Saturday, October 23, 2010

terbaik tuan,terbaik!

Anak didik : Tuan,kawan-kawan Tuan cantik la kan.
Tuan : Jeleskan ilmu,akhlak,agama,bukan kecantikan :)
Anak didik : Ok kena tembak sekali sakitnya.

Ambik kau anak didik tembakan sepadu free Tuan bagi,
jangan risau boleh ambik exam lagi.
Memang deserve kau kena tembak berkali-kali,

daging tebal.




Thursday, October 21, 2010

waiting for the end (gracias LP)



Ini bukanlah situasi sebenar,walaupun kita berharap sangat ia adalah benar.




kerana yang sebenarnya adalah ini,tumbang.


Hai semua especially adik-adik yang tunggu post baru kita (ok kau bajet cukup femes la).Fhew!Amacam progress study week antum-antunna semua?Harusla gempak gumpita kan berbanding dengan orang yang bersuka-ria berjoyahan di rumah (oh rasa nak packing barang balik hostel sekarang).

Semua rambut terpacak tak pakai gel sekarang.Semua buat post ketaq kepala kat FB.Semua cakap pasal study kat blog (termasuk la kau kan).Semua call tanya study apa harini (oh-hai Atul sihat?).Kenapakah,porke,limaza,vandekam.Semua orang rasa demam exam makin panas.Doktor pun tak mampu rawat.Jururawat pun tak sanggup dekat.Pakar sakit jiwa pun terdiam.Hebat kan panahan exam?Kita pun takut.Kita pun cuak.Entah apa pulak gred kita semester ni kan.

Hujung-hujung belajaq ni,mak harap kau lulus nak.Oh sentap.

Nah,terima kasih blog Hilal Asyraf kerana mengingatkan kita erti semua ini.Kerana mengingatkan kita semula pada tanggungjawab.Mengembalikan memori kita pada pesan Mak suatu hari dahulu.

"Hidup ni semua pasal tanggungjawab.Pegang je tu,insyaAllah semuanya baik"

Dulu kita fikir,hidup ni tentang kasih sayang je.Semua orang pegang perkataan kasih sayang tu (buat banner besar-besar lepas tu pegang,nah mengarut) semua akan aman.Tak ada benci,tak ada dendam,tak ada busuk hati.Rupanya,kasih sayang tak lengkap tanpa tanggungjawab.Macam mana nak bagi kasih sayang kalau tak ada rasa tanggungjawab untuk memberi kasih sayang itu.Ingat semua orang nak bagi free-free ke?Ingat Aminah(nama samaran) boleh bagi kat Ahmad (nama samaran) macam tu je?Marry me first la Ahmad,baru kau dapat kasih sayang aku;kata Aminah.

Tanggungjawab dan exam?Apa pulak relationship nya?Jangan risau.
Ini hubungan tak terlarang.

Yeah,kalau kita rasa belajar untuk dapat dean list lepas tu boleh naik stage tersenyum bahagia,belum cukup utuh lagi sebab kita itu.Mungkin bukan itu pun jadi sebabnya.

Sebab apa kita belajar?

Ya,kita tahu kawan kita semua bijak.Ya,kita belajar supaya Allah redha.Kita pegang amanah Allah untuk belajar.Kita ada tanggungjawab untuk belajar sungguh-sungguh.Kalau kita rasa bertanggungjawab,mana mungkin kita belajar main-main kan?Kalau kita rasa bertanggungjawab,kita akan rasa ada sesuatu push kita untuk terus pulun dan gigih.Kalau kita rasa bertanggungjawab,maka kita tak mahu dapat gred rendah.Kita akan usaha,usaha,usaha sampai usaha tak larat tengok muka kita dah.Barulah kita punya defence untuk mengatakan kita sudah berusaha Ya Allah.

