Friday, August 27, 2010

3 hari,heaven!

Cuti,perkataan kesukaan sejak kecil.

Hooyeah!

Apa program?Okay,saya akan berangkat ke Nilai insyaAllah dalam masa beberapa jam lagi.Siap nak berkampung lagi di sana.Apa mahu buat,saya rindu teman sekolah.Saya rindu segalanya tentang mereka.Maaf test International Law,esok saja kita mula menelaah ya? (hey,cukup pandai dah ke?).Buku tak boleh ikut na,nanti nakal kat sana panggil kita suruh baca.Tak mahu,tak mahu!

Next week cuti raya.Dengan yakinnya tak beli tiket lagi.Oh yakin.Mentang-mentang Ipoh je.Adoi,saya excited!Jumpa lagi peeps! :D

Bina peta.



Pilih,pilih.Kiri atau kanan.

Simpang jalan yang perlu kita masuk kadang kala boleh buat kita kalut.
Bila mana kita tidak tahu peta destinasi tujuan.
Kita jadi kalut di saat perlu membuat pilihan.
Simpang A atau B?
Jalan terus atau belok?
Atau lebih buruk,kita mengalah dan berpatah balik.
Buntu,kerana benar kita tidak tahu peta jalan tersebut.
Mahu guna GPS,tapi jika jalan under construction?
Petanya sudah tidak sama bukan?

Itulah realiti.
Jika hidup tanpa matlamat.
Kita akan kalut membuat keputusan.
Kekalutan yang sebenarnya membunuh matlamat sebenar hidup.
Kita menjangka bantuan tiba dapat menyelesaikan kebuntuan.
Kita menjangka wasilah itu akan menyelamatkan kita selamanya.
Kita merasa 'GPS' mampu menyelamatkan kita dari tersasar.
Lalu mahu bergantung sepenuh jiwa pada bantuan.
Tapi,lihat diri kita.Lihat 'pemandu kereta' jiwa.
Mampukah selamanya bergantung pada bantuan,pada pimpinan,
sedangkan kita tidak mampu memimpin diri.
Tenggelam dan hanyut,tertipu dengan bayangan nikmat sementara.
Sudah cukup bersediakah dan matang membuat keputusan?
Sudah penuh ilmu di dada untuk membentuk diri dan ummah?
Sudah sempurna 'peta' panduan hidup kita?
Sudah yakin kita mampu melahirkan ummat Muhammad yang soleh?
Abdurrahman dan Abdullah.

Lalu Anis,bangkit dari angan-angan tolong.
Sesungguhnya,banyak jiwa-jiwa muda darimu yang lebih teratur 'peta kehidupannya'.
Jelas matlamat,teguh jiwanya.
Mahu persoal lagi,apa kau mahu dari hidupmu?
Cinta,syurga,nikmat,redha.

ps:Teringat insiden kami bila seorang ukhti selalu tersalah belok simpang,ilham tu :D

Wednesday, August 25, 2010

Tudung awak,maruah saya juga :)

Pernah tengok budak umur 4 tahun pakai tudung?Dia pakai tudung,setengah jam kemudian tengok tudung tu dah jadi barang mainan.Dia peraga gaya ini,gaya itu.Lebih buruk lagi kalau tudung tu terbang ke kepala adik lelakinya.Lepas tu bila kita ambil gambar,dia teruja dulu.Oh haruslah saya ada pengalaman menyaksikan sendiri aksi-aksi sebegitu.Saya kan punya model cilik.Haha.

Sebenarnya saya pun pernah peragakan adik lelaki saya dengan skirt lama saya lengkap dengan tudung.Haha.Kasihan Aiman.Moga dia tak ingat langsung insiden itu.Eh?Macam kuah dah tumpah ke nasi pula kan.Tapi,bukan kuah kari dari periuk asal,ini kuah tumpah dari periuk sebelah.Sebab yang mewarisi perangai itu adalah anak saudara kepada empunya badan.(cantiknya analogi kau)

Yeah,hari ni kita cerita tudung.Saya separa jiwa shopping tudung.Kalau dulu,saya mesti cari tudung yang banyak bunga atau warna-warni.Nak jadi objek bergerak katakan.Biar orang tengok,cantiknya bunga kat kepala awak.(sebab tak boleh selit bunga kat telinga macam orang dulu-dulu,dapat tudung bunga pun jadi).Tapi,itu motif saya pakai tudung ke?Untuk jadi peragawati bunga bergerak?Tabarruj?Apa tu?

