Saturday, August 7, 2010

"Nagato,stop your crying!"

Dulu,mak saya pernah bising; "Asyik kawan je".Minta maaf Mak.

Yeah,saya dulu bukan anak baik,saya sangat buas,nakal,degil & segala yang seerti dengannya.Nama saja anak perempuan tunggal,tapi boleh jadi degil saya waktu sekolah dulu lebih besar berganda superb daripada abang-abang saya.Sebab itu Rasulullah pernah pesan kan supaya jaga anak perempuan baik-baik.Pepatah orang tua juga ada menyebut,"Menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding anak perempuan seorang".Eh,wujud kan pepatah tu?Haha.Saya tak tahu kenapa dulu saya begitu.Kasihan Mak & Ayah saya kan?Agak-agak nanti,adakah hukum karma akan menimpa saya?Tak perlu la cerita kisah degil saya segala,nanti jatuh saham (apakah).

Waktu kecil dulu,saya suka cakap.Tak kisahla dengan kucing pun,hatta sekarang pun masih lagi berbuat demikian.Asalkan dapat cakap.Jadinya,bila abang sudah mula masuk asrama,saya jadi sunyi.Hilang kawan gaduh.Sekolah memang tempat saya ber hu-ha-hu-ha.(niat tak baik,orang ke sekolah belajar,nak dapat ilmu & redha Allah ok-ketuk kepala) Mungkin sebab saya banyak sangat berkongsi cerita dengan kawan membuatkan Mak saya cemburu.Sebab itu wujud statement di atas.Jujur,dulu saya tak pandai berkongsi rasa dengan Mak,saya anak pelik,tapi bukan alien.Bila dikenang-kenang,betapa saya telah membazirkan 18 tahun umur saya tanpa bermanja habis-habisan dengan Mak.Saya sangat rugi,sangat.Saya tiada kakak,adik perempuan pun tak ada.Kawan perempuan jua lah jadi teman cerita lara.Alhamdulillah saya didaftarkan di sekolah agama.Terjaga juga sedikit sebanyak.Dan di situ,saya bertemu teman-teman jiwa yang masih di jiwa hingga kini.Tapi dulu je saya banyak cakap.Sekarang tidak lagi,banyak sudah mengubah saya.

Motif post please?

Sebenarnya,saya bukan mahu membuka pekung di dada tentang buruknya perangai saya waktu dulu (sekarang pun bukan baik sangat :) ).Cuma,saya terasa sentimental petang ini.Sahabat saya yang seorang itu ditimpa demam lagi kelmarin.Sungguh besar kasih sayang & cinta Allah pada dia.Seringkali dia diuji dengan nikmat sihat.Makin dekat hatinya berzikir pada Rabb.Menjadi lumrah di sini,walaupun tidak dididik secara formal,namun atas kesedaran masing-masing,bila seorang jatuh sakit,yang lain akan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi sakit dirinya.Segala yang terdaya,insyaAllah akan dilakukan.Seorang sahabat datang mengurut,seorang datang membawa ubat,seorang datang membawa bekal makan,seorang mengirim doa cepat sihat,seorang menelefon supaya menjaga diri.Kenapa begitu?Kerana itu mungkin saja boleh menaikkan saham kita di bursa saham Mahsyar kelak,harapnya amal itu ikhlas & diterima,ameen.Kenapa lagi?Mukmin itu kan bersaudara,yang kiri sakit,yang kanan pun terasa.Ala,rugilah nanti?Siapa cakap?Kan Allah dah berkata;

"Dan mereka yang memberikan apa yang mereka berikan (sedekah) dengan hati penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya.Mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan,dan merekalah orang-orang yang dahulu memperolehnya" (23:60-61)

Sekali lagi,saya bukan budak baik(fakta) tapi saya tak mahu berhenti usaha jadi budak baik (fakta).Siapapun akan rasa rendah diri bila di sekeliling kita dipenuhi dengan manusia-manusia yang cerah wajahnya.(sejuk hati bakal ibu mertua).Tapi,saya tetap percaya,amal yang sebesar zarah pun tetap Allah kira.Jadi,kenapa tidak berusaha walaupun sedikit?Dulu abang saya suka menabung.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit katanya.Amal baik pun,sikit-sikit lama-lama lawan Everest pun boleh kan? :)

Saya baru selesai menatap Naruto (kan dah cakap saya bukan budak baik).Sekali lagi,saya tersentuh dengan kesetiaan Naruto pada Senseinya.Walaupun dia seorang menentang 6 Pain yang monster,dia tetap berjuang.Dia sentiasa percaya apa kata gurunya.Hidup dengan percaya,kita mampu mengubah dunia kesudahannya.Rasa dendam hanya akan melahirkan dendam lagi.Hanya yang percaya pada keamanan akan membawa perubahan.Itu moral episod terbaru.(Naruto,nak upah saya jadi story-teller tak?-mengarut,mengarut,cepuk nak?)



