Monday, December 27, 2010

ubat pelali.

harus delete previous post.dunia sakan.okay tak boleh cakap sia-sia banyak.kurang saham akhirat nanti woot tak rela.its 230 am already.mata masih bulat tak mahu sepet walau seinchi.penangan berjaga semalam mengubah sleep hours si pendek.kalah doktor on call wah.pejam dua tiga kali pun masih kebil-kebil.

kawan baik buat panggilan rindu tadi.ingatkan dia bawa berita gembira.rupanya hanya mengirim rindu.syairah oh syairah.haha.ada satu ayat dia buat saya senyum kambing mandi hari-hari hingga kini;

"Mak Anis cakap haritu Anis ni balik bukan rehat,duk buat kerja kain ni je"
(bukan ayat bangga diri-sungguh saya bukan rajin ya kamu percaya baguih)

mula-mula dengar memang macam nak gelak besar sebab Mak patut lebih tahu anak perempuan sorang ni kalau dapat tidur kerja tu later la.boleh buat alas tidur lagi kain-kain semua ya mari beratur kain jadi karpet haku.siap ada aroma free kari,ayam masak merah kenduri etc.tapi lama-lama dengar,rasa macam nak nangis pulak (weh emo dia datang dah tuuu diaaa).

yep,kalau di imagine,saya hanya tolong 1/10 of mom's work.paling rajin pun lipat kain 1 bukit.yang lain,tidur makan tidur tolak berangan.tapi lihatlah dunia.betapa seorang ibu menghargai usaha anaknya.kita?nak cakap terima kasih mak sebab lahirkan kita pun belum tentu lepas nak cakap kan?dah umur 22 tapi lauk pun masih banyak mak yang masakkan.orang dulu-dulu,mak pergi banting padi ja,kerja rumah semua anak sekolah rendah pun boleh buat.kita?kita dah 22 tahun weh.anak dua pun boleh dah ni.ya saya malu di tengah malam PANG tu lah tak nak matang lagi.

mak tak pernah cakap depan kita 'terima kasih la nak,kalau kamu takde,mak pengsan dah buat kerja ni semua'.tapi mak tak pernah lupa doakan kita kan?mak tak pernah tolak apa jua kebaikan yang kita minta.mak tak pernah simpan kita dalam perut lama-lama.cukup time,kita lahir dengan sihatnya (abis kau nak terperuk dalam perut la sampai tua?).tapi kita masih lagi nak complaint 'mak,orang penatla.mak,orang nak pi jalan-jalan jugak macam orang lain.mak,nak makan sedap'.haih,macam-macam lagi kau complaint lepas ni (kalau ada),ikat diri sendiri kat pokok kelapa depan rumah hamik padan muka!

betul kan,kita tolong sikit ja,tapi mak appreciate macam besar sangat ja apa kita buat tu.
(betul,betul,betul-ipin pegang ayam goreng)

kita?pandai kita appreciate mak yang jaga segalanya tentang kita?

sob sob menangis berjela kalau tak insaf lagi jangan berangan nak ada anak soleh.

ini tak sehangat kisah cinta.
tapi ia masih membingitkan kedip-kedip cahaya.
(waktu kebil-kebil tadi,tiba-tiba words ni melintas kepala macam roket lalu.adakah ini boleh tersenarai dalam kategori jiwang?-eh saya tak faham pun apa dia maksud tersiratnya.haha)

ps:ops panjang merapu yeay mengantuk dah datang jemput la.ubat pelali dah jalan.see you!