Friday, April 15, 2011

bila ayam goreng bukan lagi pemukau.

3 pagi.

nak merungut berpada-pada,
nak bersungut jangan nak mangada.


mata lebam.
tak mandi.
jalan huyung-hayang.
tidur dalam kelas.
mamai.
"haa?sir cakap apa tadi?"


yeay kita jumpa semua aktiviti itu esok.


sungguh si pendek 'terbunuh' secara lembutnya,
menghadap kerja sekolah macam pasar lambak.
drama sangat kan.

ayam goreng pun pandang sambil tutup mata.
kesian kan.

Sunday, April 10, 2011

"never say you're alone while I'm still alive"


cinta.


kadang-kadang ia aneh.

kadang-kadang semacam pelik,

tersendiri.

kenapa?


kita tak perlu masa yang lama untuk jatuh ke dalam kancahnya.

tak perlu dikorek segala rahsia latar belakang siapa dia.

tak perlu surat berbunga-bunga persis rindu mengungkap.

tak perlu sentiasa ada dia di sisi untuk membukti setia.

tak perlu menabur seguni harta untuk 'membeli' jiwanya.


ya,

tak perlu masa yang lama untuk merasa cinta.

tak perlu tahu siapa dia untuk benar-benar merasa yakin.

tak perlu merasa sendiri kalaupun tak berdamping.

mengapa?


kerana saat kita mula mengenal manisnya nikmat iman.

manisnya apa yang sang rasul ungkapkan,

berukhwah kerana Allah,

kerana iman,

kerana tiap jiwa yang beriman itu akan merasa sakit,

pabila saudara seimannya disakiti.

kita mula merasa mahu mengejar cinta.

sehebat cinta sang rasul pada Abu Bakar,

sehebat cinta Umar pada sang rasul,

sehebat cinta Ali kepada Utsman,

dan sehebat cinta Thalhah kepada Ali,

mengambil jalan damai di saat sengketa,

walau natijahnya adalah mati.


kita tak perlu masa yang lama untuk jatuh cinta padanya.

tak perlu mengorek segala latar belakang siapa dia.

kerana saat bersua dan saat dia memeluk,

untuk pertama kali setelah sekian lama,

kita sudah merasa getar hati dan cintanya,

kita sudah nampak bibit-bibit setia pada sinar matanya.

bahawa dia akan bersama kita susah & senang.

bahawa dia ingin bersama sampai syurga.

bahawa cinta dia bukan sekadar ungkapan "cinta".


dan tersendirinya cinta yang dia taburkan,

membuat kita merasa ingin menebar cintanya,

hinggap ke jiwa-jiwa di luar sana,

agar mereka merasa sama manisnya.

dan untuk mengkhabarkan pada mereka,

ukhwah ini lazat dan ranum.


tapi aku jadi sebak.

saat Tuhan menghantarnya ke sisiku di gelap malam,

betapa aku merasa tidak pantas untuk menghirup cinta dia sepantas ini.

betapa aku ini terlalu kecil untuk dipeluk erat.

betapa aku haru menerima bekal dimasak tangan mulusnya.

betapa aku syahdu mengenang perjalanannya di malam gelap.

tak menghirau penatnya,

tak menghirau rintiknya hujan,

berjalan langkah langkah,

semata-mata kerana cinta.


walaupun aku percaya itulah kekuatan cinta berpaksi iman.

walaupun aku percaya ukhwah fillah tak kenal lelah.

walaupun aku percaya ini benar cinta sinergi.

walaupun aku percaya dengan sabda Nabi;

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya

apa yang ia cintai untuk dirinya" (Riwayat Bukhari & Muslim)

tetap saja aku sebak.


Tuhan menghantarnya di saat aku perlu,

di saat aku kelu dengan segala di sekeliling,

di saat aku lesu menghadap mehnah tribulasi.

"dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah

dan janganlah kamu berpisah-pisah" (3:103)


terima kasih Tuhan yang memegang hati.

terima kasih cinta hati.

terima kasih hati.