Friday, August 20, 2010

Sesi merapu lagi,yea!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Oh,Ramadhan ini sangat indah.Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya yang meneguhkan kasih sayang sesama kami di sini.Kami kan anak perantauan juga walaupun jarak tak berapa jauh untuk yang tinggal di Perak ini ;) Saya gembira,sangat gembira bila masih lagi diberi nafas untuk mengecap ini semua.Kakak usrah yang baik,yang sanggup mengambil & menghantar kami ke Masjid Negeri untuk solat tarawikh,kawan-kawan tadarus,kawan-kawan bazaar dan kawan-kawan shopping baju raya.Oh,semuanya baik belaka.Semuanya mahu kejar amalan baik Ramadhan ini,insyaAllah.Semalam kami jumpa Kak Fatimah Syarha,suami & anak mereka di masjid.Macam tak percaya tapi percayalah.Tenangnya wajah mereka.Wajah saya tenang tak?Hoho.Sah la balik-balik hostel,kami mula buka topik nikah.Almost hari-hari kot.Matangnya tidak juga.Haiyo.





Mak saya di rumah juga begitu.Hampir setiap hari dia dan geng mengajinya akan bertadarus di masjid.Saya cemburu,di usia separuh abad,dia masih kuat lagi.Malu kita yang muda bertenaga ini jika tak mampu khatamkan Quran bulan ini.Pasti nanti kita rindu suasana ini lagi.Sudah 10 Ramadhan kawan-kawan.Masih kita punya waktu mahu pecut 100 meter untuk kejar ibadah?Anis,bangun,jangan asyik tidur lagi.

Kami sudah merancang menyimpan duit.Hujung tahun ini,banyak kenduri yang kami nak pergi,insyaAllah.Di Kedah/Penang,di Bidor and kalau punya rezeki,Langkawi sekali,wuhoooo!Serious,saya cinta adik-adik & kawan-kawan saya di sini.Mereka selalu buat saya ketawa sendiri bila mereka mula bergaduh pasal makanan & etc.At least,ada juga masa yang saya rasa saya sudah cukup matang berbanding mereka.Haha.Yea,boleh nikah!(gedik)

ps:Saya rasa nak demand suami pandai masak,bulan puasa nanti saya nak makan masakan insan bertuah itu saja (siapa?siapa?).Haha.Bak kata adik saya,Atul,kalau mahu yang soleh,jangan lupa solehah kan diri.Tapi,saya nak mengada bulan puasa je,okay,terima kasih :)

Minta maaf,nanti saya cuba tak merapu lagi.Hehe.