Saturday, February 26, 2011

kejarlah dunia,jika hatimu tragis.

dunia ini terlalu sekejap untuk ditangisi.
jadi tragis jika hanya disinggah untuk mengenang.
jadi gelap kalau tak melihat isinya,pengisiannya dan mengisinya.
jadi lelah kalau tiada hujung dalam mengejarnya.

tapi akhirat akan lebih kelam.
kalau dunia diletak bukan di tempat layaknya.
kalau dunia terlalu banyak dibaziri.
dibaziri dunia untuk dunia.
dibaziri dunia untuk mengharap pada dunia.

kerana dunia bukanlah destinasinya.

bergetar jiwa pemuda.
saat mengalunkan kalimah,
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
terhenti hingga tak mampu meneruskan ikrarnya.
beda benar rasanya saat dia benar-benar merasakan,
bahawa yang di hadapannya adalah Tuhannya.
hingga berkata si guru padanya,
"Ajarilah aku sebagaimana kamu menghayatinya."

takut.
takut benar jika dia syirik.
bila dia mengharap bukan pada Tuhan.
bila dia bukan menyerah sepenuh dirinya pada Tuhan.
bila dia dengan lebih tragisnya,
tidak menyedari hakikat,
bahawa dia hilang kebergantungannya dengan Tuhan.
saat dia memuja hamba Tuhan.
mengharap bahagia bukan datangnya dari Tuhan.
bila dia lupa Tuhannya walau sesaat.
tragis amat.

kerana bukan Tuhan yang memerlukan dia.
kerana sudah mafhum di firman,
"wahai manusia!kamulah yang memerlukan Allah;
dan Allah Dia lah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji" (35:15)

berhentilah bermain dengan dunia.
berhentilah bermain dengan isinya.
kerana dunia bukan padang permainan.
kerana dunia tidak lain hanyalah seperti hamparan tikar ibadah.
yang selayaknya diisi dengan isi-isi mahmudah.
bukan dengan permainan jiwa.
bukan dengan angan kosong.

kejarlah dunia,
bermainlah dengan isinya,
jika hatimu masih tragis.

Sunday, February 20, 2011

sorry,you are in the wrong way.

saat dia dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan,saat itu dia mengakui fitrahnya berteman tangis.saat dia dilahirkan sebagai satu-satunya teman jiwa bonda,saat itu dia mengakui jiwanya harus kental memohon sabar bersama bonda.saat bonda menyambutnya dalam lipatan lumpur,saat itu dia merasa,tak akan mungkin dia tinggalkan bonda.

hinggalah suatu saat,pabila dia bertemu sesuatu.sesuatu yang selama ini asing untuknya.
hingga tertanya:

adakah ini rahmat atau musibah?

lalu kisah seorang bapa & anaknya diungkap.seorang bapa yang bercerita pada anaknya tentang hakikat bahawa dirinya dahulu adalah seorang hamba.lalu dia menebus dirinya dari perhambaan berbekalkan wang yang dikumpulnya.saat dibebaskan,lalu dia berkata kepada tuannya;

"aku tidak tahu kebebasanku ini adalah rahmat atau musibah,lalu aku bersangka baik kepada Tuhanku & aku berserah diri."

lalu dia hidup sebagai lelaki yang bebas,menikah dan memperoleh zuriatnya.saat itu telah ditanam di dalam jiwa anaknya,agar mereka bersama menuju jihad ke jalan Rabb yang agung.saat mereka membeli kuda untuk jihad di jalannya,mereka bahkan dicemuh.punya kuda yang sihat & cergas,sedangkan rumah mereka polos.lalu ditakdirkan,kuda itu hilang setelah beberapa ketika.kandangnya pecah.lalu apa kata si bapa?

"aku tidak tahu ini adalah rahmat atau musibah.aku bersangka baik kepada Tuhanku & aku berserah diri"

ditakdirkan setelah beberapa ketika,kudanya yang gagah kembali.bukan sendirian.bahkan bersama-sama kawanan kuda liar yang lain.terpegunlah mereka yang selama ini mencemuh.lalu apa kata si bapa?

"aku tidak tahu ini adalah rahmat atau musibah.aku bersangka baik kepada Tuhanku.dan aku berserah diri"
-----------------------------------------------------------------------------------------------

saat itu dia tergumam.saat dia mahu menangisi sesuatu yang bukan pun miliknya,saat dia mula termenung di tikar usang,dia merenung dalam.

di manakah kekuatan doa yang selama ini aku panjatkan bahawa sesungguhnya aku berserah diri kepada Tuhanku?

Tuhan sedang mengujimu,mendidikmu.supaya kau beramal dengan apa yang kau ucapkan.

maka teguhlah jiwa.

moga akan kembali 'si kuda'.bukan sendirian.bahkan berteman ilmu.

ps:buku dalam dakapan ukhuwah karangan Salim A.Fillah sangat best sampai nak nangis baca (emo)