Friday, July 16, 2010

010405

Saya selalu mahu jadi sporting,mahu jadi penyabar,mahu jadi gembira,bahagia & membahagiakan.Menulis nota kamu hari demi hari membuatkan saya terkadang menilai di mana kurangnya saya berbanding apa yang saya impikan.Saya makin nampak lopong-lopong yang perlu saya tampal & perbaharui.Nota kamu juga membuatkan saya puas untuk berkata-kata tanpa perlu berhubung terus dengan kamu.Jadi,tiada emosi,tiada geram,tiada mengada.Saya mahu kamu gembira.


Tetapi hakikatnya,saya selalu saja fail di dunia realiti.Tidak bersyukur kah?

Oh,semester ini subjeknya sangat menarik.Tepuk untuk Family Law I.

Tuesday, July 13, 2010

Whoa,scary!

Ini tahun akhir saya.Ini tahun yang mana buka semester saja,sudah bermacam topik baru menjelma.Tadi saya ada class Juris.Class yang penuh dengan falsafah-falsafah,dengan nama-nama tokoh yang suka berfikir,tentang konsep,tentang sistem,tentang model,tentang kerajaan,tentang rakyat,tentang moraliti etc.Banyak juga terms yang tidak sinonim dengan saya,kurangnya vocab saya,oh!Yang pastinya,apa yang penting,kami perlu bijak menganalisis teori yang dikemuka sambil mengkritik,memberi komen atau menyokong pendapat berkenaan.Haruslah lebih banyak membaca sampai lebam.Mendengar sahaja di class tak akan mungkin cukup kerana untuk menghadam pun makan masa 1 hari paling cepat.Tengok saja lah buku tebal macam roti Gardenia.

Ya,saya budak baru belajar.Pernah dengar kan pantun buah cempedak?Tipu kalau kamu tak pernah dengar.Jangan selamanya jadi buah cempedak di luar pagar Anis.Mari belajar dengan pulun supaya cemerlang itu tidak lagi susah nak dicapai seperti buah cempedak yang jauh itu.(yerp,ini mengarut tapi benar)

Oyeah,saya kan kuat.

"It's all the same to me whether my opponent is two metres tall or two metres wide, I'm not afraid of anybody."
Mesut Ozil, Germany midfielder





Hai Oezil,kita sebaya rupanya,ehem!
Tak kisahla Spain menang pun,2014 kita support awak lagi ;)

Jumpa lagi World Cup fever.Now its time to study fever.