Saturday, September 4, 2010

Penyambut tetamu 7 ketul.

Saya selamat sampai di rumah jam 4 petang semalam.Turun bus stop,diambil oleh adik handsome,Aiman (phew).Girang-girang.Iftar bersama seluruh keluarga kecil kami.Puas menatap Adam bolat,dahi luas,rambut halus.

Sehari sebelum 3 Sept,saya telah menghabiskan masa sebelum balik kampung bersama adik-adiks.Muchas gracias sebab membuatkan Kakak Anis berasa seperti punya adik kandung seperti kamu semua.Untuk Intan,Atul,Hafsah,Mira & Qatrin.(ps:Mira,halalkan lah hutang cepuk kita tu.Haha.Tak tahu kenapa nervous tiap kali Mira cakap "K.Anis,hutang tak setel lagi").Saksi kejadian,tolong jadi benteng tempat menyorok kita.

Oh,rumahku syurgaku!Cuba teka apa terjadi sesampainya saya di rumah?(Jeng,jeng,jeng!)

Bukan jatuh longkang,bukan jatuh motor,bukan dingurat jiran sebelah.Bukan,bukan.

Dalam kotak anak kucing saya dah ada 7 ketul makhluk berbulu yang mengiau-ngiau nak keluar kotak!Whoa!

Kaget.Sudikah kamu semua berkongsi kasih ku ini?(dengan kucing pun layan,cepuk sebijik)

Ini menjadikan total mereka dicampur dengan generasi kucing veteran,pertengahan dan muda,semuanya 14 ekor.Pengsan Mak nak bagi makan.Makanya,tidak bolehlah keluar rumah berhari-hari meninggalkan mereka.Kelak nanti,ada yang kebuluran.

Hari ini,insyaAllah akan pulang ke kampung di Johor.Atas permintaan Ayah.Tapi mungkin tak lama.Esok atau lusa,pulanglah saya.Jadi,jangan rindu.Haha.

1 gambar drama sejam sebelum saya pulang Perak.Semua pakat sedih nak balik macam tak jumpa dah habis cuti nanti.Drama betul :p



Gambar diambil dari blog Cookie Suria.Arigato!
Haruslah saya yang kemetod walau hakikatnya,saya tinggi dari Syairah.

Cintailah Ramadhan sehabis cinta,dakaplah ia sekuatnya,
ia sudah hampir ke nafas terakhirnya.
Jangan dikesali nanti.

Wednesday, September 1, 2010

Orang bahagia.

Jika kamu stalk saya di FB(bajet femes),pasti kamu tahu saya merayap ke mana semalam kan.Minta maaflah dompet,selalu saja saya buka mengorek-ngorek keringat kamu waktu bulan Ramadhan ini.Waktu ini la saya sibuk ke sana,ke mari kan.Mujur saya punya sahabat-sahabat yang banyak bermurah hati untuk belanja tambang teksi & duit minyak bagai.Semua orang sibuk berebut kejar pahala kan?Oh,jom sibuk-sibuk sekali!

Kak Nadrah/Kak Long,no word can describe how lovely you are.Bertuah Syairah dan your future husband.




Kak Long makin berseri dari gambar ini sekarang.

Kawan-kawan,hari ini dah 22 Ramadhan.24 Ramadhan kita akan bergerak pulang ke kampung.Semoga Allah lindungi perjalanan kita semua.Saya sudah mula berkira-kira mahu packing barang.Tapi nanti Hafsah gelak pula.Jadi,bersabarlah tengok beg.




Beg ini akan turun esok,yosh!

Mak,kuih raya kita apa khabar?Oh,alamak.Saya harus off sekarang.Nanti Adik Atul tunggu lama.Nah,satu lagi gambar untuk semua.Selamat berbuka puasa & selamat mengejar keampunan Allah.Sayang kalian! ;)




Ada ayat saya tak pasti sumbernya.
Katanya,jika kita tinggalkan sesuatu yang Allah tak suka,
demi redhaNya,
insyaAllah Allah akan bukakan jalan untuk kita,
dengan jalan yang halal.
Jadi?


Tuesday, August 31, 2010

merah-pink-yellow.



