Saturday, September 25, 2010

hari belum gelap.

Kamu sedang gembira memberus baju kotormu.
Gembira bersama sang sabun & si pelembut.
Sudah mula terbau kewangian Breeze & AVA.
Hati mula senang.
Tapi kamu terhenti.
Ada getah yang masih melekat di bajumu.
Getah semalam.
Ia tak akan luntur dan akan tetap kekal di situ.

Begitulah.

Waktu kita berdiri di kaki realiti.
Hati mula menggarap sinar cerah matahari esok.
Mula kembang & berbunga.
Tersenyum mengharap bahagia.
Hakikatnya,kita masih terbawa basahnya hujan semalam.
Dinginnya masih terasa.
Bila kita mula bermimpi untuk hari esok,
bayangan semalam tak rela melepaskan.
Kita ditinggalkan kering & gersang sendiri.
Sepi dalam kedinginan.


Kalau hari masih belum gelap,
masihkah ada peluang untuk aku jemur harapan esok?

adik-adik saya.

Esok kami ada open house di rumah Syairah.Kami lah memasak,kami juga lah yang membaham semuanya,semoga.Haha.Selalu kat rumah,saya ada Mak sebagai kawan di dapur.Esok saya ada banyak kawan,yeehoo~

Kenapa Allah tak hantar adik perempuan untuk jadi kawan saya?Sebab Allah tak nak bagi satu atau dua adik.Dia bagi saya banyak adik hari ini untuk dicintai.Adik yang tiada pertalian darah tapi punya pertalian hati.Manis kan?Ya,saya tahu.





"mengapa semua menangis,agar aku selalu tersenyum"-Catatanku.
Bongkah kasih sayang untuk Izureen!
Mimpi indah kawan.

Tuesday, September 21, 2010

Kasut cantik.

Ada dua pasang kasut di depan kita.
Kasut kamu dan kasut saya.
Satu warna pink,satu warna biru gelap.
Dua-dua nampak cantik & sempurna.
Kamu saiz tujuh,saya saiz enam.
(kasut saya comel,yea!)

Satu hari,saya cuba sarungkan kaki saya ke kasut kamu.
Kamu juga cuba memadankan kaki kamu ke kasut saya.
Saiz kita tak jauh bezanya.
Kita cuba untuk memakainya seboleh mungkin,biar selesa.
Agar kemas dan nikmat.
Saya rasa saya akan selesa.

Ternyata,bila saya sarung,
kasut kamu tetap saja lebih besar.
Dan kasut saya tetap saja lebih kecil.
Walaupun kita menyangka jurangnya tak seberapa.
Kasut kamu tetap kasut kamu.
Kasut saya tetaplah milikan saya.
Tempat kamu,kamu saja yang merasa.
Begitulah juga dengan tempat saya.
Kita punya kasut,
yang saiznya beda.

Kita cuba untuk memadankan diri kita dengan kasut yang lain.
Saya dengan kasut kamu.
kamu dengan kasut saya.
Tetapi sampai masanya kita berasa kasutnya ketat,
atau mungkin ia semakin longgar.
Kenapa?
Sebab saya adalah saya & kamu adalah kamu?

Tapi saya berharap kita tak putus asa.
Kita masih punya pilihan.
Saya masih bisa memasukkan kertas ke dalam kasut kamu,
agar saya muat dengan saiz kasut kamu.
Kamu pula bagaimana?
Mahu cuba lagi pakai kasut saya?
Cubalah walaupun sekali.
Ok,terima kasih ;)