[Lahirnya Pain]

Baiklah kawan-kawan,Anis mahu berhenti membebel.Selamat mempersiapkan diri menuju Ramadhan.Sampaikan Ramadhan padaku Allah.Taqwa,taqwa,taqwa.Itu Ustaz Fauzan pesan.

Thursday, August 5, 2010

Anis sudah tua.

Hari ini belum 18 Disember lagi,belum.Baru 5 Ogos.
Tetapi kan,apa yang saya ada?

Saya lebih tua setahun daripada dia.Tapi,apa yang saya ada?

Saya lebih tua daripada dia,tapi dia seperti lebih banyak ilmu dari saya.
Dia punya Al-Quran di hati,hadith tersemat di jiwa.
Saya lebih tua daripada dia,tapi dia seperti lebih banyak amal dari saya.
Dia punya tulisan membina,dia punya langkah yang panjang,
demi rasa cinta saudara.
Saya lebih tua daripada dia,tapi dia seperti lebih berfikiran jauh dari saya.
Dia punya target yang lebih jelas berbanding Human Target.
Saya lebih tua daripada dia,tapi seperti saya tak sedar-sedar dari fantasi hidup.
Dia tidak punya masa untuk melayan alam fairy tales dongengan.
Dia tidak punya masa untuk mencipta imaginasi tanpa landasan.
Dia tidak punya masa untuk berbicara tanpa asas.
Saya lebih tua daripada dia,tapi hala tuju hidup saya masih tidak segempak dia.

Lalu apakah saya?
Tua tak sedar diri? (uhuk!)



Saya tinggal banyak perkara.Ya,banyak.Saya belum lagi bersedia untuk memegang obor penerang cahaya mata.Bertatih kah saya?Jangan!Saya harus berlari,bukan lagi merangkak dan tertiarap seperti kini.Ya,ayuh lari beriringan!Jangan menyesal nanti,jangan mengaduh kemudian,jangan jadi Hitler yang membunuh nyawanya sendiri.Jangan jadi zalim.

(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Qs. 31:16)

p/s: Buang lagha,jemput redha.Jemput masuk redha :)
*tepuk dada*


Monday, August 2, 2010

Sayang jangan tinggalkan.

Assalamualaikum kawan-kawan!Kita jumpa lagi Alhamdulillah :)

Saya terbaca status adik sahabat sekolah menengah saya di FB.Secara tiba-tiba terbaca.Lalu,saya terus rasa rindu pada Mak saya.Kamu tahu apa status adik itu?

"2 bulan sudah berlalu"

2 bulan apa?Bukan 2 bulan masuk universiti,bukan 2 bulan dia putus cinta,tapi 2 bulan Ibunya meninggalkan mereka sekeluarga.Sedihkan?Sila sedih.Saya tahu Ibu sahabat saya itu menghidap hepatitis B sejak kami sekolah dulu.Dia pun pernah bercerita bahawa sudah lama Ibu nya menghidap penyakit itu.Cumanya pada waktu itu,Ibu nya masih kuat bekerja menyara kehidupan mereka & membantu Ayah mereka.Saya terkejut pada awal saya mendapat tahu berita kehilangan Ibu mereka.Allah lebih sayangkan Ibu mereka kan?Kita sebagai anak,harus & perlu pasti jadi anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapa kita kelak.Siapa pun ibu dan ayah kita,bagaimana pun mereka,mereka tetap harus jadi mulia di mata anak-anak.Walaupun ada yang merintih ibu atau ayahnya garang,bengis dan macam-macam istilah lagi digunakan,tanpa mereka,siapalah kita.Tanpa mereka,mampukah kamu bertapak hingga kini.



