Saturday, October 30, 2010

oh bulan.

"oh-sedihnya,cakapla sesuatu"

seorang manusia mengharap ada suara-suara ajaib yang akan memujuk dengan kata-kata sakti.moga hati yang gundah kan reda.hakikatnya ia semakin gundah bila kata-kata sakti yang diharap tidak datang sebaliknya yang muncul adalah suara yang mati punca.kelu.

benarkah kita perlukan kata-kata sakti untuk mengubah duka jadi suka?adakah wujud kata-kata sakti semanis gula kapas lagi?

manusia terus berkata dengan kata kesedihan.dalam sedar tak sedar,dia sebenarnya telah 'mengubat' kedukaannya.ya,itu ubatnya.found it!

apa ni?tak faham tok baca.

ya,hakikatnya kita tak selamanya memerlukan kata-kata sakti daripada manusia ajaib.kita kadangkala hanya memerlukan seorang pendengar bakti.dalam tak sedar,kadangkala kita boleh membebel,membebel,membebel sampai bila difikir kembali,bebelan itu kadangkala memang tak masuk akal.lalu kita pun ketawa sendiri.antara 2 dan 3,nombor mana yang lebih besar pun jadi isu.budak tadika pun rasa nak pelangkung je kau ni.percaya atau tidak,bebelan itu hakikatnya boleh jadi terapi untuk hati gundah.bebelan boleh jadi sesi membuang 'lemak-lemak emosi lara' yang berkumpul.yang buat emosi semakin gemuk dengan ragam.senang kata,bebelan itu ibarat 'Slim World' untuk perempuan 'menguruskan' emosi sedihnya.

jadi jangan marah kalau isteri bebel.mari kita duduk dan dengar saja apa dia cakap.kita ajak dia duduk dan offer "Mah (nama samaran) nak fresh orange?dahaga kot cakap banyak."haha.ok ini jangan tiru.boleh jadi kau kena siram free dengan air mahal haish membazir aku beli kordial.



cubalah jadi pendengar dia.kadangkala dia tak mengharap sangat pun untuk kamu pujuk dia.cukuplah kamu tunjuk sungguh-sungguh kamu mahu dengar isi hatinya.melihat kamu yang setia,itu sudah baik bagi seorang perempuan.cukup baik.

kalau kita berdoa pada Allah pun,kita tak mengharap Allah balas kata-kata doa kita kan?tapi kenapa kita terasa lega?sebab kita tahu Allah dengar doa kita.tambah-tambah lagi,Allah itu Maha Pendengar yang baik.bukankah lega?

yeah,yang senyap boleh menang dengan kasanova mulut manis!tibe.

ok off.stadium bukit jalil semarak dengan bulan malam ini ya.tahniah! ;)

Thursday, October 28, 2010

when 22 turns (agak sendiri la).



vroom,vroom,mangalorians sehat-sehat belaka.



kau memang takde kerja upload gambar segala.



okay gambaq ni paling comel *white flag satu tolong*
Qatrin,ada kilang basikal mintak no phone.

sudah melagha,jom ber'family'.
tolong baca doa barakallah untuk kita.
arigato.


Tuesday, October 26, 2010

tak lupa you dalam ingatanku.



Shiung shiung shiung!
Tu dia kuali dah berbunyi.
Tu dia bau dah naik.
Masak apa mek?

Masak simple-simple je ni.

Jurisprudence masak goreng kicap.

Nak hangit dah pun.Nak cuba?

Sah memang patut kena pelangkung bagi otak normal kembali.Oh,Allah tahu kita dah usaha.Allah mana pernah mungkir janji.Allah mana pernah tak dengar doa kita.Allah mana pernah biarkan kita usaha dengan sia-sia.Allah bagi nanti,Allah bagi,insyaAllah.

Rugi kalau dah usaha,tak mahu tawakkal.Jangan sombong,jom doa banyak ribu kali.

Okay Kelsen,Savigny,Hart,Fuller,Lord Devlin & Mill,jangan lah rindu kita lagi.Kita dah tak mampu menanggung rindu kamu semua.Senget-senget dah badan.Marilah kita berpisah di sini.Walaupun perpisahan itu menyakitkan,daku rela.Bersemadilah kamu semua dengan aman di sana.Jangan jadi mimpi ngeri oh!

Gedik.