Saturday, August 15, 2009

Mock trial.

Mock trial,
Excited mulanya,pengakhiran termenung.
Apa faedah aku dapat sepanjang perjalanan ke UM kelmarin?
Niat yang mulanya untuk melihat adaptasi suasana mahkamah,
berakhir dengan muhasabah malam sebentar yang termenung.
Apapun,mungkin ada secebis ilmu yang dapat mereka kongsikan.
Terima kasih untuk itu teman-teman UM :)

LDK,mengapa pengisian yang cuba dikongsi,
Dipandang sepi.
Seolah mesej yang cuba disampaikan,
Terbuai-buai di udara kelas.
Menerima hujah berdalil,susahkah?
Sirah nabawiyah tak relevankah?

"Terima kasih dan minta maaf",
Aku memandang pelik kenyataanmu,
Yang pertama itu aku mengerti,
Tapi yang kedua aku buntu.
Segalanya telah aku halalkan,
Cuma aku yang masih berhutang dengan kamu.

Emak,
Rasanya hari-hari mahu menelefonmu,
Panggilanmu tempoh hari,
Benar-benar menduga rindu,
Aku mahu di sisimu,
Menemani waktu dukamu,
Mengusap lembut pipimu yang lembut,
Aku terkedu,hanya hadis Nabi buat penguat hatimu,
Aku sayangmu Mak.

Updated ketika di tangga Cempaka 1,menunggu lunch meal,ketika mencari sources ADR.

Tuesday, August 11, 2009

Kuntuman sakura harum menanti.



Tiap kali aku meniti jalan itu,
Pasti akan aku bayangkan di tapak tangan ini,
Ada kuntuman sakura yang mencecah,
Harumannya,warnanya,indahnya,cantiknya,lembutnya ia,
Siapa yang tidak terpana di situ.

Walau pudar warnamu sakura,
Aku yakin di sebalik lunturnya dirimu,
Ada kekuatan ghaib di sebalikmu,
Ada hijab yang belum lagi mereka terokai,
Ada merah berani yang belum dijajah.

Kerana sakura,
Dia percaya sakura itu tenang,
Dia menyimpulkan sakura itu mudah,
Tahukah dia,
Sakura berjuang untuk menandingi kuntuman mekar yang lain,
Di hadapan PenciptaNya sakura gugur,
Helaian demi helaian,
Gugurnya tak mahu digelar sebagai bunga layu,
Mahunya sakura disambut redha Yang Berhak,
Walau sakura bunganya pudar.



Sebab sakura cantik,maka aku cinta Jepun.Nak,nak,nak ke sana!

Sunday, August 9, 2009

MasyaAllah,indah sungguh!

Aku rangka bait-bait ini,waktu aku di dalam dewan Madrasah itu.Nikmatnya hujung minggu ini,walau hanya kira-kira 24 jam saja aku di sana,masyaAllah,ini benar-benar hadiah!

Hidup mereka adalah dakwah,
Tanpa dakwah mereka longlai,
Daripada celiknya mata hingga terpejam kembali,
Setiap nafas menggapai redha Ilahi,
Karbon dioksida pun terasa harumnya,
Hinggakan tumbuhan di sekitar tak henti menutur tasbih,
Indahnya perilaku mereka,
Bunga mekar terasa malu berkembang.

Dan di suatu saat,dalam pengisian seorang Akh,hati aku benar-benar bergetar.Getarannya bukan biasa.Nikmatnya Allah,segala puji hanya bagiMu yang Berhak(rujuk Al-Baqarah:279).Alunan ayat suci bacaan Akh itu benar terkesan jauh di dalam.

Ini nikmat dan ini juga ujian.Nikmat,ilmu ini sangat manfaat dan aku semakin mengenali sunnah,walaupun pada dasarnya baru.Ujian juga kerana nafas dakwah ini perlu penerusan.Terima kasih sisters,terima kasih sahabat,atas kesempatan ini,dengan izinNya kita bertemu.Terima kasih wa jazakallahu khairan Ustaz untuk buku free :)