Lepas tu kita pun berdoa.Berdoa bukan untuk dapat gred A,sebab kalau kita tak minta pun Allah dah tahu keinginan kita.Allah kan Maha Hebat!Berdoa supaya kita benar-benar tawakkal pada Dia,supaya kita ini benar-benar menyerahkan urusan kehidupan kita pada Dia,supaya kita yakin apa jua keputusannya nanti,kita redha.

Semoga Allah redha dengan kita dan kita juga redha dengan Allah.
Cantiknya simbiosis ini!

Panjang dah membebel,jom check jalan tak tanggungjawab kita di rumah:

1.Kita cakap pada mereka kita nak makan banyak kat rumah.
2.Sepanjang hari ni,sudah 4 kali ke dapur (8 pagi-5 petang).
3.Nasi lemak 2 bungkus selesai dengan jaya.
4.Selesai order roti Gardenia daripada Aiman.
5.Ada aiskrim rainbow Anyah dalam peti ais.
6.Rasanya 2 kg yang hilang hari tu bakal kembali.

Tanggungjawab kita nak makan banyak jalan dah kan?

Yeah itik gembo-gembo jom balik Shah Alam sebelum kau gembo lagi.Esok insyaAllah kita balik ok adik-adik sayang.Usaha yok supaya nanti kita ada jawapan untuk menghadap Allah.Dah tunaikan tanggungjawab? ;)

Sunday, October 17, 2010

bagi saya matahari,bagi saya hujan.

Aamir Khan,saya tahu kamu memang berbakat!
Sebab itu saya tak bergerak pun
(kecuali sebab nak beli air gedegang)

Ini bukan cerita biasa.Bukan cerita guling-guling dari atas bukit sampai lereng bukit.Bukan cerita tayang sari mahal atau penari berdozen-dozen kat belakang.Bukan cerita aku cinta kau,kau cinta aku tak?Bukan cerita aku lari peluk tiang,mari kejar pujuk.



Ini cerita realiti (walaupun ada scene yang buat kita tertanya 'betul ke ni?').Ini cerita hidup bukan untuk nama.Ini cerita susah senang kita akan tetap bersama.



Kita boleh menangis waktu scene bahagia.Kita boleh terikut lambai-lambai tangan waktu mereka gembira.Kita rasa nak peluk kawan sebelah dan cakap pada dia "kita sayang kamu".



pictures taken from
http://wallpapers123.blogspot.com/2008/11/aamir-khan-3-idiots-movie-photo.html

Cerita ini sesuai ditatap waktu study week.Itu motif utama (sila ikut.haha).Ini cerita yang buat kita lupa segala sakit di dada.Tepuk lah hati & cakap pada dia 'semuanya baik hati,jangan takut & sakit lagi okay?'

Ini cerita friendship.5 bintang untuk 3 Idiots ;)

Manusia kadang kala buat kita kecewa,
manusia kadang kala buat kita terseksa,
manusia itu buat kita rasa sakit amat,
manusia kadang kala buat kita rasa nak ketuk-ketuk bagi dia faham,
rasa nak hantar dia duduk gua dan jangan kau keluar lagi,
tapi manusia itu juga pernah buat kita senyum,
manusia itu pernah jadi orang di sebelah kita,
manusia itu juga pernah menyapa bahu kita,
manusia itu tetap kawan kita.
Walaupun hati kita mati-mati marah pada dia.

Duduk sekejap,tarik nafas.
Sedangkan serendah-rendah ukhwah pun dengan
bersangka baik.
Kalau hilang bersangka baik,
tahap mana kah friendship kita?
Negatif satu?

Marah manapun pada manusia,
tak mahu kah pimpin tangannya bersama ke syurga?
Mahu lihat dia tersungkur di tengah jalan kerana kita?
Kutiplah yang manis-manis,buang yang masam-masam.
Bahagia itu ada pada senyum.
Bahagia tak datang pada muram.

Jom ikat bahagia kuat-kuat.
Bai marah.Jangan datang selalu.