Thursday, May 26, 2011

separuh gelas niscafah sudah ku tuang jauh ke dalam tanah.

cak cak cak (bunyi cicak)

wah apa kau ingat belog ni ala-ala Gua Hira' dah bersawang segala baru seminggu je pun tak hapdate.huahua tak lawak.

sila percaya saya kini sedang bergembira men'sia-sia' masa muda di Kampung Permatang Tok Bidan.kerja part time jadi bidan katanya.penat sungguh bergelut mmberi dorongan psikologi kepada ibu-ibu yang melahirkan oh.

(okay tidak benar).

lokasi seperti disebutkan di atas adalah benar.cuma aktivitinya terlebih imaginasi dek kerana nama kampung yang gah teruja didengar.keberadaan saya di sini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menghabiskan elektrik rumah tok Syairah dengan menghapdate belog ini-ya sungguh kurang sivik di situ.Tok,halal kan noh?hihi.

bukan bukan.ini kerja waktu lapang cuma.wah banyaknya kau membebel sila serious.ya patik di sini adalah untuk menjunjung titah tuanku puteri syairah tengku hassim untuk meraikan keberangkatannya menziarahi Tanah Suci Mekah waaaa (jatuh rahang).err bukan titah syairah sebenarnya.memang kaki kau yang gatal nak melangkah kan wawa!

"rajin sungguh ni berjalan",kata Mak Cik Ros merangkap mak Syairah.

dan saya hanya mampu tersenyum simpul ala-ala kambing baru lepas dimandikan.apakah?

mungkin perlu menelan hakikat itu walaupun pahit acewah tibe-tibe.sebenarnya saya memang suka berjalan kalau destinasinya membawa saya ke tempat mereka yang saya cintai.sama ada dia itu sisters kesayangan atau si kawan baik suka duka sepanjang jalan.makanya walau terpaksa meredah salji dan ribut pasir,akan ku gagahkan kaki menempuhnya wawawa tak wujud dua-dua situasi itu di sini ya PANG.

kali ini,berlagak gaya turun ke belah utara pula.KTM tu dah jadi kawan baik no 5 nak ke mana ke mari.sampai-sampai Butterworth tidaklah terlalu jakun kerana kebetulan pernah mengotaikan diri sebelum ini naik KTM di sini di waktu muda dulu.kata kaki jalan kan wawa.boleh ajak diskas geografi dengan cheq mai mai.sementelah menunggu si kakak cantik meng'pick up',berlagak macho dengan membelek buku yang baru dibeli semalam wah.tiba-tiba datang seorang pak cik berbaju biru menyapa;

"molek sungguh adik molek,jadi menantu pok cik mau ka?"

GEE-LA.parah parah.











wahaha itu cuma khayalan imaginasi orang bujang berumur 23.

pak cik itu sebenarnya berniat baik.firasat saya.menegur & bertanya

"sedang menunggu orang kah?"

"ya pak cik",kata saya datar.

"masuklah dalam dulu (stesen KTM),minum dulu"

"eh takpelah pak cik.kejap je ni" (walaupun tekak memang dah menggila kata haus,haus)

selang 5 minit.

"nah ambik air".

pak cik itu kembali menghulur segelas nescafe ais yang sungguh menggoda aromanya.waaaaa cair tekak.

jujur saya katakan,saya memang teragak-agak untuk mengambilnya.memegang fakta 'kau seorang perempuan & kau sekarang seorang beb',saya jadi tambah lebih kaget (wah!).tetapi melihat air muka pak cik tersebut membuat saya jadi tak sampai hati menghampakan niat murninya itu (insyaAllah).saya ambil,saya minum sampai setengah gelas sambil membaca bismillah banyak kali-moga-moga kalau ada sihir atau racun,boleh segera dineutralkan dengan kuasa yang Maha Kuasa yang tak akan pernah membiarkan kita dizalimi kan?

habis setengah gelas saya teguk,saya pun chow dari stesen tu,mundar-mandir pula di luar stesen.takut kalau terjumpa lagi pok cik tadi,terkantoi pula tak minum air dibelanja sehingga menjilat gelas.kecil hati pok cik tu nanti.sampai di luar,saya tonggang air yang berbaki pada rumput.rezeki kau lah rumput air mahal ni wawa.dalam hati bercampur-baur antara nak menghargai jasa baik pak cik yang melegakan kegilaan tekak & takut dan gabra ada racun ka dalam ini air waaaaa sila ketaq lutut.tajuk post di atas macam best kan haha syok sendiri.

tapi hingga sekarang alhamdulillah nothing happen.adakah banyak gelora bersangka-sangka di dalam diri saya.kesian pok cik.saya melarikan diri setelah mengucap terima kasih.I'm sorry pok cik,saya bukan calon menantu yang baik untuk pok cik (tetibe).tak dapek saya nak beramah mesra dalam keadaan saya takut melihat air nescafe pok cik itu.tapi saya rasa pok cik boleh maafkan saya kan kerana saya perempuan,pok cik lelaki & air nescafe pok cik itu.saya doakan moga jasa pok cik hanya Allah saja yang mampu membalasnya.kudos to pok cik :)

sekarang sedang mengepack bagasi tengku syairah.patik pacal yang mulia ini harusla memberi sokongan moral tak berbelah bahagi kepadanya supaya dia tidak ketiduran sambil melipat baju.dalam hati terasa macam nak tolong pack bagasi encik suami pulak wah over sungguh pelempang NAH!sila kembali ke alam nyata-baiklah.

okaylah.doakan semoga kawan cinta hati saya ini bertemu cinta teragungnya di sana.juga sekudus doa cinta rindu untuk arissa myana yang bakal menyusul hujung minggu ini.sempatkah saya menatap wajahmu juga?wah bunga.

terima kasih Mak mengizinkan saya ke mari.
terima kasih Tok belanja letrik ni.
terima kasih Mak Ngah tolong ambil di stesen keretapi.
terima kasih Mak Cik Ros belanja char kuey teow.
terima kasih Pak Ngah jemput solat berjemaah ramai-ramai.
& terima kasih Mamat golek-golek dengan kami tadi (wah sila melopong sekarang)

Mamat tu kucing Pak Ngah la.cool kan nama.haha.semua insan di atas tak mungkin akan melihat belog bughok ini.moga Allah sayang kita semua & banyak-banyak arigato for treating me like I'm a part of this family wa-a-au!

senyum sampai telinga ^____________________________^