Dulu juga,waktu zamam kecik-kecik,darjah 1 katakan,baru mula pakai tudung waktu pergi sekolah agama.Sebelum menyarung anak tudung di kepala,saya pun menyikat ramose dengan sekata ala-ala heroin Korea.Habis dahi sejemput ditutup rambut.Habis tak nampak dahi luas.Lalu,tudung pun disarung.Dengan gembiranya mula berkayuh basikal ke sekolah.Kelas mula je,Ustazah pun cakap,kita ni perempuan kena tutup aurat,dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan,rambut pun tak boleh nampak.

Dengan pantasnya sepantas Superman menyelamatkan Louis Lane,si kecil itu menyembunyikan segala yang ada di dahi ke dalam anak tudung.Oh,malu seribu!Rupanya saya tak menutup aurat dengan sempurna.Lalu,bagaimana Islam itu mengajar kita sebagai perempuan untuk menutup aurat secara sempurna?

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".(Surah An.Nuur:31)

Ya,dengan menutup seluruh tubuh kita dengan pakaian yang longgar & tidak jarang,dengan bersarung kaki,dengan tudung menutup dada.Biarlah tudungnya benar-benar menutup badan kita dari menampakkan bentuk-bentuk yang tidak sepatutnya.Islam tu tak susah,Islam tu tak complicated,bah kan Islam itu memelihara kita dari pandangan mata-mata kotor,memelihara kita dari fitnah.Islam itu menjaga & melindungi.Bukankah itu yang kebanyakan wanita mahukan?Untuk dijaga dan dilindungi.Nah,Islam dah beri pun nikmatnya ;)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Al.Ahzab:59)

Nak tak kita sama-sama kikis karat jahiliyah kita ni dengan minyak gris taqwa?Jom,beli taqwa di kedai Ramdhan ni dengan melabur secara menuntut ilmu dan praktis amal.Jom!16 Ramadhan sudah.Di takuk lama lagi Anis?Oh,come on!

Tuesday, August 24, 2010

Feminist,ya!


[pictures by Hinalove6]

Ada masanya,kita sendiri tidak tahu apa mahunya si hati,
ada ketikanya,kita tidak mengerti akan diri,
ada waktunya,kita merasa pelik dengan tindakan kita.
Bila ditanya kenapa,mengapa,kita diam.

Perempuan,tetap dia sesuatu yang sukar dirungkai.
Tiada rumus atau formula.
Tiada perlembagaan mampu mendefinisi hati nya.

Dia boleh menangis dalam keadaan dia marah,
boleh juga mengalir air mata saat dia gembira.
Boleh dia berkata tanpa henti dalam keadaan gelisah,
lalu dia mengucapkan sesuatu
yang membuatnya ketawa sendiri.
Unik.

Dia lah pendengar,dia lah pengkritik.
Dia juga yang menenangkan.
Selimut kedinginan malam.
Dia juga yang meletakkan bahunya
untuk menggalas segala kegusaranmu.
Biar dia lelah,
asal puas matanya menatap senyum bahagia insan di sisi.
Biar berkerut urat jemarinya,
asal penuh perut si kecil diisi.
Dia yang luarnya tegar,
agar tiada yang cuba-cuba mengeksploitasi.
Seri pagi yang hanya mekar di waktu pagi.
Berkembang untuk yang selayaknya.
Dia ubat tanpa doktor,jarum dan jururawat.

Bukan harta menggunung harapannya,
Bukan pakaian mahal pintanya,
Bukan istana kaca idamannya.
Cukuplah dengan satu jiwa yang memahami.
Itu hantarannya.

Marahnya sementara,sejuknya berpanjangan.

Indahnya ciptaan Al-Khaliq.
Hatinya halus.
Jiwanya lembut.
Sekali kau sentuh,hujung nafas penghujungnya.
Jangan kau sakiti dia.
Kerana dia benteng ku,kerana dia kekuatanku.
Dia jiwa & nyawaku.
Dia nafas & nadiku.
Dia naluri aku.

Bergembiralah perempuan,kerana Rasul cintakanmu.

Sunday, August 22, 2010

Terima kasih Bulat.



[ini bukan menu iftar]

Orang tak kata bulat tu cantik,tapi comel.
Orang tak kata kuih pau tu cantik,tapi comel.
Orang tak kata Doremon tu cantik,tapi comel.

Dulu saya pelik,apa yang menarik pada chubby?
Dan sekarang saya faham kenapa orang suka tengok muka orang chubby.

Sebab saya sedang rasa perasaan itu (^_^)

Positif okay,saya suka tengok muka adik Syairah.Bulat-bulat.
*Bulat kecil,bulat kecil,bulat lah besar*

Semalam saya berangan,bukan berangan nikah.
Kalau lah saya ada adik perempuan.
Pasti saya BULI!
PASTI :D

Jubah putih satu please?
25!