Saturday, September 26, 2009

Kisah yang tiga.

Kisah 1:

Waktu itu,entah bagaimana,secara tiba-tiba,saya ke blog dia.Mungkin kerana dia (yang tiada kaitannya dengan saya) punya kaitan dengan insan penting saya,maka saya gigih meneruskan bacaan.Berhenti,ayatnya sayu.Jarang sekali rasanya bertemu orang sepertinya,lalu saya berkira-kira;"Bila sang manusia berjuang dengan kesetiaannya,pantas kah dia untuk bahagia tanpa diuji?".Andai saya diberi ruang,maka akan saya katakan padanya;

"Kerana dia istimewa,maka pilihannya istimewa,
kerana yang tinggi itu,puncaknya sukar digapai,
kerana yang cantik itu,mahal imbalannya,
kerana yang redup itu,panas ujiannya,
kerana kemahuanmu,sabar gantinya,
kerana pilihannya dia yakin,
bisa saja mereka berkata apa tentangnya,
bisa saja kita membuat resolusi,andaian minda berpaksi emosi,
dan aku yakin,dia kan tetap teguh,
walau calarnya dia tiada yang tahu."

Kisah 2:


Di waktu manusia di seberang sana sibuk memenuhkan perut dengan hidangan rendang,ketupat,lontong,roti jala dan seangkatan dengannya dan memenuhi undangan open house sana sini,di hari 7 Syawal,tidakkah sadis jika kita dihidangkan dengan hidangan ikan masin goreng rangup berkrim,pucuk ginseng hijau saujana mata dan sebotol budu sedap tak terkata?Sadis bagimu,bahagia untukku!Terima kasih Kak Nurul,tak jemu-jemu menghidangkan saya dengan budu originally made in Kelantan hingga Kak Nurul mendoakan saya dan orang Kelantan.apakah?

Kisah 3:

Tercabar tidak jika si kecil,umur mungkin 8-10 tahun lagi pantas menjawab soalan hukum tajwid daripada kita yang sudah dua dekad ini.Memang,andai ada waktu terluang atau kebetulan,Program Mari Mengaji TV9 jadi teman date petang.Sekali lagi tercabar petang ini dengan kelincahan kamu adik-adik.Hingga hati saya turut ikut kamu mengaji dan menyebut "Hingga bertemu lagi dalam rancangan Mari Mengaji".Mujur tiada aksi yang mengiringi saya.Lalu,usai saja berakhir rancangan itu,saya mendownload hukum tajwid mengaji dari e-book,kerana ada yang terlupa,ada yang tidak tahu lantaran saya tidak punya cikgu mengaji seperti Kakak Siti Fairuz yang gigih itu ;) Yang basic insyaAllah masih ingat lagi,syukran Mak dan Ayah hantar saya ke sekolah agama.Tetapi,yang lebih detail itu,saya kurang mahir dan itu menjadi cabaran masa kini,yosh!

Izinkan saya untuk lena malam ini bertemankan bauan ikan masin yang enggan pergi.Roti jala satu,please :D