Thursday, July 21, 2011

kerja tak gila pertama.

adakah patut diberi peluk kasih sayang atas kerja tak gila malam ini?

saya baru pulang dari Langkawi.percutian ini sangat menggembirakan hati.berakhirnya program retreat ini,bermakna tamat lah sudah ikatan kontrak nya bersama inche KPT,KBS,BTN & inche kenapa lebah (baca:YB).coolio wuuuh!

cool sebab muka sudah hangit.

dan lebih utama,cool sebab nikmat Dia Maha Luas untuk saya.untuk semua juga,bukan?

dulu,saya sangat teringin nak ikut serta program anak angkat.walaupun saya tak la comel,sopan atau baik hati nak jadi anak angkat orang.mak,sila akui.eh?

sekali bila join 'kontrak' ni,Dia hantar saya duduk bersama keluarga besar inche PA YB.bahagia amat.sila like!hamek kau nak sangat jadi anak angkat kan.

dulu juga saya amat rindu nak ber'foya-foya' jadi tourist tak kesah kalau kat sungai belakang rumah tok pun jadi lah.nak tengok alam katanya.dan sudah pun pujuk-memujuk,merengek entah gaya pape ntah nak berjalan dengan mak.silalah faham mak banyak priority lain lagi.ya baik.

sekali nah!Dia hantar bercuti sampai 3 hari pergi Langkawi,pergi rasa tak nak balik siap pesan Syairah,ada calon tak kat Langkawi?wah gedix tak hengat.abaikan.

hebat kan Dia?saya sudah tersenyum simpul dalam bas sepanjang perjalanan menuju Langkawi.benar cakap mereka di luar sana.kalau kita minta dari Dia,sama ada Dia akan beri terangtangtang waktu kita minta,atau Dia tangguhkan dulu sampai waktu baik punya,atau Dia akan ganti dengan something better.who knows?superlike!

dan saya kembali tersenyum simpul sepanjang perjalanan pulang dari Langkawi tadi.sebab sepanjang musafirnya saya,novel 'contengan jalanan' by Hlovate adalah teman setia dalam bas ke mana pun pergi.wahhh,hebatnya Dia yang mengaturkan semuanya!super-duper like!


nak tau lebih lanjut,sila baca ya novelnya.tak ghugi beli,inshaAllah.yakin.hee.

cerita musafir:banyak sangat kot?ataupun saya tak gheti nak ceghita lagu mana.ampun pak,ampun ibu.silap haribulan,cerita bosan yang keluar.erk.

cuma ada satu experience yang boleh di 'sharing is caring'.

yang baik sila ambil peluk dalam hati.
yang buruk,sila campak longkang bagi masuk kumbahan.

cerita dalam bas.jalan pulang.malam gelap.bas yang sepatutnya diatur mengikut jantina.

agak-agak dapat hint tak? (koff koff)

sebelum buka gelanggang silat,sila masuk kepala maklumat ini:

"penulis bukan budak baik(dia yakin akan fakta itu)penulis cuba untuk menjadi baik juga.kerana bagi dia baik yang total itu bila dia mampu ikut semua perintah Tuhan & tinggal semua yang Tuhan marah.jika penulis buat salah,sila tegur,tak kisah lah secara terangtangtang atau secara bisikan halus (hihi).sebab penulis bukan budak baik."

dalam bas hati dah berdetap-detup.siap susun ayat dalam hati.plan-plan nak cakap waktu turun bas nanti.teringat juga pesan Hilal dalam 'sinergi'.biar kita benci perbuatannya (dosa),jangan kita benci pelakunya.

ya.sila berhusnuzon sekali.mungkin pelaku itu lupa.atau bisa saja dia tak tahu.lawak bujang lapok kata "cikgu dah meninggal sebelum tamat belajar".mungkin saja semua itu.jadi sila berhusnuzon.

saya cuba,saya cuba.

bayangkan kalau kita benci dosa dia sekali pakej dengan pelakunya?agak-agak,pelaku tu akan beri perspektif yang positif ke dalam dunia d&t ni?ini bukan jualan murah untuk kita pakejkan kebencian kita pada dosa dan pelakunya kan?pasti banyak hikmahnya bila kita sentiasa memberi ruang & peluang untuk manusia sentiasa memperbaiki akhlak mereka.ah ingat saja kita juga sentiasa berharap Dia akan sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat saban hari.tak ke jual ikan (baca:selfish) kalau kita je rasa nak diampun,sedangkan orang lain kita tak mahu pandang pun muka nya disebabkan dosa yang mungkin dibuat sebab kurang ilmu.haish.sangat jual ikan.