[Tiada dakapan yang lebih memanaskan selain dakapan Ibu]

Kamu pernah melihat ibu kamu menangis?Saya pernah.Kamu pernah melihat Ayah kamu menangis?Saya pernah.Kamu pernah mendengar Ibu kamu merungut kerana membeli keperluan kamu?Saya tidak pernah.Kamu pernah mendengar Ayah kamu membentak kamu disebabkan kamu gagal mencapai gred cemerlang?Saya tidak pernah.Kamu pernah ditinggalkan berseorangan di saat semua di sekeliling kamu meninggalkan kamu,memandang jelik pada sebatang tubuh?Saya tidak pernah.Kamu pernah mendapat ubat yang lebih berharga selain daripada mereka & Allah?Saya tidak pernah.

Lalu,apa kata mereka?

"Rasa lah nikmat hidup tapi jangan lupa batasannya".

"Jangan buat orang,banyaklah bersabar".

"Belajar rajin-rajin lagi ye",sambil mereka senyum.

"Mak kan ada",sambil si Ibu mengusap bahu.

"Puasa lah untuk menjaga diri",tak pernah henti mereka menjaga.


Banyak lagi kata mereka.Tak mampu saya mecatit semuanya.Ibu & Ayah kamu juga pasti tak jemu memberi semangat pada kamu kan?Benar,di waktu semua memencilkan kita,tiada yang menerima kita melainkan Allah & keluarga kita.Saya sayang Allah sebab Allah kata;

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu & tidak pula membencimu".

Sejahat mana pun kita,Allah itu sentiasa membuka pintu taubatnya seluas-luasnya.Siapa yang lebih memaafkan selain Allah & Rasulnya?

Siapa yang lebih sayang pada kita seperti mana kasihnya Ibu tatkala melihat zuriatnya terluka?Siapa yang mahu mengikat perut hingga badannya kering tanpa daging demi memastikan anaknya membina dengan sihat?Siapa yang mahu bangun sujud di waktu malam menadah memohon kasih sayang Tuhan agar memelihara zuriatnya yang satu ini,agar menutup lubang-lubang dosanya dari dicampak ke lembah api yang panas?Siapa yang sanggup menelan duri tusuk kata anak yang ditatang sedari kecil agar si kecil itu tidak digelar Tuhan si tanggang derhaka?Siapa yang memeluk kita di saat kita benar-benar terjelepuk di tanah hitam?Siapa yang sudi mengesat lumpur di tubuh,yang tiada siapa mahu menyentuhnya?Siapa yang mahu menyeka mata yang dikatakan tiada ruang untuk ditatap lagi?Siapa yang mahu tegak berdiri melindung puterinya di saat semua mata mencemuh?Siapa yang mahu bermati-matian membela walau pahitnya Tuhan saja yang tahu untuk ditelan?Siapa yang sudi menghulur tangan harapan di saat semua menafikan hak untuk kita meneruskan jalan?Tiada,tiada melainkan Ibu & Ayah.

Mak & Ayah,walaupun kalian tak mungkin membaca coretan anak kecil kalian ini,saya menangis tatkala manaip bait-bait kata ini mengenangkan sucinya kasih kalian hingga tersentuh jauh di lubuk hati kecil ini.Saya rindukan kalian,saya tiada harta yang lebih berharga selain daripada kalian.

"Ya Allah,peliharalah kedua ibu bapaku,jagalah mereka dengan cinta dan kasih sayangMu yang Agung,peliharalah mereka dari azab seksa kubur & api neraka"

Anak-anak di luar sana,jadilah benteng yang tegak berdiri melindungi ibu bapa kita pula.Kita saham mereka.Jaga lah diri kita supaya kelak,kita menjadi saham mereka yang termahal sekali selain ilmu & amal jariah yang mereka tinggalkan.Kita masih punya waktu.Kalau kamu mahu punya zuriat yang menyenangkan,mulalah dengan membentuk diri kamu untuk menjadi zuriat yang paling menyenangkan.Ya,kita masih punya waktu.

Mari jadi anak soleh!

Sunday, August 1, 2010

Kalau saya emo,Naruto hero saya.

Saya sedih,saya emo,saya tak tahu kenapa otak saya dijadikan emo.Salahkah orang kalau nak beramah-mesra?Atau saya saja yang mengkera-sumbangkan diri?Saya pelik,saya tahu.

