Wednesday, September 30, 2009

A,B atau C,mana satu?

Antara Chipsmore dan biskut lemau,
Ramai yang memilih Chipsmore.
Antara beriyani dan nasi hangit,
Ramai juga yang memilih beriyani.
Antara air kelapa busuk dan air fresh orange,
Pasti fresh orange jadi satu-satunya pilihan.

Antara tawa dan air mata,
Ada yang memilih tawa,ada juga yang memilih air mata.
Antara jalan berliku dan jalan lurus,
Kebanyakannya lebih senang dengan jalan yang lurus.

Namun,
Ada juga insan yang memilih biskut lemau,
Yang senang dengan hidangan nasi hangit dan air kelapa busuk,
Yang lebih suka menangis dan menanggung duka bersama dari merasa aman dengan gembira,
Yang gigih meredah jalan berliku daripada berlapang dengan jalan lurus.

Kenapa itu jadi pilihannya?
Ada yang berkata,
Bukan itu ukuran,bukan itu caranya dia melabel,
Bukan semua manusia memilih yang sama,
Bukan kelebihan yang dipandang,
Bukan pandangan zahiriah pemandu diri,
Dan insan itu masih tertanya,
Mengapa.

Katakan saja,
Tuhan telah mengaturkannya,
Tuhan telah mentakdirkannya,
Tuhan telah memilihnya,
Tuhan mahu menduga,
Tuhan Maha Tahu.
Layak diri bertanya lagi mengapa?

Sunday, September 27, 2009

Boleh saya?

Kata dia yang membuat saya jadi bergenang,walau tak seindah mana tetapi sudah cukup.Kerana kadangkala,ikhlas menjadi teraju segalanya.Yakinnya dia harus menjadikan saya juga yakin!Boleh saya pinjam hati kuat kamu?

"I know it's hard.Make it bit by bit".