Petir lagi petang ini.
Hujan lebat kan turun.
Bumi kering kan basah.
Rumput layu kan temu kesuburannya.
Burung pulang ke sarang.
Manusia mula mencari teduh.
Anak kecil meraup muka.

Masa itu tak pernah henti.
Perubahan cuaca,perubahan masa.
Semuanya akan membuatmu merasa,
masanya kan tiba.
Masa untuk kamu melepas segala resah.
Untuk meluah segala perit dan sakit.
Untuk kamu hujani bahunya dengan rahsiamu.
Yang tiada siapa-siapa tahu.
Biarkan ia basah.
Berlindung dan dilindung.
Dan bertahan lah.

Tenanglah hati,damailah jiwa.

Monday, August 30, 2010

Bebas.

Lemparkan saja aku dengan gelaran apapun,
Fikirkan aku dengan fikiran apapun,
Katalah dengan perkataan apapun,
Bukan dulu sudah aku katakan,
Aku hanya minta difahami.
Walau apa jua tindak-tanduk aku,
Aku hanya minta difahami.
Kerana aku masih separa proses.
Masih belum siap.

Bulan terang,tasik cerah,malam riang,rumput tangis.

Cinta itu sama dengan satu.

Ilya dan pohon rambutannya. Sudah lama dia bersimbiosis dengan pohon itu.Pohon rambutan, hanyalah sebatang pohon, yang membantu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Berkata tidak, mengerti mungkin. Walau apa jua musim yang ditempuh sebatang pohon nan rendang itu, Ilya tetap ke situ. Itulah jiwa, itulah hati, itulah pengarangnya. Di situ, Ilya membaitkan kata-kata indah untuk dia terus berimaginasi tentang kebahagiaan. Sebatang pen dan sebuah diari, itulah teman Ilya di pangkinan pohon rambutan. Mereka seakan suatu kumpulan jiwa yang berbicara melalui hati. Bicaranya halus, bisiknya menyulam indah. Sungguh, alam yang tenang itu turut meresap jauh di dalam jiwa kecil Ilya.


Ilya,gadis kecil yang bercita tinggi. Dia mahu jadi pendidik generasi hadapan. Ilya cintakan perasaan cinta. Baginya, cinta itu pohonan sakura yang lebat, bajanya kepercayaan. Gugurnya sakura bukan ditangisi, ia disambut dengan tangan-tangan girang yang menyambut indahnya suasana. Itu cinta, yang ada percaya, yang ada jiwa yang mengasihi. Sentuhannya tidak berbalas, hanya naluri yang mengalir. Indah bukan cinta?


Ilya ke pohon rambutannya lagi pagi ini.Ditatap seolah hari ini hari perpisahan mereka. Melepas segala resah jiwanya. Keperitan hatinya cuba diluahkan. Dia masih ingat ajaran Ustazah Hasnah.


“Di dalam badan kamu yang mulus ini, ada segumpal organ, yang jika baik kamu jaga ia, yang jika hebat kamu mendidiknya, maka hebat lah hasil produknya. Itulah hati.”


“Macam mana nak jaga hati tu Ustazah? Sedangkan hati kan di dalam badan kita?”


Ustazah Hasnah tersenyum manis. Ilya memang suka bertanya. Pertanyaannya kadang kala relevan untuk dijawab sekaligus memudahkan urusan Ustazah Hasnah mendidik anak didiknya yang lain.


“Jawapan Ustazah mungkin nampak mudah untuk dilakukan, tapi bukan semua orang boleh melakukannya. Pertama sekali, kita perlu sentiasa bersangka baik. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat;


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hujuraat : 12)


Terngiang-ngiang pesan Ustazah Hasnah di cuping telinganya. Ilya teringat lemahnya dia dalam mendidik hatinya. Sangkanya Mama tidak sayangkannya. Mama tidak pedulikan usahanya. Mama lebih sayangkan kakaknya berbanding dirinya. Selalu sahaja dia merajuk dengan mama nya tiap kali dia ditegur. Buruk sungguh sangkaannya terhadap insan yang melahirkannya.

