Friday, May 1, 2009

hawa,zaiton sameon,renungan terakhir,sorry beb :D



"sebelumnya kau pergi,
renunglah ku di sini,
kerna mungkin terjadi kita takkan bersua lagi,
untuk itu maafkan ku,
kiranya mengganggu ketenangan dalam hidupmu,
yang tak perlu kehadiranku"

tu dia karya Hawa Darlida setelah menelaah "Cinta Kau dan Aku".sentimental dan telah menyebabkan aku dijangkiti virus yang sama.kalau warga US dan Mexico dan Eropah bergelut dengan virus H1N1,aku dah berjangkit virus Hawa pula.haiyo!tidak,tidak,no more.sekarang adalah masa untuk 'berkarat' dengan MLS,garnishee order,Shaaban,etc,etc...

tengok playlist Hawa dalam hp pinky beliau,lagu Zaiton Sameon pun ada beb!pergh :D

p/s:nasib badanlah Hawa dapat 'pengkerobek' harta benda seperti ini.hee~

Sunday, April 26, 2009

tanya pada diri

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

kita petah saja mengakui "aku ahli Sunnah wal Jamaah".aku berpegang hanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.tapi,sejauh mana kebenaran hakikat itu?sekadar omongan atau fakta yang benar.cantik analogi yang dibuat Al-Fadhil Ustaz Fathul siang tadi dalam Majlis Wala' dan Ilmu.cuba kita lihat,manusia yang takutkan hantu,mereka pantas mendapatkan Al-Quran,bukan untuk dibaca tapi sekadar dipegang,sebagai pelindung,mungkin.kepercayaan mereka,Al-Quran dapat menjauhi diri daripada makhluk halus,lantas ia mempengaruhi tindak-tanduk mereka.

bagaimana mahu mengaplikasikan yang itu dalam situasi umat zaman ini?ya,kebanyakan kita merasa bangga menjadi umat Muhamad s.a.w.tapi hakikatnya,sejauh manakah kita cuba mangkaji segala ilmu yang kita amalkan?ada kita punya dalil yang sahih?hadis yang matannya tidak diragui?tajuk kuliah hari ini "Mulanya Asing",memang pada mulanya kedengaran asing bagi aku.apa yang mereka cuba sampaikan?2 jam setengah di dalam dewan dengan hidangan high-tea bersama golongan mewahan(hanya beberapa kerat saja students yang aku lihat),ditambah pula dengan kami yang pergi tanpa dikenakan bayaran,membuatkan aku berasa ini benar-benar 1 nikmat!terima kasih di atas sponsor.back to the main point aku.

lihat cuma dari 1 faktor saja kali ini.solat kita,kamu yakin solat kamu itulah yang sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w?sebagaimana yang dipraktikkan para sahabat?aku bukanlah golongan bijak pandai mahupun ulama,tidak juga kakak usrah yang petah berbicara tentang soal ini.tapi,aku cuma ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan menjadi 1 tanggungjawab untuk aku sampaikan.agar mata hati kita nampak,melihat dari sudut yang positif.segala teguran,nasihat kalian amat aku alukan.kata Ustaz,"Kita mungkin mampu mengubah solat seseorang(berpandukan apa yang diajar Rasulullah s.a.w),tapi sukar untuk kita mengubah kepercayaan seseorang".

ya,kepercayaan berlandaskan AQ dan Sunnah.aku dulu pun tak tahu apa dalil yang patut kita pegang dalam melakukan tiap pergerakan dalam solat.hinggalah tahun lepas,hinggalah ukhti-ukhti itu membuka mata aku melihat,setiap amal kita perlu ada dalilnya.apa guna amal tanpa ilmu.iya kan?lantas,kawan-kawan,marilah belajar bersolat dengan sifat solat Rasulullah s.a.w.bukanlah sesuatu yang asing lagi kiranya tanpa doa qunut di waktu subuh,dan bukan lagi sesuatu yang asing untuk menggerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.belajar kawanku,belajar.aku jua di dalam usaha itu.tanya pada diri,jangan berlengah lagi!