Wednesday, April 6, 2011

when a hero doesn't come to me.

Aamir Khan dalam 3 Idiots pernah guna frasa "all izz well" supaya si kawan bertenang.mama angkat Tarzan dalam karton Disney pun menyanyi lagu "I'll be here dont you cry cause you'll be in my heart no matter what they say".sweet.(korang bila nak nyanyi kat kita?)

tapi macam mana nak bertenang bila rasa macam kena timpa-timpa?

kadang-kadang,kita cuba untuk membantu sedayanya.berharap semua berjalan lancar & gembira.berharap bahawa;

"Barangsiapa yang meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia,maka Allah akan meringankan kesulitannya di akhirat...dan Allah senantiasa akan menjadi penolong bagi seorang hamba selama hamba itu berupaya menolong saudaranya" (riwayat Muslim)

tapi kita siapa nak menentukan kesudahan semuanya kan?kita hanya hamba Tuhan.macam kata bidalan,"kita hanya merancang".

chill si pendek.ini kan ujian ukhwah.ujian kesetiaan atas dasar iman.recheck refresh & topup la mana-mana yang compang camping nun.memang kita rasa macam useless bila kawan baik kena hentam dengan orang lain,bila kawan baik yang lain pula tak dapat menunaikan impian hati.rasa macam kena timpa-timpa.serba tak kena.macam segala kegembiraan direntap begitu sahaja.macam drama pelamin impianku musnah (todia).

waktu tu,pesan Aamir Khan & mama Tarzan pun macam kat awang-awang je.sayu sebak.

tak apa si pendek.sekarang semua dah berlalu.ustaz Asri pernah cakap,waktu kita diuji memang kita rasa tak berdaya.rasa macam nak mengadu setinggi gunung pada Tuhan betapa tak berdayanya kita.tapi bila semua dah berlalu,lihatlah keadaan kita sekarang.kita sudah mampu tersenyum kan?kan Allah sudah berfirman,diuji hambaNya dengan ujian yang mampu ditanggung mereka.setuju sangat.like.

(naaaaa,cerita macam ujian kena pergi perang gaduh-gaduh sampai luka sana sini je)

i'm just fine.walaupun macam sebak sayu mulanya,i'm just fine.walaupun mulanya membentak-bentak dengan keadaan & situasi yang menimpa-nimpa.ingat si pendek,Allah baru menarik sedikit nikmat kegembiraan yang kau idamkan,adakah hilang sudah redhamu pada Tuhan?ingat tak doa Thalhah waktu lukanya menyembur sampai menggigit bibir di Perang Uhud?

"Ya Allah,ambillah darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha"

nahhh,kita baru direntap sedikit kegembiraan.tak malukah kalau sudah mula berpaling redha dari hati?tengok sirah.Thalhah sampai redha darahnya menyembur keluar.lagi sakit,lagi pedih.tapi dia maintain redha.kau si pendek?goyah sudah?

okay kena topup sabar,redha & syukur.bukan senang kan nak masuk syurga?bersakit-sakitlah dahulu.kalaupun redha hati tu menuntut keringat & air mata.

walaupun superman tak datang mendendang lagu Tommy Page,hati kena kuat beb!wassup.

ada point ke entry ni?wah kau mumble sorang-sorang tak tentu hala lagi okay malu-off.

Sunday, April 3, 2011

terhempap tersentap.

"I want nobody nobody but you"

gitu.ala-ala wonder girl.sebenarnya saya sedikit penat menduduki program menghabiskan sekolah.sepanjang masa rehat adalah masa untuk bersuka ria yakni mempraktis adegan-adegan luar kawalan medulla oblongata.

kami bersuka ria sepanjang dari mula makan nasi,habis makan,pergi surau,keluar surau sampai nak berpisah di tangga sebab kelas lain-lain.dengan sengajanya,saya pun pergi keluar tangan buat gaya ala-ala amma (India) nak cakap anak dia cantik (korang tau kan gaya macam mana haha) kat Syairah.suka sangat.sampai nak nyanyi "chinna papa peria pappa".

nah teka siapa lalu & nampak?

fuh nasib baik bukan Sir ehem.

haa.ambik kau Madam Atifah lalu.
siap gelakkan lagi.okay malu & terus cabut.

Syairah?macam biasalah dia.gelakkan sekali.

hukum karma agaknya sebab panggil Syairah k*****s dari Russia transfer kat China & menyebarkan jajahan kat Tanah Melayu (macam dokumentari).

"muka baik ni perangai macam ni jugak?"
Mam pun sengih-sengih.

lagi laju cabut lari.rasa macam kena hempap WTO.

kau selalu menjatuhkan bursa saham sendiri kan?
siapa nak bid kau kalau macam ni?
aiyo appa amma.

banyak cerita modul.tak larat nak summary so baik tidur dari membebel tak tentu hala.kesimpulannya bukan cakap siang pandang-pandang dah sekarang.kesimpulannya dah jadi melagha siang usha-usha dulu.wah urban superb proverb!

okay dah habis cerita.nak doa dapat suami sayang family.berkat cerita Sir ehem.jom la doakan sekali.ok see you!