Friday, March 27, 2009

si khairul dan oral arab :D

pagi tadi;

Encik A:Khairul Anis Shafikah.
Si Khairul:Ya!
Encik A:Degil?
Si Khairul:Tak.
Encik A:Keras kepala?
Si Khairul:Tak.
Encik A:Saya tak suka orang nama Khairul.
Si Khairul:Kenapa?
Encik A:Sebab orang nama Khairul ni degil.
Si Khairul:Aa?

agak judgemental Encik A tersebut tapi tak mengapa.betul ke aku degil?mungkin Mak lebih tahu jawapannya,kan Mak? :) aku tahu aku memang degil kecik-kecik dulu.Mak tak bagi pergi sekolah naik basikal,aku gigihkan jugak diri.konon macho la naik basikal ke sekolah.(ketuk kepala sendiri).aku sampai pernah kena hanger dengan mak.dahsyat tak dahsyatnye degil aku ni.memang cabaran yang besar nak menjaga anak yang kecil tapi langkahnya besar.bila dah besar,baru terasa degilnya aku dulu!nasiblah Mak tak pernah picit-picit aku waktu aku baby dulu.

Oral Arab petang tadi,Alhamdulillah,ustaz kononnya nak tanya soalan 3 atau 4 je,sekali aku dapat 7 soalan!tapi,yang best dialog Komie la :D

Ustaz:maza tafa'lin fil utlah?(apa yang kamu buat waktu cuti?)
Komie:an-naum(tidur).

haha..Komie,agak-agakla.Ustaz pun tersenyum tersipu mendengar jawapan Komie.apapun,Alhamdulillah da lepas! :) tapi,kerja Sir tak siap lagi!tahniah :D on going Sir,on going.hee~

Thursday, March 26, 2009

that's my bro!

received a phone call from Puan Ainun tadi,dengan suara gembiranya beliau berkata;

"Mak kat sekolah Iman ni,de Hari Anugerah.Iman dapat top 10 student batch die"

dalam hati,(Wow!erk..bukan budak tu malas ke?haha~) apapun tahniah ye adikku.usaha lagi tahun ni.seronok dah Mak tu.tapi,jeles.Ayah nak belanje dia makan dan aku tiada sekali.nak join gak!punya seorang adik yang matured seperti dia kadangkala membuatkan aku tersipu sendiri.mana tak nya,tiap kali aku bersorak-sorak memanggil nama dia,aku pasti akan mendapat jelingan tajam dari dia.kadang-kadang,kata-kata dia lagi bernas dari aku.agak sedih tak boleh kembali ke alam kanak-kanak.haha~ dan hakikatnya,aku tetap orang paling rendah dalam family dan sering mendapat title anak bongsu.tahniah! :)



[ketam dijumpai terdampar dalam akuarium Wet World,comel kan?]

semoga kamu berusaha lagi ya Adikku.gunakan buku-buku yang Encik Afifi dah belikan hari tu.darosa Fillah!

Tuesday, March 24, 2009

Mari pujuk Si Dia

“Sabar,sabar,sabar!Sila bertenang!”

aku sangat perlukan seseorang untuk ungkapkan itu kepada aku. Maaf aku pinta kepada kawan-kawan hari ini sekiranya mimik muka aku tak seperti selalu. Aku terasa benar-benar terluka petang ini. Terluka dilukakan diri sendiri. Kenapa Anis selalu saja careless? Sudah ditulis tapi tidak diselitkan. Membentak rasanya persoalan itu dalam kepala otak yang membelenggu. Aku pujuk Si Dia yang makin terkulai, bimbang dia akan menyalahkan takdir. Jangan Hati, kau diuji bukan untuk terkulai, bukan untuk kau angkat bendera putih itu setingginya, tapi kau diuji supaya kau terus tunduk dan yakin, Allah always knows the best! Setiap percaturanNya, hanya Dia yang tahu, beyond the reasonable eyes. Aku mungkin takkan nampak apa,kenapa dan mengapa ia diatur sebegitu rupa, tapi bersabarlah hatiku sayang :) Dia ada untukmu, Dia ada menyayangimu, Dia ada setia mendengar setiap titis tangismu.bersyukurlah,impaknya masih belum memakan diri lagi.ya!saya bersyukur untuk itu!

Mungkin kau senang saja terluka disebabkan siri-siri kehidupanmu yang lalu. Aku bersalah padamu kerna sering melukaimu dengan perkara-perkara yang tak aku jangka akan aku lalui suatu ketika dulu. Yang tak pernah terfikir dek akal kecilku pada waktu dulu. Tapi Hati, kan Anyah selalu ingatkan, family sentiasa ada kan? Mak dan Ayah kan ada. Anyah dan Abang tak cukupkah lagi? Aku tenang setiap kali Encik Afifi memujuk kau, Hati. Jangan biar peristiwa semalam terus menghantui dirimu. Simpanlah ia sekemasnya, bungkuskan ia lebih tebal lagi, agar ia tak serapuh kertas belacan, agar ia takkan membuka lagi episod duka itu. Jangan cepat kau terluka, jangan jadi lembik okay! Bangun!

Kawan-kawan, terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus. Terima kasih sebab selalu memahami aku. Muchas gracias!