkan punya kaitan dengan subjek saya beberapa semester lepas,saya jadi khusyuk meneliti bual bicara tersebut.

Topik?Biarlah saya ringkaskan berkisar dengan general election di Britain beberapa hari lepas.Pilihan raya yang menyaksikan wujudnya situasi yang hampir sama dengan Malaysia dua tahun lalu.Hung parliament,itu situasi di Perak yang memakan masa & mengundang emosi sestengah pihak.Tahniah diucapkan kepada Conservative Party yang berjaya mengaut jumlah undi tertinggi walaupun tidak mencapai majoriti undi.Rakyat kini membuktikan bahawa kuasa memilih sememangnya di tangan mereka.Demokrasi tetap berjalan tanpa mengira siapa berpengaruh atau siapa yang lebih lama memerintah.Sekali silap langkah,hilanglah tampuk pemerintahan untuk jangka masa 5 tahun,dengan izin.Khabarnya Conservative Party mula mengadakan rundingan bersama Liberal Democrat untuk mewujudkan coalition government.Berjaya kah mereka mewujudkannya?Sama-sama kita saksikan.

Tertarik dengan satu panggilan telefon,komennya sistem demokrasi menuju ke titik kemusnahan.Sistem demokrasi tidak lagi efektif dan kita perlu mencari suatu alternatif lalu beliau merujuk kepada sistem khulafa ar-rasyidin.Persoalan diutarakan.Apakah sistem pemilihan pemerintah berdasarkan sistem khulafa ar-rasyidin masih boleh diguna pakai kini?Persoalan itu telah berlegar di kepala saya setahun lalu dan semalam ia menjelma kembali.Apa kata kamu?Panel telah memberikan ulasannya sendiri dan saya masih belum bertemu hujah saya yang kukuh lagi.So sad.

Saya bukan bijak pandai dan saya masih punya minat untuk mendalami lagi ilmu ini.

Selamat menyambut hari Ibu dan hari bakal Ibu buat semua wanita! :)