Sunday, January 24, 2010

Sweet & Sweetest.

Bismillah.

Minggu yang terlalu banyak untuk dikongsi perasa sweet sour nya.Segala puji bagi Yang Maha Penyayang kerana mentakdirkan minggu yang penuh signifikan untuk kehidupan seorang perempuan yang sedang belajar erti hidup.Kata orang,"Lives as you like because you only live once".Yup,saya sedang hidup dengan cara yang saya suka,bukan suka-suka,sesuka hati tapi SUKA.Suka pada keindahan yang telah Dia ciptakan,aturkan,pilihkan,rencanakan,tentukan dan segala-gala yang Dia lakukan untuk saya.Kamu suka kan hidup dengan dunia keindahan seperti indahnya kehidupan fantasi saya waktu saya berumur 6 tahun dahulu.

Saya menyaksikan episod pembelajaran seorang Muslim untuk menjadi lebih baik minggu ini.Dia belajar untuk bersabar,bersusah,menahan sakit dan pedih,redha,penat,berhujan dan basah.Namun,hatinya terdidik.Tiada keluhan,sungutan mahupun menarik muncung bangau.Meraka adalah mereka-mereka yang di sekitar saya,pastinya teman-teman saya yang baik hati.Menerima ujian sakit yang tak disangka,kalau saya di tempatnya,mungkin saya menangis,mungkin saya menelefon Mak agar segera menemani saya,atau mungkin juga saya bersungut?Nau'dhubillah.Tetapi,dia dengan relax dan coolnya menahan sakit sambil terlentuk di bahu saya.Oh,sungguh kamu sweet dan sabar.Mungkin saya tak mampu menjadi seperti kamu walau saya mahu sesabar kamu.Saya menyaksikan pelbagai episod hidupmu yang kadangkala saya juga tidak banyak membantu melainkan meminjamkan sepasang telinga kecil yang mungkin kurang penghadamannya.Kamu tak meminta si Ibu untuk datang bahkan untuk memberitahunya juga berat untuk kamu lakukan kerana bimbang si Ibu bimbang akan kamu.Ya,kalau saya menjadi perut ibumu,mungkin saya bersuhu seperti sejuknya ais di Northpole.[Ouch,beku!]

Dan tahniah juga buat kawan-kawan kerana mendoakan kesihatan dia.Doa seorang Muslim secara rahsia untuk sahabatnya kan diameenkan para malaikat?

“Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.”

(Hadis riwayat Muslim)

SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahu Akbar.Cantiknya Islam!Tahniah juga buat kalian yang menziarahi dia,tak kira siang atau malam,hingga ada yang sudi bermalam dengan dia,syukran atas jasa baik kalian yang menjaganya.Hanya Allah yang Maha Mampu membalas kesemuanya.[Saya menulis post ini seakan saya pula yang hospitalized,kan? :p ] Dan segala puji juga buatNya kerana dia kini sudah kembali ke kediaman sewanya dengan riang gembira.Selepas ini,kamu jauhi nyamuk okay?



Sekembali dari BM,saya lega.Ada ilmu baru,sahabat baru,adik-adik baru.Kagum dengan adik-adik Poli Kulim yang tak jemu-jemu mendengar kuliah demi kuliah.Kamu berada di tempat yang sesuai,di umur yang sesuai untuk mula membuka minda tentang ajaran sunnah dan mula memahami bagaimana kaedah pengambilan hukum yang sebenar,Ittiba' kata orang.Moga kita kuat beramal dengan ilmu baru ini ya!inshaAllah,ameen.Terima kasih Hafsah sudi join,terima kasih Ain dan Kak Masyitah atas jemputan,program ini superb![Boleh tak nak ikut duduk USM?]Moga ada penyusulan lagi ya?Wah,dan sempat duduk seketika di rumah Dr Asri juga bagi saya nikmat Allah yang tak terjangka.Dilayan sebagai tetamu dengan sangat baik diiringi dengan kecomelan wajah anak-anak beliau dan nasi lemak yang sangat yummy [sudah lama tak jumpa nasi lemak sedap] membuat saya tersenyum dan lapar kini.Ia juga membuat saya untuk hidup dengan cara sederhana kelak.Tidak bermewah,walau pangkat setinggi langit,inshaAllah.Kamu pun?Doakan bersama :D

Saya beli buku,dalam buku itu ada tulis;

"To change and to change to be better are different".Setuju?

Kita di mana agaknya?