Friday, October 8, 2010

sempurnakan iman ku.

Saya katakan 'Jangan lembik' kepadanya bukan kerana saya meragui kekuatannya.Bukan kerana dia seorang yang lemah.Bukan kerana saya sudah hilang keyakinan di atas jiwanya.

Cuma saya berharap moga dengan perkataan itu,ia akan turut sama meresap ke dalam jiwa saya.Orang muda itu harus semangat.Orang muda itu harus kental.Orang muda itu adalah tembok-tembok agama.Orang muda itu adalah cerminan kebangkitan generasi.

Sebab itu orang muda tak boleh menjadi lalang ditiup angin.Tak boleh jadi pungguk yang menunggu sang bulan.Tak boleh jadi bunga layu kerana tak dibaja.Tak boleh jadi beruang kutub berpeluk tubuh waktu musim sejuk.

Orang muda harus semangat senantiasa.Kita hidup bukan untuk dunia,kita hidup untuk akhirat.Akhirat itu selama-lamanya.Akhirat itu sampai bila-bila.Akhirat itu dunia yang kekal.Sebab itu semangat di dunia tak boleh pudar dan padam.Ia akan jadi satu pembaziran.Pembaziran yang amat.Kita tak mahu jadi termangu bila Allah membuka kitab amalan kita.

"Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga" (55:46)

Kita tak mahu lemah kan orang muda?
Kita mahu kuat,iya kan?
Mohonlah pada Allah.
Pemberi segala kekuatan.
Semoga dengan itu,
kita akan bahagia selama-lamanya.
Bahagia yang tak akan mati.


post bukan untuk syairah hassim.

Semalam saya berjalan ke kelas dengan perasaan girangnya.Sampai boleh tersenyum sendiri memandang langit(kalau nampak saya tersenyum sendiri lagi,abaikan je).Saya terasa bahagia itu lekat di dalam.Indahnya perasaan bunga-bunga ini.Terasa segala kekosongan itu terisi.Terasa segala kebergantungan hidup itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya.Lapang.Tak perlu khuatir lagi.

Tapi tidak hari ini.Ada yang menegur wajah nampak tak bermaya,kusam (bukan masam),kusut.Saya tak nampak tapi mungkin ada benarnya.Tak tahu di mana puncanya berlaku perubahan wajah itu.Mungkin hati terus menghantar impuls ke muka tanpa isyarat pada si raja otak.Ambuih hati,langgar protokol nampak.Nak kena sanction dengan Austine?(ok benti lah merapu).

Bukan saya tak gembira,bukan tak bahagia.Bukan tak nikmat hidup sebagai hamba Dia.Mungkin demam exam sudah di kepala.Mungkin lenguh project paper tak nak ditanggung lagi.

Tapi siapa kita nak menafikan semuanya.Kita kan manusia.Kita kan sedang beribadah.Kita kan 'bekerja' untuk Dia.Kita kan sedang memanifestasi cinta pada Pemilik cinta Agung.

Lalu,haruslah kita menjadi tentera Dia yang kuat.Macam Muhammad al-Fateh.Macam Zubair bin Awwam.Jangan mengeluh,jangan lemah gemalai Anis.Bangun tegap satu,dua,tiga!

Formula untuk mengurangkan keletihan adalah dengan mengacau si kawan.



Si dia sangat dedikasi.Menggangu dia waktu dia sedang tekun menelaah/menaip essay project paper adalah sangat bahaya bagi anda yang di bawah umur.Bak kata TV,"Dont try this at home."

Tapi jangan takut lah,kalau pun muka nampak ketat,tapi hati suci mulus.Saya pun tak boleh lawan,oh!Boleh ulang tayang lagi?I love you Syairah (tolong jangan baca post ni Syairah).

HAHA.

ps:gembira sebab dah jumpa Plan A & Plan B untuk masa depan.terima kasih Allah Maha Penyayang :)

Tuesday, October 5, 2010

Sebab saya bukan biskut lemau.

Sejuk,tenang,damai,aman.