sila berbalik kepada cerita.mata mula kantuk.maaf maaf.

disebabkan saya ini agak malu-malu gajah nak bercakap secara depan,takut juga kalau jatuh saham mereka.walaupun saya bercadang mahu berkata dengan senyuman paling manis perasa iced lemon tea,akhirnya saya tak sempat pun nak berkata depan mereka.sebab sibuk bersalam dengan satu bas (bajet diva).

lalu,hanya sekeping text saya layangkan melalui sony ericson yang tak berapa nak mewah.(inilah kerja tak gila yang dimaksudkan di atas-merujuk pada tajuk post-eh skema)

"sila berlapang dada.aku bukan budak baik.bro,one shot for you. (blablabla)"

sampai 3 pages sms.woih kau bagi kuliah hape?

eh eh bukan.

saya tak suka marah kawan.apatah lagi bermusuh.kalau-kalau saya ada terbuat mimik muka,minta ampun.itu sifat natural beauty saya kerut-kerut dahi.sila jangan takut atau berfikir saya sedang marah.tidak.mudah-mudahan sabar sentiasa dalam hati kita kan.

jadi saya susun ayat baik-baik.moga mesej yang mahu saya sampaikan sampai ke hati dia.dan saya tak beritahu pun siapa saya.konon-konon mysterious stalker la.tapi saya rasa beliau boleh menghagak siapakah gerangan jebat yang berani mencemar duli beliau itu.sebab text itu dihantar sebaik saya turun bas dan sudah terang lagi bersuluh pada empunya badan (mungkin?) bahawasanya hanya saya yang tak tidur waktu dalam bas itu.

saya hanya cuba melaksanakan apa yang saya rasa menjadi tanggungjawab saya jika benar mahu jadi orang beriman (iman kah saya?wuwu) dengan cara MENGINGATKAN.jauh dari sudut hati nak menjatuhkan air muka beliau atau nak membenci atau memandang serong beliau.tidak tidak.saya cuma berharap generasi saya bukanlah generasi yang menggagalkan usaha menaikkan kembali panji Islam.bukan kah kita semua dalam bas sudah diberi input bahawa kita antara negara Islam yang mahu dijatuhkan Benjamin Nentahayu?lalu kekuatan apa yang kita punya lagi selain bergantung sepenuhnya pada Dia?mengikut segala acuan Dia.membenci segala perkara murka Dia?

kita sudah amat kritikal sekarang.mesin MRI mungkin saja bila-bila masa akan berdetik panjang.ini bukan masa kita nak bercanda mesra.

saya bukan budak baik.sekali lagi.cuma saya rasa mulianya wanita,tolonglah jangan dicarik-carik.tolonglah wanita menjaga harga diri mereka.saya feminis.ya.bab ini amat feminis.bukan comfirm lagi pun kau nak pinang anak orang tu kan?sedap-sedap kau nak potong line tok nenek,mak bapak dan bakal suami dia?eh maaf.emo pulak.

tahu tak wanita itu mahal amat?sila sisip kemas wanita amat mahal.

jangan beli dengan janji kosong.jangan beli dengan perhatian konon gentleman.jangan beli dengan cerita yang tahpape.


eh maaf.melebih-lebih emo.huwaaaa.

dan ingatan ini sebenarnya mengingatkan saya juga tentang kelemahan saya sebelum-sebelum ini.kalau kita benci dosa si pelaku tu,ingat balik dosa kita sebelum ni.kita pun tak sempurna.kan? (sedih) moga-moga dengan ingatan kita untuk menyampaikan pada mereka yang terlupa itu,suatu hari nanti,Tuhan akan hantar someone lain pula untuk ingatkan kita bila kita terlupa.

saya bukan budak baik.dan saya tak mahu benci siapapun.kalau lah mampu,jom doa semua orang masuk syurga (aman).

dan serious saya rasa sangatlah gigih peranan kita dalam jalan D&T ini.untuk mengangkat kembali mereka yang terlupa atau tertinggal.supaya kita tidak disoal;

"mengapa kau biarkan mereka hanyut?"

jangan selfish mahu syurga kau punya seorang.
itupun kalau kau ke syurga.