Saya minta maaf sebab saya sedih lagi.Ey hati,Naruto kata kuat.Naruto kata kena sayang kawan kita.Naruto kata,dia sanggup lakukan apa saja demi menyelamatkan Sasuke.Oleh itu,hey hati,jangan lembik please?Jangan sakitkan hati orang okay?Naruto kata dia percaya apa yang Pervy Sage nya ajar.Bahawa suatu hari nanti,dunia akan aman dari hasad dan benci.Okay hati,berhenti lemah.Mari kita tanam benci hasad & buruk sangka.

Huh,pergi main jauh-jauh sedih.Jangan kacau budak baik!

Naruto...ajar kita kage bunshin,kita nak duplicate hati kita banyak-banyak.(kan dah mengarut,jangan buat saya sedih)

Kata seorang Ayah: Tangisannya kini ku serah padamu.

Ceritera atlet kecil

Assalamualaikum kawan-kawan!(nada macam dalam rancangan Along,TV1 dulu)

Okay,atlet ni tak kecil pun,mungkin agak bajet kecil.Waktu sekolah rendah dulu,paling bagus pun dia masuk,lumba lari la.Pernah la sekali cuba main netball.Tapi sebab banyak sangat rules kaki dalam netball,maka dia pun give up (okay,tak bebas saya nak gerak,kata atlet).Sekolah menengah pun,balik-balik lumba lari.Lari tak kuat manapun.Setakat pass si kura-kura sambil cakap "hai" boleh la.Mungkin dia masuk pun sekadar jadi bidan terjun sebab semua orang kalau boleh tak nak pusing 400 meter padang tu.Kasihan atlet kecil (ambil tisu,lap peluh)

Baru dua minggu lepas,atlet kecil mendaftar nama untuk menyertai pasukan lawn bowlers Fakultinya.Setelah 22 tahun bernafas di bumi super saiya,barulah dia merasa benar-benar atlet (okay,over).Dia turun training setiap petang kecuali weekend,dia melompat-lompat bila bola terbabas,dia juga kadang-kadang menyorok di belakang kawan atlet bila tengok Kapten memuncung bibir (takut woo walaupun Kapten baik macam Doremon,Nobita mintak je dia bagi).Tapi dia gembira.Dalam hatinya,dia sayang kawan-kawan atletnya,juga kawan-kawan yang turun memberi sokongan padu & mendoakan mereka.Dia percaya kekuatan ukhwah mereka telah terbina,yang rapat semakin rapat.Bila sedih mereka bersama.Bila gembira,mereka beriring.Bila semua pakat nak test next week,semua tak study lagi secara berjamaah (oh,ini jangan tiru,aksi merbahaya untuk orang matang saja).




[team-mates & Manager setitis embun pagi]

Pasukan Kapten da bomb telah memulakan pertarungan mereka sejak Jumaat lalu.Mereka beroleh kemenangan untuk 3 games,Alhamdulillah.Si atlet kecil turun sebanyak 2 kali perlawanan.Giliran untuk beraksi telah diatur Kapten.Juara kumpulan mereka.




[kawan baru atlet kecil dari FSK]

Tapi,apakan daya(tisu lagi)




[quarter final]

Pertarungan mereka terhenti di peringkat quarter final sebagai pasukan 8 terbaik acara lawn bowl.Atlet kecil tak mampu berbuat apa lagi saat dimasukkan di waktu kecederaan.Kasihan lagi.Tapi,dengan itulah mereka belajar dengan dalam lagi,apakah itu "kita hanya merancang & berusaha,Dia jugalah yang menentukannya" & ini "menang kalah adat permainan".Atlet kecil tidak melihat riak putus harapan di kalangan teman-temannya.Mereka bahkan berharap bahawa ini semua adalah tarbiyah dari Allah,mungkin ada hikmah di baliknya.Atlet kecil sayang mereka semua!

Perjalanan SAF atlet kecil terhenti di sini untuk tahun ini,lengkap dengan pakej kuda belang di muka.Atlet kecil mohon maaf kerana tak dapat mengumpul medal kali ini.Mungkin harus belajar dengan student Mechi yang main semalam(amboi!okay,saya gurau je).Semoga team lawn bowl lelaki menang sebab mereka dah masuk semi,ameen!

Cadangan untuk SAF 2011: Bekalkan Fair & Lovely sedozen!