Benarlah,Allah itu sebaik-baik Pengatur.Dia letakkan kita dalam setiap keadaan.Kita merasa setiap perasaan.Kita merasa sakit,pedih,terubat,lega dan tenang.Sangat tenang bila kita telah melepasi setiap mehnah yang diaturNya.Sangat manis bila kita mula mengenang betapa kita tak mampu untuk melaluinya di awal perjalanan.Terlalu banyak liku dan duri.Kita rasa lemah,lembik,lemau dan tak berdaya.

Tapi.

Bila kita sudah di suatu tahap,bila kita mula menarik nafas lega,kita akan rasa,betapa Allah itu tak pernah jauh.Tak pernah sedetik pun Dia lupakan kita.Tak pernah.Kita mula rasa,betapa bahagianya berdamping dengan cinta Allah.Tenang lagi menenangkan.Tak sesak,tak kusut lagi.

Bila kita mula membina hubungan cinta luar biasa dengan Allah.Bila kita semakin yakin dengan janjiNya.Bila kita mula rindu untuk menatap wajahNya di hari kebangkitan kelak.

Kita akan rasa ketenangan itu.Kita akan rasa,insyaAllah.

Saat itu,kita seakan jadi mabuk dengan cintaNya.Jangan lupa,teruslah berdoa,agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Semoga dengan itu,damai tak akan jauh lagi ;)

Sebab saya dilahirkan sebagai manusia dan bukan diproses di kilang biskut.Sebab itu,saya tak boleh jadi lemau.Terima kasih Allah kerana memilih hamba kerdil ini untuk melaluinya.Akan ku serah segala urusan hidupku padaMu.Kerana aku yakin,hanya Kau lah sebaik-baik Pengatur.

Tetap saja kerana tanpa Allah,siapalah kita.Tanpa Allah dalam hati,gelaplah dunia,kelamlah jiwa.

ps: terima kasih Ustaz Asyraf.

Monday, October 4, 2010

PMR woo PMR!

Esok PMR.Dush dush!



tu dia makan tak hengat.

Semalam & hari ni,sibuk-sibuk la si kakak mengacau adiknya bertanya,dah makan?dah baca buku?dah baca Quran?Habis penyayang lah konon.Itulah saja kawan gaduh saya.Takkan nak gaduh dengan Anyah & Abang.Sah kena pelengkung nanti.Itu jugaklah tempat nak bergedik segala.Sampai rimas si adik dengan si kakak.Haha.Nasib badanla Aiman.Yang pasti,si kakak masak sedap macam mana pun,dia tak pernah puji.Ok fine.Burger kamu je la yang best dalam dunia ni kan.

Dulu si kakak sangat berharap punya adik perempuan.Nak kawan masak-masak katanya.Masak pasir dalam tong cat.Petik bunga kertas,campur sekali.Cantik.Tapi sebenarnya,ada adik lelaki pun syok apa.Boleh tumpang rempit nak pergi kedai.Dan paling penting,walaupun si kakak bukan anak bongsu,si kakak jua lah yang paling baik punya dengan Mak.Berangan,berangan.Aiman,kamu kan macho,tok sah nak ngada.




bila kau nak tinggi kakak Aiman?

Ok lah Aiman,kakak kamu ni jarang sangat tulis benda ilmiah kan.Asyik emo tak sudah.Haha.

Selamat berjaya adikku sayang
(harap-harap kamu tak tengok blog ni-malu,malu)
Semoga kejayaan mengiringi kamu.Cuti nanti kita gaduh lagi okay.
I miss you Keman (nah,gedebuk jatuh saham.Haha)

Sunday, October 3, 2010

apa khabar kawan.

Life goes well.

Kalau tak seperti biasa pun,tak semestinya hidup tak lancar kan.
Kalau terkurang sesuatu pun,masih lagi kita diberi nafas kan.
Kalau perlu bersabar pun,tak berkurang pun nikmat hidup yang masih ada.
Kalau terasa hilang kawan to kawan & gaduh-yes-kau-kalah session pun,
Naruto ada di screen lagi.

YEAH NARUTO!
Setelah hampir 3 minggu memendam rasa,
saya datang membawa senyuman paling manis.
Untuk kamu.
Sila sayang Anis.
Sebab Anis sayang kamu.




kambing ni pun Anis sayang walaupun jarang mengusap dia.
sekarang dia sudah boroi.

Jodoh itu rahsia,biarlah rahsia kekal menjadi kejutan.
& yeah,how are you friend?