Thursday, February 4, 2010

I made a new friend.

Bismillah.

Saya suka dia memanggil saya dengan nama ini;

"Cik Anis apam manis"

Apam adalah di antara kuih kegemaran saya especially yang bewarna pink yang dijual di kebanyakan pasar malam seluruh Malaysia.



Thank you,Han :)

Monday, February 1, 2010

Rahsia petang.

Bismillah.

Waktu petang yang penat,memang selalunya mata saya hanya memfokus pada pintu rumah dan warga-warga di dalamnya.Setelah ke sana ke mari menguruskan projek saya yang pertama semester ini,serta melalui dugaan (form salah isi,form salah print,proposal kena edit),hingga kini belum lagi berjumpa Timb. Dekan,aduh,sabar kita ya Mr Secretary!Jom kita doa Dr Bahrin lembut hati nanti dan semuanya smooth hingga ke penghujung.[Credit to Ms Syairah Hassim yang selalu setia di sisi menemani adik yang pertama kali bekerja di lapangan sibuk ini :D ]

[Panjangnya intro! :p ]

Saya ada satu saja cerita hari ini.Mari dengarkan,buka hati dan minda dulu okay?Line clear?Jom!

Saya dan Syairah Hassim ke Bandaraya Anggerik usai kelas elektif petang tadi untuk menguruskan beberapa hal.Matahari sudah mahu bergerak menerangi benua seberang sana,kami masih di bus stop sambil mengunyah cookies yang dibeli Syairah Hassim.Sedapnya!Kelibat insan itu yang kelihatan tadi di depan ATM kembali lagi dengan tangannya menggenggam cawan KFC.Saya berbisik pada Syairah;

"Eh?Dia normal kot Syairah boleh makan KFC tu?"

Senyap.

Baru saya sedar,cawan itu kosong,tiada isi melainkan ais-ais kosong.Tiba-tiba,

"Lalalala.."[saya tak tahu dia menyanyi lagu apa tapi tangannya sedang mencari sesuatu di dalam tong sampah.Dia menjumpai satu plastik sisa makanan dan kamu passti tahu apa yang dilakukannya selepas itu]

Ada yang memandang jelik,tersenyum,pelik dan kami pastinya salah seorang yang terlopong di situ.Tak sakit perutkah dia?Kamu terfikir begitu kan?Syairah seakan memahami monolog-monolog saya.Kami kaku,takut-takut kalau kami diserbu insan itu.

"Selalu orang macam tu Allah jaga dia".

Yerp,mungkin insan itu kurang dari segi kewarasannya tapi kamu mahu tahu nilai baik yang dia punya?

Dia menadah tangan beberapa kali sebelum makan!Dia berdoa!Allah~

Kemudian kami berfikir,berapa ramai orang-orang kurang upaya,miskin,kurang siuman seperti mereka yang masuk hospital gara-gara sakit perut dan berapa ramai warga-warga rumah agam yang lengkap dengan vitamin dan tukang masak pula yang mendaftar sakit di hospital?Sungguh,kekayaan tak menjamin nikmat Tuhan untuk kita.Cuba kita lihat insan ini walau kurang akalnya,tetapi dia masih dan masih berharap pada Tuhan di hadapan rezekinya.Dan berapa ramai pula kita yang bersyukur dengan burger,nasi,kek,ayam dan etc yang terbentang di depan mata?

"Maka nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu dustakan"

Walaupun saya penat hari ini,tapi terima kasih pak cik kerana mengajarkan saya sesuatu hari ini.Semoga pak cik cepat sihat,ameen :)