Saturday, January 24, 2009

saya..cemburu kamu!

Pagi ini sangat indah,

Dedaun tingkap ku sela dan aku buka seluasnya,

Supaya aku dapat melihat keindahan pagi ini sepuasnya,

Aku suka merasa kedinginan kabus di pagi hari,

Aku suka melihat kawanan burung berterbangan dengan riangnya,

Aku asyik memandang pepohon meliuk-lentuk mengikut gerak tari sang angin,

subhanaAllah…

tapi..aku sedih mendengar derap kaki cik suria berlalu pergi,

meninggalkan bumi shah alam dan menyapa ceria gerbang kota bharu,

dan aku,masih di sini?bertapa di bumi shah alam walau seminit aku rasakan terlalu lama.

Aku mahu pulang juga!mengapa 9.45pm,24 januari 2009 terlalu lambat tiba?

..[aku rindu beliau]..

"mak..nak balik.."

"yela,esok balikla"

"nak balik cepat.."

"dah tu,takkan nak mak ambik kat sana pulak?sabarla,sehari je lagi."

"sehari pun sangat bermakna mak.waa~"

[perbualan telefon sekitar 6.45 pm,23 januari 2009 di kolej kenanga,uitm shah alam]

aku sangat ingin pulang.jeles melihat mereka pulang awal.

p/s::cookie,selamat hari lahir yang ke22.kalau tak bersedia lagi,you better keep on this way(anda saja paham ;) )

Thursday, January 22, 2009

4 hari sudah

4 hari sudah,

Sejak mereka membuat keputusan itu,

4 hari sudah,

Aku tertanya-tanya apa yang terjadi,

4 hari sudah,

Aku mula rindu pada setiap pertemuan.

Kalian, walau apa yang terjadi, diri ini sangat sayang pada kalian.

Moga, apa yang kalian putuskan tempoh hari adalah yang terbaik untuk kalian.

Meski, hati ini terasa sayu dengan apa yang berlaku.

Seakan, baru semalam kita bergurau-senda bersama.

Anda..tolong jangan bersangka buruk dengan mereka,

Aku tahu mereka sudah mencuba yang terbaik,

Walau apa yang anda fikirkan,aku tetap dengan kalimah itu,

Aku sayang kalian!


..[doctor heli,engine starto!]..

..[currently watch the series of code blue and i fall in love again with japanese drama!]..