Saturday, August 22, 2009

Jodohku di Masjid Negeri :D



Kad jemputan ini,



Dan di tempat ini,

Apakah signifikannya?

Saspen?Sudah sampai masa aku?

Ya,sudah ditakdirkan jodoh pertemuan ditetapkan di azali lagi.

Telah ditetapkan juga aku bertemu Nasrul yang comel,si adik 5 tahun.Tak henti-henti membahasakan dirinya sebagai adik.Ditarik tangan ini mengikutnya.Ramahnya jangan disangkal.Waktu ibu-ibu bertarawikh,dia buka port di belakang.Kanak-kanak,merekalah antara yang meriah ke solat tarawikh :)

Wednesday, August 19, 2009

Mari bercinta!

"Hanya tangan aku yang akan letih menjaga kalau kamu sakit,tapi kalau kehilangan kamu,maka jiwa aku lah yang akan menanggung sakit,dan itu adalah lebih perit."

Aku teringin,untuk jadi ikhlas dan tegak menemani jiwa yang sakit,termasuklah juga jiwa aku.Merawatnya dengan iodin zikrullah dan membalutnya dengan janji-janji Tuhan.Siapa yang mahu kehilangan insan-insan kecintaan hati mereka.Siapa juga yang mahu insan-insan kesayangan mereka itu ditelan tipu dunia.Dan aku melihat kerisauan itu terbit di hati dia yang punya hati selembut bayunya angin.Di dalam kelembutan hatinya itu,aku mengerti,ada taufan bergelora menanti musim memecah tenang pantai.Dua sahabatku berjuang dengan isi hati yang sama.Jangan tersungkur kalian kerana aku juga mahu berusaha seperti kamu.



Suka untuk aku kaitkan,walaupun relation nya tidak begitu kena.Aku suka iklan Petronas,tentang percintaan Tan Ho Ming.Rasanya si kecil itu mungkin baru berusia 7 tahun.Kisah cintanya pada Umi Qazrina,yang dipendamnya di dalam hati walau dia bercita-cita untuk mempelawa gadis kecil molek bertocang dua itu untuk ke romantic dinner bersamanya.Bimbang,jika diluahkan maka satu dunia akan tahu dan ia memalukan kerana baginya Umi Qazrina tidak akan memilihnya.Oh kanak-kanak sungguh!Zaman kanak-kanak memang begitu,mungkin.
p/s:Sila abaikan babak-babak cinta yang tidak sepatutnya :)

Kita mungkin juga memilih untuk bertindak seperti Tan Ho Ming,memilih untuk memendam.Boleh jadi,penghujungnya baik (seperti Tan Ho Ming yang mendapat jawapan cinta Umi Qazrina) dan boleh jadi juga tidak.Kerana rahsia Tuhan,siapa yang tahu?Walau apapun pilihan kita,memilih untuk membodohkan diri tanpa bertindak apa-apa pertama sekali patut dijauhkan.Sekurang-kurangnya secebis usaha mungkin dengan berpesan-pesan mampu menggetar jiwa.Teringat ungkapan seorang sahabat,"Hidayah milik Allah,kitalah yang harus berusaha mencarinya."Dan kalau begitu,alasan seperti "Tak dapat hidayah lagi" untuk menutup peluang diri mencari ilmu Allah dan mengamalkannya tak akan lahir kan?

Mungkin hari ini tema aku adalah "Iklan Petronas Terbaik",maka youtube menjadi medan aku melepas rindu pada aksi kanak-kanak seperti ini;



Indahnya jika segalanya kita serahkan pada Allah.
Comel kan anak kecil berdoa?
Jadi,kita yang dewasa,
malulah jika tak menyerahkan jiwa pada Tuhan.
Jatuh saham di hadapan Dia.
Hanya Dia tempat bergantung harap.


Aku tak tahu ungkapan apa paling sesuai untuk aku tiupkan dalam jiwa mereka.Cuma yang terlintas kala ini,"Mari cintai sahabat kita dengan cinta setulusnya!" Go,go,fighting!



Monday, August 17, 2009

Dia kata.

Dia kata,nama adiknya;

"Adam Soking"

Kamu memang comel kan Alesha.


[Raya08]

Sunday, August 16, 2009

11:00

Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sedang mengujimu,
Berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas,
Kerana sabar dan ikhlas bukti luhur cintamu.
Kerana dalamnya cintaMu Tuhan,
Walau berapa pun harganya,
Walau seperit manapun,
Ke jurang manapun aku dicampakkan,
Tak mahu aku kalah dengan mereka.

Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sayang aku,
Allah cinta aku.
Dapatkah kau rasa sejuknya jiwa,
Pabila segalanya kita serahkan pada Dia,
Pernah kau rasa tiap saat rindu untuk bicara denganNya,
Maka tiap saatmu terisi dengan monolog-monolog,
Menyebut kecintaanmu pada Dia.
Nah!
Terpujilah nama-Mu duhai Allah-ku.


"Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" (29:3)