“Aku sudah cuba Manja (nama panggilannya kepada pohon rambutan). Aku sudah cuba mahu jadi terbaik di hadapan Mama. Seringkali jua lah aku malu sendiri di hadapan Mama. Kenapa Manja? Apakah Tuhan tidak mendengar doaku? Tuhan tidak menjawab doaku untuk jadi anak terbaik Mama kah Manja?”


Sepi.


“Aku sudah janji pada kau kan Manja, aku mahu jadi perempuan kuat. Aku tak mahu menangis untuk perkara kecil, tapi hatiku sakit Manja, sakit mengenangkan diriku. Apa harus aku buat Manja?”


Ilya malu. Malu dengan kelakuannya. Malu dengan tindakannya yang keanak-anakan. Tanpa sedar, mungkin saja dia sudah mengguris hati mama. Maafkan Ilya Ma. Maafkan. Perlahan Ilya menukil perkataan hatinya ke dalam diari.


“Tiap kali aku meniti jalan itu,
Pasti akan aku bayangkan di tapak tangan ini,
Ada kuntuman sakura yang mencecah,
Harumannya,warnanya,indahnya,cantiknya,lembutnya ia,
Siapa yang tidak terpana di situ.

Walau pudar warnamu sakura,
Aku yakin di sebalik lunturnya dirimu,
Ada kekuatan ghaib di sebalikmu,
Ada hijab yang belum lagi mereka terokai,
Ada merah berani yang belum dijajah.

Kerana itu sakura,
Aku percaya sakura itu tenang,
Aku menyimpulkan sakura itu mudah,
Mahukah aku menjadi setenang sakura?
Sakura berjuang untuk menandingi kuntuman mekar yang lain,
Di hadapan PenciptaNya sakura gugur,
Helaian demi helaian,
Gugurnya tak mahu digelar sebagai bunga layu.”


Ilya menutup diarinya kemudian menguis lembut pipinya.


“Maafkan Ilya Ma, Ilya akan usaha lagi untuk jadi anak solehah Mama. Ilya tak mahu jadi bunga Mama yang layu. Ilya akan usaha untuk tidak menjadi golongan orang-orang yang diaminkan Rasulullah saat Jibril mendoakan celaka untuk barang siapa yang tidak berbakti pada kedua ibu bapanya. Ilya tak mahu jadi orang yang rugi.”


Mama, nama itu hanyalah satu untuk setiap pengertian hidup. Panggilan itu hanya dituju pada seorang insan. Hilangnya dia, luluhlah jiwa. Lenyapnya dia dari pandangan, gelita lah alam. Sepinya hari tanpa suaranya, bisulah dunia. Mama hanya satu. Satu, bukan dua. Satu untuk dijaga, satu untuk dikasihi, satu untuk dicinta. Sukarkah untuk mencintai yang satu?


ps:Idea asal jalan cerita ini telah diolah gara-gara malas mahu mengcomplicatedkan cerita.Malas.Mungkin masa lain akan cuba berusaha dengan lebih gigih lagi mencari plot yang menarik.Berusaha!

Sunday, August 29, 2010

BerUbat.

Apa lagi nak dikata,saya tenang,senang,lapang,jiwang,Alhamdulillah!

USIM & UIA,tak mampu diucap dengan kata.Hingga rasanya,kalau lah ada program exchange student,nak volunteer dulu.Terawihnya lapang,kuliahnya hikmah,pelajarnya suka dipandang.Atiqah pun banyak mengisi jiwa.Makin mantap dia.Yo,yo!Oh,ziarah Ramadhan kali ini benar buat saya gembira.Walaupun saya ada test lusa.Oh,tak nak ingat!

Pak Cik Rapid,arigato belanja saya naik bas tadi.Pak cik guard UIA,terima kasih tak cek student card saya.Allah,Engkau lah yang telah melapangkan segala urusan ziarah saya kali ini & mempertemukan saya dengan insan-insan yang hebat,masyaAllah.Saya menunggu masa berputar hingga membawa saya ke satu persimpangan.Untuk saya belok atau memilih jalan lurus.Stop!

Untuk berlagak seperti tiada apa-apa,memang nampak seperti tiada apa-apa.Untuk merasa seperti tiada apa-apa,itu adalah pedih.

UIA=Universiti Ini Anugerah.